Showing posts with label soneta. Show all posts
Showing posts with label soneta. Show all posts

Friday, 19 September 2025

RIWAYAT CINTA

 ASSALAMUALAIKUM



RIWAYAT CINTA

.

Adam dan Hawa cinta Ilahi

pasangan pengantin syurga loka

larangan-Nya akur dijauhi

angkara Iblis cabaran duka

.

Anthony kekasihnya Cleopatra

menempuh durja tiada henti

Romeo, Juliet ulang gara

akibat kusut akhirnya mati

.

Uda dan Dara mengulit rindu

fitnah menikam tersungkur rebah

justeru harta ketara padu

keputusannya jauh berubah

.

Mungkin  antara kau dan aku

semua itu akan berlaku? 


Sunday, 10 August 2025

JUSTICE FOR ZARA

 ASSALAMUALAIKUM

JUSTICE FOR ZARA


 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

ZARA QAIRINA

 

Puteri  ayu wajah jelita

ceriteranya coretan sendu

gara durjana lara derita

tinggalkan fana dibalut rindu

.

Ilmu  amalan benar solehah

awal remaja sarat dugaan

subuh nan sunyi undang maslahah

jasad terbujur kesan seksaan

.

Tragedi  ngeri malang merundung

Zara Qairina mengejut lena

laku pembuli cepat selindung

keadilannya tiada cakna

.

Bidadari melangkah ke syurga

siapa salah tersingkap juga


Friday, 11 July 2025

HARI ASYURA

 ASSALAMUALAIKUM


pic google images (c)





HARI ASYURA

.


Antara bulan amat mulia

Muharam juga telah tersurat

moga beramal persis aulia

dunia fana tuju akhirat

.

 

Sepuluh Muharam tarikh tepat

hari Asyura sunat puasa

amal ibadah selagi sempat

raih rahmat-Nya nyaman sentosa

.

Masakan bubur jamu selera

campuran bahan pelbagai jenis

di dalam kawah kacau segera

harum aroma rasa tertahan

.

Santun Asyura kenduri tahlil

syukur rezeki Allah al-Jalil

Wednesday, 19 March 2025

JELANG AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM





 JELANG AIDILFITRI
 (Soneta) 

Ramadan Kareem beransur pergi 
menggamit Syawal mulakan kisah 
semoga kelak bertemu lagi 
sedihnya hati hendak berpisah 

Berzakat fitrah usah dilupa 
sebelum menjelang Aidilfitri 
bersama kita bertegur sapa 
rahmat Ramadan membawa seri 

Kunjung-mengunjung jalin ukhuwah 
busana indah menyalut diri 
jamu selera hidangan mewah 
riang gembira meniti hari 

Silaturahim santun lestari 
euphoria di Aidilfitri 


PARIDAH ISHAK 
Desa Melor Serendah 
19/3/025

Thursday, 16 January 2025

TERKESIMA

 ASSALAMUALAIKUM

  TERKESIMA





(Soneta)


Teruja dara lihat teruna

tiup seruling iring puteri

cerlang gemerlap akan busana

lenggok gemalai menari-nari

.

Puteri turun dari kayangan

wajah berseri ayu jelita

terbang bersama baju layangan

pentas dunia sirna gelita

.

Putera raja senyum menanti

sambut tangan puteri kayangan

teruna hanya rela perhati

menyulam cinta  ternyata angan

.

Dara setia masih menunggu

jeling teruna berpaling ragu



PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

16/1/025

Thursday, 9 January 2025

SENSASI

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


 

SENSASI

 

Demi  menempa lonjak perhati

karyawan cipta tajuk sensasi

teruja rasa menjerat hati

semata khabar manipulasi

.

Semakin  hambar yakin percaya

kebenaran media sosial

cuba mengelak kena perdaya

menyisih laman terkial-kial

.

Eksploitasi  isu masa kini

memetik hanya cerita panas

petah bicara itu dan ini

semata kosong tiada bernas

.

Di alam  maya sarat cerita

tular sebagai bahan berita


Tuesday, 31 December 2024

SALAM TAHUN BAHARU 2025

 ASSALAMUALAIKUM



SALAM TAHUN BAHARU


.

Tahun baharu menghulur salam

Allah kurniakan lagi usia

selamat tinggal hari semalam

masa berharga usah persia

.

Moga segala dalam selamat

aman harmoni beroleh nyaman

ukhuwah murni berlimpah rahmat

berkat kurnia Allah yang Rahman

.

Cuba ukirkan tugu sejarah

wujud sebagai harta warisan

semangat pahat tertentu arah

ukiran indah  untaian pesan

.

Tiap yang baru beransur lama

apa berlaku reda terima



PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

31/12/024

Saturday, 28 December 2024

MUSUH DURJANA

 ASSALAMUALAIKUM

MUSUH DURJANA

 


Di mana-mana musuh berada

tiada lagi batas sempadan

globalisasi berpada-pada

tersilap langkah merana badan

.

Usah bergantung pada siapa

sangkut harapan pada Yang Rahman

justeru hati berlain rupa

cekal sebagai insan beriman

.

Perhati musuh kanan dan kiri

berbaik sangka harus curiga

demi kuasa bersalut iri

waspada juga siap siaga

.

Seteru itu sifatnya jelas

janji manisnya niat mengilas

 


Tuesday, 15 October 2024

BERKENAN

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


BERKENAN

 

Jikalau hati sudah berkenan

senyuman manis dara jelita

arjuna lupa kata pesanan

terbayang-bayang sebagai nyata

.

Walau cabaran merintang duri

tega dirempuh mematahkannya

demi semangat menjati diri

masih mengharap tertanya-tanya

.

Berbahagia dengan pilihan

selama-lama sepanjang hayat

adakah jodoh hadirnya lahan

junjung harapan tidak tersayat

.

Daya upaya meraih impi

bukan semata hanya bermimpi


Wednesday, 26 June 2024

CERITERA TANAH LEMBAH

 ASSALAMUALAIKUM


CERITERA TANAH LEMBAH

 

Di hujung desa tanah saujana

terhampar rendah dataran lembah

berumpun flora di mana-mana

semarak puspa seri bertambah

.


Rumah teratur sepanjang jalan

keluarga kecil  menempati

jiran sebagai rakan dan taulan

jalin ikatan bersimpul mati

.

Berkerjasama bantu membantu

susah dan senang bersama-sama

rahmat melimpah kekal di situ

mengharap moga selama-lama

.

Usia muda semakin tua

adat bertemu berpisah jua


Monday, 20 May 2024

PENANTIAN

 ASSALAMUALAIKUM

KARYA PILIHAN
PENANTIAN
(Soneta)

TERIMA KASIH SIFU TA SUDI TERBITKAN SONETA PI SEBAGAI KARYA PILIHAN @AKADEMI SPTA

 

PENANTIAN

.

Masih menanti membilang hari

bilakah waktu akan berlaku

resah gelisah sepi sendiri

merenung jauh diam terpaku

.

Nanti hadirmu berlalu masa

ruangan jiwa terasa kosong

merinduimu senantiasa

terpasak raga bagai dipasung

.

Telah berpisah sekian lama

gundah gulana lilit-melilit

doa bertemu agar bersama

membelai kasih leka berulit

.

Penantian satu penyeksaan

derita didera perasaan



Thursday, 9 May 2024

LAMUNAN CINTA

 ASSALAMUALAIKUM


 


LAMUNAN CINTA

 

Kenapa dikau lupakan daku?

tertanya-tanya siang dan malam

merengsa rusuh melengung kaku

merinduimu mengirim salam

.

Biarkan daku tertunggu-tunggu

berdetik saat menjelma hari

setelah itu berminggu-minggu

masih begitu kekal lestari

.

Akhirnya reda terima takdir

apa tersurat telah tertentu

tak mungkin lagi dikau kan hadir

daku di sini dikau  di situ

.

Romi dan Juli ekspresi cinta

tetapi daku merindu kata


Monday, 1 January 2024

SALAM TAHUN BAHARU

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT TAHUN BAHARU 024 MASEHI

SEMOGA TIASA BEROLEH RAHMAT MEMBERKAT HAYAT.

 

 


TAHUN BAHARU

.

Tahun baharu menghulur salam

Allah lanjutkan lagi usia

selamat tinggal hari semalam

masa berharga usah persia

.

Moga segala dalam selamat

aman harmoni beroleh nyaman

ukhuwah murni berlimpah rahmat

berkat kurnia Allah yang Rahman

.

Cuba ukirkan tugu sejarah

wujud sebagai harta warisan

semangat pahat tertentu arah

ukiran indah  untaian pesan

.

Tiap yang baru beransur lama

apa berlaku reda terima

Wednesday, 14 June 2023

LABBAIKALLAH KEMBARA JIWA

 ASSALAMUALAIKUM


 




LABBAIKALLAH

KEMBARA JIWA

 

Umat Islam serata dunia

bergema talbiah “labbaikallah”

dengan rezeki Allah kurnia

upaya langkah tuju Baitullah

 

Tunaikan haji rukun kelima

mensuci  jiwa di Tanah Haram

duyufurrahman bersama-sama

putih saujana pesona ihram

.

Laksana dengan sempurna tertib

 niat sebenar kekal di hati

memuji Allah zikir meratib

amal siaga bekalan mati

 

Ibadah   mabrur amat harapkan

semoga makbul doa iringkan


Tuesday, 28 March 2023

RAMADAN INDAH

 ASSALAMUALAIKUM



RAMADAN INDAH


Ramadan indah hadir berseri

sinar purnama menyerlah berkah

menghulur rahmat sehari-hari

menggalak umat giat ibadah. 


Bersolat khusyuk sempurna wuduk

puasa wajib seraya ratib

bersujud syukur penuh tawaduk

berjiwa hamba sopan bertertib.


Amal ibadah ikhlas lakukan

Allah janjikan ganjar berganda

bermohon tulus demi ampunan

kasihnya Allah berserta reda.


Purnama Ramadan sinar cerlang

aura mulia gilang-gemilang.


 


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah


27/03/023

Sunday, 12 March 2023

MANJA WANITA

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU




MANJA WANITA

 

Tersurat takdir ada pasangan

pilihan hati semoga pasti

sepenuh kasih atas junjungan

setia cinta sehingga mati

.

Sering bersama saling membantu

kala berpisah terlalu resah

rusuh bagaikan galak menghantu

doa bertemu usai gelisah

.

sikap mandiri ternyata hilang

bergantung daya pada suami

malam berlalu siang menjelang

berdetik saat berganti semi

.

Yakin berpaut kuasa Allah

bermanja-manja tiada salah


Friday, 4 March 2022

SONETA CINTA

 ASSALAMUALAIKUM


SONETA CINTA
.



PIC GOOGLE IMAGES (C)

Gelombang rasa mengalun lagu
indah bernada santunan diksi
selak kenangan menongkat dagu
karang untaian ritma puisi
.
Romi dan Juli mengukir cinta
Uda dan dan Dara membina kasih
cita bahagia hanya pinta
berulang kisah seperti masih
.
Bermula manis pahit akhirnya
punah berderai berdebu impi
begitu jua persis kisahnya
mengalir sendu jernih di pipi
.
Soneta cinta menyayat hati
coretan kalam rakam berganti

MyBloglist