ASSALAMUALAIKUM
MANUSKRIP CERITA KANAK-KANAK BERGAMBAR
JUDUL: PERCUTIAN AMIRA
OLEH
PARIDAH ISHAK
Kandungan
Bab
1: CUTI SEKOLAH
Bab
2: RANCANG PERCUTIAN
Bab
3: BALIK KAMPUNG
Bab
4: MEMANCING IKAN DI MUARA SUNGAI
Bab
5: ATUK MENANGKAP BELANGKAS
Bab
6: PERTEMUAN KELUARGA
SINOPSIS
Amira teringin hendak merasai pengalaman
ke luar Negara kala cuti sekolah kerana teruja mendengar kawankawannya
bercerita tentang keseronokannya. Umi dan ayahnya memujuknya agar pulang ke
kampung menziarahi datuk dan neneknya. Amira mengajak sepupunya Swee Lin
mengikutnya bercuti di kampung bersamanya. Seetha juga sepupu Amira ingin juga
turut serta walaupun mama dan papanya bercadang membawanya bercuti di London.
Ayah Amira ialah abang pada papa Swee Lin dan Seetha. Mereka bertiga bersaudara
sepupu. Seethe memberi tahu pada mama dan papanya bahawa guru kelasnya
memintanya membuat kajian tentang pokok padi. Pelbagai aktiviti yang
menyeronokan mereka bertiga lakukan bersama-sama di kampung. Tetapi Seetha
merasa sedih kerana mengenangkan kesilapan yang telah dilakukannya.
PRAKATA
Asimilasi berlaku antara kaum dalam
masyarakat di Malaysia telah sekian lama berlaku. Namun terjalin ukhuwah yang
harmoni seperti yang berlaku dalam keluarga Amira. Ayah Amira Encik Amin,
berkurunan Tionghua dan uminya Puan Aisyah orang Melayu. Encik Amin walau telah
beragama Islam tidak putus hubungan dengan adik-adiknya iaitu Alvin dan Robert.
Masing-masing telah berkeluarga dan memiliki anak-anak. Isteri Alvin seorang
India. Dan Amira memiliki saudara sepupu berlainan keturunan. Tapi kehidupan
mereka semua bersama dalam situasi aman dan harmoni. Naskhah bergambar ini
melakarkan suasana harmoni masyarakat Malaysia hidup bersama menjalin
persaudaraan antara berbilang kaum. Dan beraktiviti bersama menikmati bahagia
seperti citra dalam paparan naskhah Percutian Amira.



wahhh tahniah kak!
ReplyDeletenak tulis buku kanak-kanak ni agak strict juga kan kalau banding dgn buku dewasa. banyak yang kena jaga...
tksh anies ya betul laras bahasa kena jaga n teliti susun ayat
Delete