ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
MELUKIS
LAUT RASA
..
Samudera
terhampar saujana pandang
tiada tepian
garis akhirnya
entah dimana sempadannya layar lebar berkembang
semilir menyongsong arah mendamparkan
biduk usang
pinggiran muara tanjung
mungkinkah bayu tidak berpuput lagi
bahana karma menunaikan hukumnya
tanpa bertangguh
Gendala pelayaran… pelabuhan matlamat semakin jauh
muhasabah
selalu
kenapa
mengapa
bohol solusi
rungkai
Keperluan
biduk kecil
bermain
ombak menangkis
gelora sedikit cuma
gegala bocor
tidak meniris
karam
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
1/6/021
lama tak jalan-jalan santai tepi pantai.
ReplyDeleteKalau takut dilambung ombak..jgn cuba2 berani buat rumah ditepi pantai..nnt kena hakisan..☺
ReplyDeletesy rs laut skrg 'bersih' sbb lockdown seluruh dunia
ReplyDeleteKemewahan dunia, bunyi ombak laut, bayu pantai. Matahari terbenam..
ReplyDeleteCantik pemandangan laut. Lagilah kalau dapat snorkeling dan scuba diving. Tersinngkap dunia lautan hingga ke dasar.
ReplyDeleteAda kalanya sukar memahami bahasa puisi. Sungguh puitis.
ReplyDeleterindunya nak ambil angin laut
ReplyDelete