Showing posts with label TEKA TEKI. Show all posts
Showing posts with label TEKA TEKI. Show all posts

Friday, 25 September 2026

GAJAH TERBANG

 ASSALAMUALAIKUM



APA JAWABNYA

.

Galau merajah dingin bersembang,

gerangan sanggah kemahuannya;

jikalau gajah teringin terbang,

dengan apakah keperluannya?

.

Tersalah bijan tergesa arun,

merayang kini diusik durja;

hanyalah hujan tiasa turun,

namun yang ini naik sahaja.

.

Terasuk diri telah berjangkit,

ngeri begini ratib digesa;

tertusuk duri memanglah sakit,

duri yang ini wajib merasa.

.

Langkah menghala adi ke pekan,

belikan andak buah mertajam;

apakah pula yang dipulangkan,

sedangkan tidak pernah diipinjam.

.

Galah direntang meradak banar,

sulam segerah serata nangka;

sejumlah bintang tidak bersinar,

dalam sejarah mencipta luka.

.

Sunday, 6 September 2026

KURA-KURA PANJAT POKOK

 ASSALAMUALAIKUM





APA JAWABNYA

.

Hajat membongkok helah sedikit,

pura-pura kejat campak dupa;

memanjat pokok nampaklah bukit,

kura-kura panjat nampak apa?

.

Pandan dibasmi, sebasah buang,

kepayang, lada, kata nendanya;

langit dan bumi berpisah ruang,

apa yang ada di antaranya?

.

Ketika regang dihimpun pasti,

jala tebarkan arah sehala;

jika dipegang dia pun mati,

kala lepaskan hiduplah pula.

.

Tepian sini jerrnih berseli,

di pangkin lagi leka mencentong;

pakaian ini aneh sekali,

makin meninggi jika dipotong.

.

Lonjakan musang, keluang ralit,

rakan terbelit rempa beruang;

dimakan pisang dibuang kulit,

dimakan kulit apa dibuang?

Wednesday, 2 September 2026

APA JAWABNYA

 ASSALAMUALAIKUM



APA JAWABNYA

.

Pingit lengkuas   terhuyung-hayang,

Serani hendak jumpa dengannya;

di langit luas burung melayang,

yang ini tidak apa namanya?

..

Leka di kali kundur merata,

tangan merajut teliti cengkam;

suka sekali tidur semata,

jangan dikejut nanti diterkam.

..

Luah di paya menoleh rakan,

galau rasakan sakan merembas;

buah bahaya tak boleh makan

kalau dimakan akan dilibas

..

Hulur kerambil puan gelisah,

terkapa tanya terlupa dadih;

telur diambil tuan tak kisah,

siapa dia? Kenapa sedih?

.

Kemaslah bilik penghulu balik,

melilau dayang carikan peti;

amatlah pelik terlalu pelik,

jikalau siang dia kan mati


Saturday, 28 June 2025

APA JAWABNYA

 ASSALAMUALAIKUM



 

 TEKA TEKI

 

Sebelah nawab taulan merendah,

sumandak rampai gamat dan lauh;

cubalah jawab soalan mudah,

gendak dicapai teramat jauh?

.

Hanya kelisa ampu bertinggung,

bemban dipangkah bangat dikerat;

pundaknya rasa tak mampu tanggung,

beban apakah tersangat berat?

.

Tersalah jala cermat gerangan,

jalan di beting dihadang sawa;

apakah pula teramat ringan?

amalan penting dipandang lewa.

.

Bercermat angkit rangka sebaris,

merongkah kasau adi dirikan;

teramat sakit luka dihiris,

apakah pisau yang digunakan.


Saturday, 12 August 2023

APA JAWABNYA

 ASSALAMUALAIKUM


PIC AWANG AMING @FACEBOOK(C)


APA JAWABNYA

 

Daganglah lain mengira lain,

sain bertingkah mengerling lorat;

banyaklah kain perkara kain,

kain apakah yang paling berat?

.

Istana retak serani hentak,

hentak laksana lanyak raksaksa

di sana katak di sini katak,

katak yang mana banyak berdosa.

.

Muah kuini isikan kuah,

diolah suri rupa rasanya;

buah yang ini memakan buah,

cubalah cari apa namanya?

.

Berkira-kira berhajat songkok,

letaknya lupa sia tersepak;

sang kura-kura memanjat pokok,

agaknya apa yang dia nampak?


Tuesday, 25 January 2022

HILANG KEPALA DI WAKTU PAGI?

 ASSALAMUALAIKUM



CUBA TEKA APA

Hajah teliti menghimpun satah,
belimbing ganti rupa jelantah;
gajah meniti titi pun patah,
kambing meniti apa yang patah
.
Pulang menjala begitu ranggi,
bawa segala lela pualam;
hilang kepala di waktu pagi,
ada kepala tatkala malam
.
Naskhah diminta sengaja helah,
sepi tiada bersulam rumus;
apakah kata dieja salah,
tetapi ada di dalam kamus
.
Menumpu grafik matanya bening,
buah melinjau dikupas serpa;
lampu trafik mulanya kuning,
merah dan hijau lepas tu apa?

Thursday, 25 November 2021

HMM APA YA

 ASSALAMUALAIKUM



APA ITU

 

Menyapa tanya lupa segala,

menyimpan emping saku berdebu;

apa sebabnya kenapa pula,

papan sekeping paku beribu

 

Lurus jalanya menyimpang gaya,

menghala situ sampainya tentu;

lurus bentuknya tumpang berdaya,

kepala satu kakinya satu.

 

Di pulau itu teja merendang,

bakal dicantas bergencok sewah;

Walau begitu teruja pandang,

Pangkal di atas pucuk di bawah.

 

Terbias hujah berubah peri,

masa berada adang berpada;

menghias wajah menambah seri,

dirasa ada pandang tiada

 

.

Mencari tauhu nanti adinda,

lama di kota terpempan rimas;

diberitahu pasti tiada,

bersama kita tersimpan kemas.

.

Kala menepi reba merahang,

tetapi langkah terpijak nenas;

menyala api haba membahang,

api apakah yang tidak panas.

.

Nangka meninggi lalu ditebang,

sangka menyilang pinang mandala;

ketika pergi selalu terbang,

ketika pulang berenang pula.

.

Berinya minyak mintanya cawan,

biskut dipesan bungkuskan kopi;

kakinya banyak bukannya haiwan,

ikut landasan bukan keretapi.

 

 

Limau yang harum kilik ke Manir,

pinang ke hulu dekam selesa;

harimau mengaum balik banir,

tenang dahulu menerkam mangsa.

.

Padannya lurus terganti runcing,

rapi susunnya keratan rotan;

badannya kurus seperti cacing,

tapi minumnya nan selautan.


Monday, 2 August 2021

HAJI DAN LEBAI

 ASSLAMUALAIKUM



 

Limau yang harum kilik ke Manir,

pinang ke hulu dekam selesa;

harimau mengaum balik banir,

tenang dahulu menerkam mangsa.

.

Padannya lurus terganti runcing,

rapi susunnya keratan rotan;

badannya kurus seperti cacing,

tapi minumnya nan selautan.

.

Menghimpun ikan serabai lokan,

sipi dirungkai melayap letih;

haji pun bukan lebai pun bukan,

tapi memakai ketayap putih.

.

Beleklah pala lupa keladi,

rasi berkuah sarak beluntas;

peliklah pula apa terjadi,

nasi di bawah kerak di atas

..

Bertambah lemah semangat kini,

tujah dedalu ranah terjatuh;

lembah yang pamah buat bertani.

sang gajah lalu tanah pun runtuh..


Wednesday, 14 July 2021

APA TU?

ASSALAMUALAIKUM



 

Ke pulau riang rata meronda,

menjala dalam jauhnya hunjam,

jikalau siang mata tiada

tatkala malam matanya tajam

 

 

hanya tempua melaju sisi,

landak di sana guman ratia;

sayapnya dua berbaju besi

hendak ke mana teman setia.

 

 

Menghangat senggang membelah pala,

tuala hampar menelah redup;

saat dipegang matilah pula

kala dilempar teruslah hidup

 

 

 

Empunya rantang di tanjung beting,

nyamannya hening melarik peti;

banyaknya bintang di hujung ranting

warnanya kuning menarik hati

Monday, 22 March 2021

ANAK MEMASANG RANJAU...

 ASSALAMUALAIKUM





TEKA TEKI

 

Tajin yang enak usang menghijau,

suka lemaknya lain mendingin;

rajin si anak memasang ranjau,

leka emaknya bermain angin.

 

Menggayung cia kalanya senja,

memandak alan pudak berbaki;

berpayung dia bukannya raja,

hendak berjalan tidak berkaki.

 

Tumbuh di tasik hairannya sakan,

menepi terbul hairannya biul;

tubuh bersisik bukannya ikan,

tapi berjambul bukannya siul

 

Pergi sekali merewang-rewang,

tersentuh kawah jerang kerambil;

tinggi sekali di awang-awang,

jatuh ke bawah sarang diambil

 

 

Ukirnya panda hiaskan renda,

pingit di rantang ditanda sentang;

airnya ada ikan tiada,

langit terbentang tiada bintang.


MyBloglist