BERKAT IBADAH HAJI
Sekadar berkongsi petikan sebuah kisah yang berlaku beberapa tahun lalu ketika musim ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Seorang wanita berusia tua telah ke Mekah untuk menunaikan fardu haji walaupun keadaan dirinya uzur. Kakinya tidak kuat melangkah kerana sakit lutut.. Beliau berasal dari Perak. Tabiatnya gemar memelihara kucing dan membantu kebajikannya.
Beliau mengupah pembantu untuk menolak kerusi rodanya untuk memudahkan pergerakannya tika tawaf.
Ketika selesai tawaf beliau keluar dari situ. Di luar masjid beliau melihat seekor anak kucing amat lemah. Beliau mengusapnya, memberi minum air zam zam dan membelikan sebungkus nasi untuk dimakan kucing itu. Kucing itu kembali segar bermaya. Lalu kucing itu menggeselkan badannya pada kaki wanita itu. Keajaiban berlaku dengan kehendak Allah. Wanita itu merasa dirinya kuat. Dia mampu tawaf lagi berulang kali tanpa berkerusi roda.
Selesai ibadah haji beliau menaiki tangga pesawat untuk pulang ke tanah air. Tiba-tiba beliau terlihat kucing pernah dikenalinya berada di situ. Kucing itu memandangnya sayu dan menghilang.
.
wanita tua –
sentuhan anak kucing
keajaiban
apa sahaja niat yang baik kita di sana Allah akan bantu kita untuk kuat beribadah
ReplyDeletetksh dik ya betul tu insyaAllah
DeleteMasyaAllah, sentuhan kasih pada si bulus rupanya ‘ubat’ lutut paling mujarab! Lepas ni siapa sakit lutut, cuba belai kucing dulu… mana tahu boleh jogging keliling rumah
ReplyDeleteTKSH DIK BERKAT KASIH SAYANG N KPRIHATINAN INSYA-ALLAH
Deletekuasa Allah kan..
ReplyDeleteapa sahaja boleh terjadi
Suka ceritanya... Itulah kak, ada banyak mukjizat terjadi di tanah suci kan. Yg penting hati dan pikiran kita tak boleh berpikir jelek selama di sana
ReplyDelete