Wednesday, 19 August 2026

MENEKA SUASANA

 ASSALAMUALAIKUM


 MENEKA SU


ASANA

.

Teka  warna hari

tafsir biru jingga

indigo hijau kuning

.

Tiba  mega kelabu

gelap gumpal gelita

hujan renyai gerimis

.

Celah  jerebu ruang

bahang hangat suam

siang muram kembali

.

Sirna  lingkung pelangi

menanti takdir mencorak

alam hayat fana

.

Gulir  roda saat

Ogos  jelang akhir

sajak merdeka ukir

.

Serap suasana jelma

lonjak asa tingi

suara laung gema


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

18/8/026

10 comments:

  1. Gulir tu perkataan baru bagi saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh sueann gulir tu macam roda yg berpusing

      Delete
  2. Indah sungguh nukilan sajak Kak PI ni.Bila agaknya bait puisi puitis macam ni bakal dijadikan buku kompilasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz sokongannya ebtahlah bila nk terbit kompilasi puisi

      Delete
  3. Banyak juga perkataan yg uncle terpaksa gugel untuk faham....

    ReplyDelete
  4. Karya2 hebat PI ni patut dibukukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh wp sokongannya entah bila nk bukukan huhu

      Delete
  5. semuanya mcm menggambarkan perubahan hidup yg sentiasa berputar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies perubahan kehidupan ikut ars masa

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist