ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT MENITI AWAL JULY DI PERTENGAHAN TAHUN MENUJU PENGHUJUNGNYA
PIC GOOGLE IMAGES(C)
BENDERA PUTIH
Tiang
buluh itu
dirikan setinggi
awan kibarkan bendera
putih
.
Ayuh
usah malu
semua kibarkan
untuk khabarkan derita
kita
.
Bukan
tanda kalah
dalam peperangan
tapi kerana rezeki
putus
.
Putih
lambang persih
tulus ikhlas suci
harapan insan digantung
tinggi
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
30/6/021
salam tuan blog...
ReplyDeleteberblogwalking pepagi cuti nih...sambil buat kj huhuuh
btl tu bukan kalah tp mengalah untuk kebaikan.....
in sha ALLAH sape tau nnt bila yg pernah kibar bendera nih senang... boleh bantu orang lain pula...
selamat berhujung minggu
Selagi boleh bantu kita usaha bantu sehabis baik, kalau tak mampu bantu banyak, sedikit pun tetap membantu dan kalau tak boleh bantu dengan doa yang berterusan.
ReplyDeleteramai yg terkesan dgn pandemik covid ni..
ReplyDeleteBukan mengalah sekadar minta untuk diringankan
ReplyDeleteTp ada gak manusia2 ego yg memperlekehkan isu "naikkan bendera putih" ni. Hmmmm
Orang politik sepatutnya tidak menangguk di air yang keruh.. Ini inisiatif dari rakyat untuk rakyat. Orang politik dengan cara mereka, ini cara rakyat.
ReplyDeleteSaya bertanya suami..kita ni layakkah kbar bendera putih..
ReplyDeleteKalau masa dok taman dulu bantuan mencurah2..dok kg sunyi sepi ja
Semoga semua rakyat yang dalam kesusahan diberi bantuan seadanya
ReplyDelete