Saturday, 24 July 2021

BAK BAKAWALI, MINERAL, DAUN LEBAR dan KOKILA

 ASSALAMUALAIKUM


 

 

ULASAN BUKU

BAK BAKAWALI, MINERAL, DAUN LEBAR dan KOKILA




Genre : Puisi moden

Penyelenggara :

Aslina Idris

Penulis : Ct Nurza

Penerbit : Jom Sastera

Nombor ISBN : 978-967-16280-0-3( Sastera Kehidupan)

Bilangan mukasurat : 74

Pengulas : Paridah Ishak

 

            BAK BAKAWALI, MINERAL, DAUN LEBAR dan KOKILA merupakan tajuk pilihan yang tertera pada kulit buku comel menghimpun sajak-sajak karya penulis mapan Ct Nurza. Diksi agak panjang. Namun menarik dan unik. Menyirat nilai metafora indah. Bakawali, mineral. Daun lebar diberi lambang kepada karya indah yang dihasilkan holistik mencerna ilham yang menginspirasi.

Pemilihan aksara bebas sebagai wajah sajak moden. Tidak terikat dengan bilangan stanza dan rima tertentu. Tapi ada juga sajak berima rawak demi menyeri keindahan diksi namun tidakpada keseluruhan stanza. Penulis ini telah membina namanya dalam penulisan kesusasteraan Malaysia dalam pelbagai genre. Berpengalaman luas dalam bidang penulisan justeru keterlibatan beliau dalam arena kesusasteraan. Puisi sajak antara genre yang diberi fokus utama.

            70 sajak pelbagai tajuk menzahirkan luahan rasa ilham penulis tersusun indah dalam setiap halaman buku comel ini. Ada sajak dengan larik pendek sahaja. Seperti sajak ‘Puji’ yang dipapar pada halaman sajak satu. Sajak ini agak abstrak namun diksi aksara amat indah. Begitu juga dengan sajak ‘Perlina’. Tentu tertanya-tanya apakah maksud perlina. Cuma empat larik mengungkap maksud yang dicari. Dan ada yang berlarik panjang satu halaman membentuk prosa yang mudah difahami pembaca contohnya sajak berjudul ‘ Helikopter Pembawa Jenazah’. Penyair bersajak tentang insiden sedih dan situasi kekalutan berlaku pada pemerhatian pancaindera seni.

            Kesimpulan pandangan Pengulas kepada himpunan sajak nukilan Penyair Ct Nurza ini sudah sepatutnya dinikmati semua peminat sajak justeru nilai estitika ketara mengertikan makna pengalaman kehidupan penyairnya.

            Tahniah Ct Nurza semoga terus sukses menghasilkan karya kesusateraan bermutu demi menyemarakkan sanggar sastera puisi indah!   


10 comments:

  1. Tengok tajuk pada kulit naskah pun dah unik dan bermakna.

    ReplyDelete
  2. Saya tak belajar sastera masa sekolah... jadi tak tahu sangat bahasa bahasa puitis ni... Tahniah kepada penulis buku tersebut...

    ReplyDelete
  3. semoga terus bersemangat menulis ct nurza

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Terima kasih kepada Pengulas buku ini, Kak Paridah yang saya hormati. Jua kepada semua tetamu yang sudi singgah ke laman ni. Ucapan dan doa kalian, amat-amat dihargai. Terima kasih sekalung budi.

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. Ada kalanya saya teringin untuk membukukan sajak-sajak saya. Tapi ramai ke peminat sajak di Malaysia ni?

    ReplyDelete
  6. Terima kadih Sdr. Fairus, teruskan sahaja niat dan usaha anda. Saya melihat, penulisan puisi begitu rancak mempelopori media sosial sekarang ini. Insya-Allah! Bukukan sahaja karya anda kerana masa akan menentukan bila tiba waktunya.Cuba ikuti space2 penulisan di laman twitter. Pembicaraan tentang puisi terlalu banyak. Anda boleh juga cuba ajukan karya2 yang terhasil kepada penerbit2 yang sesuai untuk dinilai.Buku pertama saya ini, saya terbitkan secara swa-terbit di mana kesemua kos saya tanggung sendiri. Tetapi, saya lebih suka menggunakan khidmat editor kerana saya suka berkerjasama dengan semua pihak.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ct sudi hadir blog kak..ulasan kak seadanya saja maafkan kekurangannya..sebenarnya blogger Fairus n Syazni juga penulis buku tapi genre lain bkn sajak.

    ReplyDelete
  8. Sama-Sama Kak Paridah. Tak apa. Ooo, iya ke? Tak apa, teruskan saja menulis walau dalam genre apa sekalipun. Yang penting kita menulis dari hati dan jiwa kita sendiri dengan genre yang kita suka. Insya-Allah! Semoga terus berjaya. Selamat berkarya semua.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist