بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

ASTAGHFIRULLAHHALAZIM!...


AMPUNI HAMBA-MU YA ALLAH....SEKALI DALAM LEKA BERFB AWAL PAGI  TERKLIK BLOG YANG DISHARE KE WALL PI YANG KONONNYA MEMBICARAKAN ISU SEMASA TERKINI...TERNYATA HANYA TAJUK SEO YANG HENDAK MENAIKAN TRAFFIK SAJA.

SUNGGUH MEMUALKAN MUATNAIK GAMBAR-GAMBAR WANITA SEKSI HABIS YANG MENJADI IRINGAN KEPADA TULISANNYA.

BLOG DENGAN TAJUK YANG PANAS MEMBUAT KITA TERTARIK UNTUK KLIK BAGI MENGETAHUI ISINYA TAPI RUPANYA HANYA MENAMBAH DOSA SAJA....MOGA ALLAH JAUHI KESILAPAN INI DIULANGI.

AGAKNYA SKMM TERLEPAS PANDANG KOT...MEMBIARKAN BLOG YANG TIDAK BERETIKA INI BEREDAR DI ALAM MAYA KITA.

UNDANG-UNDANG PENYEBARAN FOTO-FOTO PORNO/LUCAH INI BUKANKAH SKMM SUDAH TETAPKAN GARIS PANDUANNYA TAPI KENAPA LELUASA TERLEPAS PULA?

MENGHAIRANKAN SUNGGUH.

PENING KEPALA MEMIKIRKANNYA.

MESTI TERLEBIH BERHATI-HATI AGAR TIDAK TERKENA  SEKALI LAGI....


Kalau kita lihat hari ni, ramai pengguna internet di Malaysia yang telah mempunyai blog. Tak kiralah blog itu berdomain percuma ataupun berbayar. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi blogger.

Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri? 

Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang blogger, kenalah berpegang teguh pada ajaran agama, tatasusila dan budaya . Janganlah sampai menghasut, menghina dan menjatuhkan maruah. Itu tak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.

Kini, telah diwujudkan beberapa kod etika untuk dipatuhi oleh blogger. Sebelum ni, mungkin kita tak berapa jelas atau langsung tak tahu pun tentang etika blogger ni. Apa bendanya etika-etika ni semua?

Kod etika blogger.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

2. Tidak memplagiat hasil tulisan.

3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Sumber kod etika: Utusan Malaysia Online

p/s: Agak-agaknya, adakah kita dah mematuhi standard menjadi seorang blogger yang beretika. 

26 ulasan - "HISH! NAK MUNTAH PULA PAGI-PAGI.."

Puan Wawa delete icon 18 Ogos 2015 9:16 PG

Betul tu wawa sokong.. Link kt fb wawa jarang bukak. Sbb takut terkeluar yg pelik2..

Khai♥Rin : anies delete icon 18 Ogos 2015 9:42 PG

share... share jg... igt... yg tu jg msk dlm timbangan di akhirat nnt

Saniah Ahmad delete icon 18 Ogos 2015 10:00 PG

betul tu,, saya pun dapat kat fb,, tajuk lain dari yang di paparkan,,gambar hot dan lucah plak tu,, on the spot blok si pengirim,,

Kakzakie delete icon 18 Ogos 2015 10:00 PG

Kena yg dewasa masih boleh dipertimbangkan PI tapi yg sedihnya bila ia tertengok oleh anak yg bawah usia. Itu yg amat membimbangkan sebab anak kakak pun dpt benda macam ini dan dia tunjuk kakak sebab takut kan..

Fidah Shah delete icon 18 Ogos 2015 10:13 PG

Kadang2 malas nak bukak blog (yang tak berapa kenal) yang di share kat FB...sebab dah beberapa kali terkena juga. Tajuk gempak, tapi cuma iklan dan gambar bukan-bukan yang muncul.

AMIIZAA delete icon 18 Ogos 2015 10:37 PG

saya pon tk berani bukak kak..

Zaitun delete icon 18 Ogos 2015 11:41 PG

Kak zai tak ada FB hehe....

nohas delete icon 18 Ogos 2015 11:47 PG

macam2 kerenah manusia ni kan...syukran berkongsi kod etika blogger, saya pun baru tahu...dulu buat blog hanya tuk suka2..

paridah delete icon 18 Ogos 2015 3:43 PTG

yelah sekali terkena nyesal xsudah...tq wawa.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 3:46 PTG

mrk ni xingat apa yg dishare di alam maya pahala n dosanya berputar sentiasa pilihlh share yg baik2 saja...tq anies.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 3:47 PTG

hmm kena blok ni..tq saniah ahmad.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 4:05 PTG

seboleh-bolehnya kita yg tua ni pun xmau tertengok n singgah blog2 yg kita xkenal n menayangkan pic yg xsepatutnya...apalagi kalau anak2 kita yg msh muda diganggu minda mrk dgn pornografi...heh...terlalu bnyk mslh yg menggeluti kita di alam siber n alam nyata...tq kakzakie.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 4:13 PTG

fidah pun terkena juga...lain kali hrp xterkena lagi...tq fidah.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 4:14 PTG

hmm..elok xberani sgt...tq amiiza.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 4:16 PTG

untung zai xyah nk fikir benda2 gini...tq zai.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 4:27 PTG

yela nohas susah nl tau apa yg mrk fikirkan...tq nohas.

che mid delete icon 18 Ogos 2015 4:30 PTG

kadang-kadang rasa dah tak boleh elak dari terrrrtengok. Tak pasal-pasal dapat dosa kering huh..

Diana Rashid delete icon 18 Ogos 2015 5:16 PTG

saya nak copy la kod etika blogger tu...:p

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 18 Ogos 2015 7:05 PTG

nice sharing

Sue Bee delete icon 18 Ogos 2015 9:01 PTG

Masih jugak ada blogger yg suka letak entry pasal tahyul..dengan tajuk entry kebabom,mencanak naik UV,padahal isi entry langsung takda manfaat..

paridah delete icon 18 Ogos 2015 9:18 PTG

citer tahyul ok juga sue walau xmenafaat asal xselitkan gambar porno yg memualkan...tq sue.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 9:19 PTG

insyaAllah tq MKL.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 9:20 PTG

SILAKAN DIANA..PERLU TAHU NI..TQ DR.

paridah delete icon 18 Ogos 2015 9:23 PTG

YELA DLM KITA HATI2 PUN TERTENGOK JUGA...SESAJA DPT DOSA TU YG NK MARAH SGT...TQ CHE MID.

Jari Manis delete icon 18 Ogos 2015 11:37 PTG

lohh..ingatkan kak PAridah nak termuntah sbb salah makan...rupanya..ishhhh! sakit hati plak bila ada yg share link begitu kan

paridah delete icon 19 Ogos 2015 8:46 PG

yelah JM marah sungguh kak..hidup ni singkat jer fikirlah soal mati juga...tq JM

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”