بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM KEMERDEKAAN TANAH AIR KE 58


Jalur Gemilang di bahtera merdeka

Berkibaran megah ia menyonsong angin
Bersama bahtera merdeka membelah samudera  jagat raya
masih girang warna tidak sirna
tidak koyak
tidak rabak

Kadang panas kering kadang sejuk dingin
namun elayaran berterusan membawa bebanan berat ringan
meskipun payah mengendalinya bukan mudah

Nakhoda berganti-gantian berjanji-janjian memelihara kemasyhlahatan
Menimbun kemakmuran yang didambakan.
Tiada keluhan tiada sesalan tiada bantahan

Berbilang kemahuan beragam kerenah
Ditatang diampu agar jangan punah
jangan berderai berkecai relai
diusap dibelai lembut gemalai.

Moga sengketa tidak beronak beranjau mereba
merosak aman menyebab luka

Bahtera merdeka belayar laju bersama waktu
melintas lautan berombak biru kuning merah hijau ungu

Dilepasi satu persatu tanpa ragu hanya mahu
Masihkah gagah bahtera merdeka?
Dengan kibaran jalur gemilang pengeras rasa waja
Sedang angin menderu-deru gelora mula melanda

Yang menumpanginya mensia-sia keteguhannya
Terulit dengan mewahnya pesta-pesta kemakmuran
Yang mengundang tikus-tikus berkeliaran
Justeru terlalu banyak rezeki bersepahan
Di lantainya di sudutnya bertaburan merata

Gigi-gigi  geraham perkasa lagi tajam
Sentiasa mengintai peluang menjahanamkan mengaramkan
Menundanya kemana saja menurut kehendak

Nakhoda yang bijak tidak berganjak
Bulat total madahnya jangan digertak

Bahtera merdeka warisan nenek moyang kita
Selamanya untuk kita bukan sesiapa
Bukan persona.


Dirgahayu tanah airku.



18 ulasan - "JALUR GEMILANG BAHTERA MERDEKA...."

Bunda_nora delete icon 31 Ogos 2015 10:51 PG

Salam Merdeka...selamat bercuti..

Bunda_nora delete icon 31 Ogos 2015 10:51 PG

Salam Merdeka...selamat bercuti..

Fidah Shah delete icon 31 Ogos 2015 10:52 PG

Moga tak gentar teruskan perjuangan
Demi kedaulatan tanah warisan
Ibarat kata pujangga
Tak kan Melayu hilang di dunia

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Kak Paridah
Moga Malaysia terus makmur dan maju...aamiin

ejulz delete icon 31 Ogos 2015 11:01 PG

selamat menyambut hari merdeka.. :)

Entry terkini "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"




Nadiah Suhaidi delete icon 31 Ogos 2015 4:17 PTG

Salam Kemerdekaan :)

kakyon delete icon 31 Ogos 2015 4:42 PTG

selamat menyambut hari kebangsaan PI

Etuza Etuza delete icon 31 Ogos 2015 5:47 PTG

Terima kasih masih ingat pada Etuza..salam kemerdekaan yang kita banggakan..

ejulz delete icon 31 Ogos 2015 7:41 PTG

Selamat menyambut hari kemdekaan//

Entry terkini
1. "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
2. "Lantai Cilik Musim Ke-3"




paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:48 PTG

salam merdeka...tq bunda.

paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:49 PTG

tq.

paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:50 PTG

salam merdeka...tq ejultz.

paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:52 PTG

benarlah bagai dikata..
selamat menyambut hari merdeka fidah...tq

paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:54 PTG

salam kemerdekaan...
tq nadiah suhaidi.

paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:56 PTG

selamat menyambut hari kebangsaan ky..tq

paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:57 PTG

mestilah ingat.
salam merdeka cikgu etuza
tq.

paridah delete icon 31 Ogos 2015 9:59 PTG

salam hari meerdeka ejultz.
tq.

Khai♥Rin : anies delete icon 7 September 2015 11:03 PG

balik kg aritu, kt kg sy tgh buat pertandingan hiasan merdeka. bahtera merdeka pun ada sekali ;-)

paridah delete icon 5 November 2015 10:49 PG

yeke kreatif tu..tq anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”