ASSALAMUALAIKUM
Coretan ADILA Radio Klasik:
Noor Baiti Abbas
Ipoh, Perak
BERMALAM DENGAN JENAZAH
" Assalamualaikum, ini
puan Noor ibu kepada Hana ke? " Kedengaran suara seseorang di gagang
talipon.
" Ya betul, ini siapa ya?" Jawapku sambil mengacau
sagu biji di atas dapur. Kuih ni tidak boleh dibiar begitu saja tanpa dikacau
rata. Bimbang akan menjadi berketul- ketul. Setiap kali di bulan Ramadan kuih
ini akan kubuat untuk hidangan berbuka. Kuih sagu atau telur katak kuih
kegemaran kami sekeluarga.
"Saya, Puan Khatijah
warden asrama Sekolah Menengah Ungku Aziz. Warden asrama anak puan, Hana binti
Kamal.
Dia sekarang berada di
hospital ya. Petang tadi semasa dalam kelas tiba-tiba dia pengsan. Jadi pihak
sekolah terus bawa dia ke hospital.
Dan sekarang sudah stabil
dan ditahan dalam wad untuk rawatan selanjutnya." Begitu lembut suara
warden asrama sekolah anak aku belajar.
Puan Khatijah seorang yang
tegas tapi mempunyai sifat keibuan.
Beliau merupakan guru paling
senior di sekolah.
Seorang ibu tunggal.
Terbayang wajahnya yang
sedikit berusia berbadan agak kurus tetapi cergas orangnya. Sentiasa tersenyum
apabila anak-anak murid menyapanya. Tidak hairan lah mengapa beliau ditugaskan
sebagai warden di asrama perempuan untuk sekian lama.
" Ya Allah! Yeke
cikgu?" Balasku kerisauan. Aku mula teringat anak aku, Hana memang
mempunyai tekanan darah rendah.
Tak boleh terlalu lapar dan
terlalu aktif. Tidur kena cukup dan kena makan ikut waktu. AllahuAkbar!
" Terima kasih cikgu.
Insyaa-Allah kejap lagi saya ke hospital. Dia di wad berapa ya? " Aku
bertanya lagi sambil menutup api kerana sagu yang kukacau sudah masak dan sampai masa untuk dituangkan
ke dalam loyang yang telah kusediakan. Hanya tunggu untuk disejukkan saja.
" Wad 3C katil
16."
" Okay baik. Terima
kasih ya." Jawapku lagi.
Aku tuangkan bancuhan sagu
tadi ke dalam loyang untuk disejukkan. Aku letakkan di atas meja dan ditutup
dengan tudung saji.
Aku bergegas bersiap untuk
ke hospital.
Alhamdulillah suamiku sudah
pulang dari kerja.
"Bang, tadi cikgu
Khatijah talipon bagitau Hana masuk wad. Dia pengsan dalam kelas petang
tadi."
Sambil bersiap aku beritahu
suamiku yang baru balik dari kerja sambil mengangkat dan memeluk si Maini,
kucing Parsi berbulu gebu warna hitam putih, kucing kesayangannya.
Terbeliak mata suamiku
apabila mendengar berita Hana masuk wad.
Tanpa berlengah dia ke bilik
mandi untuk bersihkan diri.
" Ha. Hana sakit apa
sampai masuk hospital!
Teruk sangat ke sakit dia?
Kesiannya cucu tok. Dah la
duduk asrama.
Apalah yang dimakannya
sampai dapat sakit macam tu." Bertubi- tubi soalan diajukan mak aku sambil
bangun daripada katilnya.
Sudah menjadi kebiasaan mak
akan baring sekiranya dia berasa penat kerana lama duduk.
Adakala dia akan ke dapur
menolong aku untuk menyiapkan apa yang perlu untuk dimasak.
Dalam keadaan yang sedikit
uzur tetapi masih bersemangat untuk memasak juadah yang dia suka. Umurnya yang
hampir mencecah 90an tetapi pendengaran dan matanya masih elok.
Sebab mak rajin mengambil
makanan tambahan disamping makan ubat yang disarankan oleh doktor
Mak ada sakit darah tinggi
tetapi masih boleh dikawal.
Alhamdulillah.
Ingatannya juga masih baik.
Anugerah Allah. Syukur.
" Mak, Noor dengan
Kamal nak ke hospital kejap ya.
Ni dah dekat nak buka puasa
terpaksa la mak berbuka sorang-sorang. Boleh ke?
Risau pulak kalau kami tak
pergi jengok dia." Kataku sambil aku membungkuskan sedikit bekalan kuih
sagu buat Hana. Aku terpaksa tinggalkan mak dalam keadaan yang serba salah.
Aku harap mak faham.
Tapi aku sudah siapkan
juadah berbuka untuk mak di atas meja. Kuih sagu.
Aku pesan macam-macam pada
mak. Memang risau tetapi apa dayaku. Tapi sebelum kami keluar ke hospital aku
talipon jiranku untuk tolong jengok-jengokkan mak sementara ketiadaan kami.
Aku dan suami bergegas ke
kereta. Sambil melambai mak yang sedari tadi melihat gelagat kami yang bergegas
meninggalkan rumah.
"Ya Allah...Kau
peliharalah mak aku sementara aku tiada disisinya. Ya Allah...Kau lindungilah
Hana daripada penyakit yang berbahaya. Berilah kesembuhan segera...
Aamiin..." Bisikku dalam hati.
Setibanya di hospital aku
dan suami terus ke tempat pertanyaan untuk ke wad anak kami ditempatkan.
Dari jauh aku nampak Hana
baring dengan tangannya ditampal plaster untuk dimasukkan drip ke dalam
badannya.
Allahu...kesian Hana.
Nampak lemah dengan mata
dipejam rapat.
Dia sedang tidur.
Di sisi katilnya ada secawan
susu dan sekeping roti yang disediakan oleh pihak hospital.
Aku memandang sayu melihat
keadaannya.
Badannya yang agak kecil
dan kurus. Sedikit pucat.
"Ibu, bila ibu datang?
Siapa jaga tok kat rumah? Kesian tok." Hana merupakan anak kami yang
keempat.
Kakak- kakak dan abangnya
belajar di sekolah berasrama penuh di Muar Johor.
Adiknya di asrama yang
berdekatan dengan rumah kami.
" Tok kat rumah la. Nak
buat macamana. Ibu ayah nak tengok awak. Dah la tengah puasa kan.
Ni terpaksa buka puasa lah
kan. Sebab nak makan ubat.
Tulah dah tau awak tu tak
boleh lapar cubalah makan lebih sikit masa bersahur.
Ni mesti tak bangun sahur
kan? Atau makan sikit je?" Bebel
aku dengan anakku yang sorang ni. Aku tahu Hana selalu tahan lapar. Konon nak berdiet nak jaga badan. Dia cakap
kawannya selalu cakap badannya gemuk. Pipi tembam. Padahal pada pandangan aku
dia elok je cantik dan sesuai dengan ketinggiannya.
" Makan ni ibu masak
kuih sagu telur katak. Ibu tengah masak ni la masa cikgu Khatijah talipon tadi.
Alhamdulillah sempat juga masak. " Kataku sambil suapkan Hana kuih sagu
kegemarannya.
" Emmm...sedapnya
buuu."
" Kesian tok makan
sorang-sorang, " kata Hana sambil menghirup air sirap yang kubeli di
pertengahan jalan dari rumah ke hospital.
" Eh! dah azan tu", kata suamiku sambil duduk
di atas kerusi di tepi katil.
Tangannya mencapai air
kosong dan kuih serta nasi yang kubekalkan dari rumah untuk berbuka.
Usai azan dan bacaan doa
berbuka aku mengambil seketul kuih sagu lalu memakannya.
Alhamdulillah cukup rasa
manis dan lemaknya dengan disaluti kelapa parut masin.
Sambil makan aku talipon mak
untuk bertanya khabar.
Alhamdulillah mak tidak
keseorangan kerana jiran aku ada bersama berbuka puasa dengan mak.
Mak aku cakap sedap kuih
sagu telur katak masakanku. Aku tersengih sendirian bangga dapat pujian jujur
daripada emak kesayanganku.
Kuih sagu@telur katak buatan
air tanganku sentiasa menjadi kegemaran anak-anakku.
" Yang, jom solat
maghrib. Nanti lambat pulak," kata suamiku.
"Ibu dengan ayah nak
solat kejap ya. Nanti ibu datang balik. Tapi ayah terpaksa lah tunggu di luar
sebab sekarang bukan waktu melawat." Hana hanya menggangguk tanda faham.
Sekembali dari surau sambil
mengemas meja kecil ditepi katil Hana aku memandang sekeliling melihat keadaan
dalam wad. Kelihatan seorang budak perempuan seusia Hana sedang terbaring
dengan tangannya terikat dek tube untuk masukkan sepeket darah tergantung
ditepi katilnya.
Manakala di kiri kanannya
hanya dua buah katil kosong tanpa pesakit.
Di sebelah kiri katil Hana
pula ada seorang nenek tua berbaring dengan mata terpejam rapat. Dadanya
berombak kuat seolah-olah menahan sakit. Sesekali kedengaran suara berdengkur
agak garau.
Di sebelah kanan katil Hana
juga kosong.
Jam tepat menunjukkan pukul
9.30 malam.
Aku teringat emak
keseorangan di rumah. Kesian mak.
"Ibu balik ya.
Doktor tak benarkan ibu
tunggu." Hana kelihatan sedih. Aku memandangnya dengan hati yang hiba.
Tapi apakan dayaku. Di sini anak, di rumah emak. Aku tersepit. Aku serahkan
saja pada Allah.
Kami tiba di rumah lebih
kurang pukul 10.00 malam.
Kelihatan emak aku sedang
berbaring di dalam bilik sambil memegang tasbih. Berzikir.
"Hah, dah balik...
Macamana keadaan Hana sakit lagi ke?Tanya mak.
"Alhamdulillah sudah
beransur pulih. Doktor suruh dia berihat. Insyaa-Allah esok boleh baliklah
tu", kataku untuk menyedapkan hati mak.
Sedang kami berbual tiba-
tiba talipon bimbitku berbunyi. Hana?
Apa lagi dia nak agaknya.
"Ibuu...buu...Hana
takut sorang-sorang. Hana nak balik...," kedengaran suaranya yang perlahan
sambil menangis teresak-esak.
"Nenek sebelah Hana ni
dah meninggal dunia. Baru je tadi. Anak-anaknya ada tengah baca Yasin. Kejap
lagi jenazah dibawa keluar. Ni sekarang semua keluar nak uruskan jenazah la
agaknya. Kenapa tinggal sorang-sorang nenek tuuuu..
Hana takut. Ada di sebalik
tirai sebelah Hana ni...ibuu datang laaa..." Tersekat-sekat suara Hana
menyampaikan berita kematian pesakit di sebelah katilnya.
" Innalillahiwainna
ilaihiroji'un...sabar la ya sayang. Ibu tak boleh buat apa sebab baru je sampai
rumah. Masya-Allah. Jangan tengok. Tidur je. baca doa banyak-banyak. Sedekahkan
Fatihah untuk jenazah. " Pujukku sambil menahan rasa sebak juga apabila
mendengar Hana menangis.
Aku serah pada Allah supaya
dikuatkan semangat Hana. Hanya untuk satu malam mungkin Hana kena bermalam
dengan jenazah.
Lagu pilihan:
1. Ramadhan bulan berkat -
Hijazz
2. Kasih Ibu – Jamal
Abdillah
3. Elegi Sepi - Azharina
Karya :
Noor Baiti Abbas
Ip
Kananta tak dengar rancangan ADILA.
ReplyDeletetksh amie kak suka juga dgr adila ..kawan2 kak ramai penulis adila
Delete