Wednesday, 14 July 2021

APA TU?

ASSALAMUALAIKUM



 

Ke pulau riang rata meronda,

menjala dalam jauhnya hunjam,

jikalau siang mata tiada

tatkala malam matanya tajam

 

 

hanya tempua melaju sisi,

landak di sana guman ratia;

sayapnya dua berbaju besi

hendak ke mana teman setia.

 

 

Menghangat senggang membelah pala,

tuala hampar menelah redup;

saat dipegang matilah pula

kala dilempar teruslah hidup

 

 

 

Empunya rantang di tanjung beting,

nyamannya hening melarik peti;

banyaknya bintang di hujung ranting

warnanya kuning menarik hati

9 comments:

  1. assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    apa jawapannya...ha tak dang nak mikir.. musim covid ni pikiran jadi buntu hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, pantun menambat hati sunyi dikala pkpd hehe aduhai diri.. Terima kasih singgah tadi๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. Bukan sebarangan pantun ni .

    ReplyDelete
  4. Tak tau..surrender la kak PI..jenuh dok pikir maksud tersurat disebalรฌk kata2 tersurat tp tak jgk dtg jawapannya

    ReplyDelete
  5. Jenuh memikior...tak bertemu jawapannya..hehe..menarik pantunnya..

    ReplyDelete
  6. Hebat pantunnya. Mendalam sungguh. Ada bayang tak? Masih saya tak ketemu jawapannya.

    ReplyDelete
  7. Menguji dan puitis kata-katanya..

    ReplyDelete
  8. Alamak dah lama tak menguji minda. Tak dapat lagi jawapan teka-teki ni

    ReplyDelete
  9. Indah pantunnya, tinggi bahasanya, lembut bicaranya.. subhanallah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist