Monday, 5 July 2021

KAWAN ALAM MAYA

 ASSALAMUALAIKUM


KAWAN ALAM MAYA

 


Media sosial memudahkan cara menjalin hubungan antara bangsa melalui beberapa aplikasi yang dibina di alam maya, masing-masing secara sedar atau tidak turut terlibat sama. Terpaksa berenang mengikut arus masa agar tidak ketinggalan. Namun kadang tersadai kelelahan juga kerana tidak tahu bagaimana mengadaptasinya sesuai kehendak.

Aku hanya ada akaun FACEBOOK, TWITTER, WHATSAPP dan GOOGLE saja. Itupun sudah terlalu kalut hendak diladeni. Membuka WHATSAPP pun seminggu sekali. TWITTER pun malas kujengguk.  Apalagi kalau ada akaun INSTAGRAM, TELEGRAM, TIK TOK, WE CHATT tentu tak terlayan.

Hanya mampu melayan FB dan BLOG saja nampaknya. Tika mula ada akaun FB  bukan main teruja kalau   ada kawan menghantar permohonan/request untuk berkawan. Cepat saja diluluskan/app tanpa fikirkan apa-apa masalahnya. Terutama dari luar negara.

Berlumba-lumbalah mesej yang masuk di peti sembang/inbox. Ada yang gunakan bahasa Inggeris untuk komunikasi. Ada yang gunakan bahasa Melayu GOOGLE TRANSLATE. Seronok juga melayan bicara mereka ini. Aku pun menulis mengikut caraku menggunakan bahasa sastera yang tak mampu diterjemahkan. Maka peninglah kawan mayaku itu memikirkan maknanya. Tidaklah lagi aku menerima sebarang berita kawanku scammer itu.

Seorang lagi memperkenalkan dirinya seorang askar dari USA yang sedang berkhidmat di Syria. Dan dia telah menemui selonggok wang bernilai jutaan dollar US yang ditinggalkan askar Syria yang melarikan diri setelah digempur tentera US markas mereka. Dia ingin memasukan kesemua wang itu dalam akaunku. Wow kayo den! Baik hati sungguh askar ini. Kataku sedekahkanlah saja wang itu kepada rakyat Syria yang sangat memerlukannya kerana sedang sengsara dihimpit pelbagai masalah hidup lantaran perang saudara di negara mereka.

Aku pun gunakan kuasa veto menolak/block mesej daripada scammer ini.

Beberapa orang lagi kenalan FB bermurah hati hendak mengirimkan aku pelbagai hadiah kerana kebanyakan mereka ini kononnya golongan professional yang kaya raya.

Teruja juga hendak menerima hadiah dari luar negara. Tapi pelik pula memikirkan kenapa mereka ini baik hati sangat sedangkan perkenalan baru berlaku sehari dua. Hatiku memutuskan mereka ini scammer yang sedang berusaha memerangkap mangsa apa cara jua.

Kini aku tidak ghairah lagi menambah bilangan kawan FB  ke tahap maksima. Siapa yang hendak menjadi kawan FB akan disaring identity mereka terlebih dulu. Berkasih biar satu tapi berkawan beribu dengan pelbagai masalah baiklah toksah.


5 comments:

  1. Hati-hati ye kak PI, kalau rasa lain macam jangan dilayan. Orang jahat ramai suka ambil kesempatan orang berhati lembut macam kak PI

    ReplyDelete
  2. Scammer ada di mana-mana. Jika tidak kenal, dan lain macam saja tawaran, tak perlu dilayan.

    ReplyDelete
  3. Betul, kalau hujungnya bermasalah baik hindari kan kak.

    ReplyDelete
  4. sama lah
    dulu-dulu memang rasa teruja sikit bila dapat kenal dengan orang luar
    sekarang memang berhati-hati menyaring rakan-rakan baru dulu
    ehhehe

    ReplyDelete
  5. Hati-hati Kak PI. Scammer ada di mana-mana.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist