Sunday, 18 July 2021

HARGAI HAYAT

 ASSALAMUALAIKUM


 


Hargai saat hidup dan bersyukur walaupun apa warna situasi yang melingkungi kita dengan sabar bertakwa kerana ternyata masih ada rezeki untuk dinikmati.

Memaklumkan sesuatu biar maluman itu dimaklumi  dan tidak mengelirukan untuk memahaminya releven situasi semasa


Walau terasa payah hadapi hidup justeru wabak COVID-19, bawa bersabar dan bertenang selalu kerana setiap dugaan Allah bersalut hikmah yang belum terbuka   sebagai tanda Allah sedang menguji keimanan hamba.


Lestari ukhuwah dan mengerat ikatannya semesra mungkin tanpa kekangan walau tidak bersentuhan lantaran mudarat koronavirus menular kerananya jika tersengaja atau tidak melakukannya. Demi keafiatan yang tersayang.

 


Patuhi ketetapan unjuran pihak berwajib kepada setiap warga negara  kerana mentaatinya merupakan langkah terbaik untuk menghalang koronavirus daripada terus menyebarkan penyakit demi kebaikan semua.

 

Kebersihan itu sebahagian dari iman dan tuntutan agama, langsung tidak boleh dipertikaikan kebenarannya


8 comments:

  1. Wkmsalam
    Semoga Allah menyelamatkan kita daripada jangkitan pendemik ini

    ReplyDelete
  2. Hargai saat hidup dan bersyukur walaupun apa warna situasi yang melingkungi kita dengan sabar bertakwa kerana ternyata masih ada rezeki untuk dinikmati.
    Saya suka ayat ini Kak PI. Terima kasih banyak. Ia memberi motivasi.

    ReplyDelete
  3. Semoga pandemik covid-19 ini segera diangkat Allah SWR dari muka bumi ini dan kita kembali dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

    ReplyDelete
  4. Hidup ini terlalu singkat utk pikirkan perkara2 negatif..

    ReplyDelete
  5. Tak dijangka dik akal, nikmat diduga, hikmah melimpah ruah bagi yang menyedarinya. Terima kasih Kak PI, atas peringatan, moga kita terus dilindungNya.

    ReplyDelete
  6. Bila dah tak mampu bertahan, ingatlah Allah ada untuk kita

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Kak PI. KIta bersyujur dengan usia yang masih Allah pinjamkan untuk saat ini. Kita tak tahu bila kita akan dijemput Ilahi. tengok angka kematian Covid19 sekarang pun sangat menakutkan.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist