ASSALAMUALAIKUM
PERAIH
UNDI
.
Meraih undi sukar tugasnya
memujuk
rakyat tentu pilihnya
negeri
adat
amal
ibadat
jenuh
memikir apa helahnya
.
info
tular media sosial
cuba
menepis terkial-kial
meskipun
benar
bukti
bersinar
puas
mengecek dimaki sial
.
Dari Jelebu menuju Gemas
Kuala
Pilah cuba diremas
menghala
Tampin
calon
pemimpin
tiba
Port Dikcson dikejar cemas
.
Mengukir
janji berputar lidah
di
Sri Menanti digubah indah
himpun
di Rembau
Jempol
diimbau
gelombang
gulau gelora gundah
. PEDAGANG DIKSI
Menulis
hanya untuk berdagang
terbitkan
buku ketika senggang
siaplah
sudah
kerjanya
mudah
banyak
salahnya jiwanya tegang
.
Malas
nak semak berkali-kali
telah
dijual ramai yang beli
fakta
tak tepat
merata
tempat
lesu
menepis marah pembeli
.
Bergantung
pada nama popular
semua
karya meluas tular
salah
menduga
isi
tak jaga
pengeksploitasi
pula digelar
.
Pedagang
diksi terbit karyanya
tujuan
hanya tambah hartanya
nilainya
rendah
tiada
endah
netizen
tegur tebal mukanya
TERMANGU-MANGU
.
Dia selalu termangu-mangu
keliru
warna birukah ungu?
lama
termenung
hanya
merenung
risau
menjengah terasa dungu
.
Asyik terlupa apa nak buat
upaya
pula tidaklah kuat
usia
emas
tiasa
cemas
lihat
segala sangsi meluat
.
Melayan saja gundah gulana
cempera
arah ke mana-mana
tiap
penjuru
rata
meluru
akhirnya
lesi jiwa merana
.
Ligat
berfikir asbab dicari
jenuh
selongkar kotak memori
temui
jua
gulungan
tua
himpun
catatan salahnya diri


lepas ni turn org melaka pula
ReplyDeleteSikap sesetengah peraih undi masa pilihan raya memang pelbagai kerenah. Puas membaca bait puisi karya Kak Paridah yang sarat pengajaran ini. Moga mesej politik matang terus segar!
ReplyDelete