Saturday 3 July 2021

BENDERA PUTIH

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT MENITI AWAL JULY DI PERTENGAHAN TAHUN MENUJU PENGHUJUNGNYA


PIC GOOGLE IMAGES(C)


BENDERA PUTIH

 

Tiang

buluh itu

dirikan setinggi

awan kibarkan bendera

putih

.

Ayuh

usah malu

semua kibarkan

untuk khabarkan derita

kita

.

Bukan

tanda kalah

dalam peperangan

tapi kerana rezeki

putus

.

Putih

lambang persih

tulus ikhlas suci

harapan insan digantung

tinggi

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

30/6/021


7 comments:

  1. salam tuan blog...

    berblogwalking pepagi cuti nih...sambil buat kj huhuuh

    btl tu bukan kalah tp mengalah untuk kebaikan.....
    in sha ALLAH sape tau nnt bila yg pernah kibar bendera nih senang... boleh bantu orang lain pula...

    selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  2. Selagi boleh bantu kita usaha bantu sehabis baik, kalau tak mampu bantu banyak, sedikit pun tetap membantu dan kalau tak boleh bantu dengan doa yang berterusan.

    ReplyDelete
  3. ramai yg terkesan dgn pandemik covid ni..

    ReplyDelete
  4. Bukan mengalah sekadar minta untuk diringankan

    Tp ada gak manusia2 ego yg memperlekehkan isu "naikkan bendera putih" ni. Hmmmm

    ReplyDelete
  5. Orang politik sepatutnya tidak menangguk di air yang keruh.. Ini inisiatif dari rakyat untuk rakyat. Orang politik dengan cara mereka, ini cara rakyat.

    ReplyDelete
  6. Saya bertanya suami..kita ni layakkah kbar bendera putih..
    Kalau masa dok taman dulu bantuan mencurah2..dok kg sunyi sepi ja

    ReplyDelete
  7. Semoga semua rakyat yang dalam kesusahan diberi bantuan seadanya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist