Sunday, 23 October 2016

UDANG KETAK..

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat bercuti pada hujung minggu. Mesti ada yang pulang ke kampong bercuti. Membawa family meninjau persekitaran kampong yang indah permai sambil mengimbau kenangan lalu yang pernah dilewati dan riuh bercerita kepada generasi kini yang kadangkala tidak berapa endah pun. Yang lalu sudah lama berlalu. 

Kalau PI bercerita kepada anak-anak betapa susahnya meniti kehidupan di masa lalu jawab mereka nasib emaklah tu hidup di zaman daif. Tapi kedaifan yang digeluti generasi dululah yang berusaha mendapatkan kesenangan dan keselesaan hidup untuk generasi masakini…

Usahlah nak membebel soal itu. Kita harus terima hakikat bahwa setiap zaman berubah menurut situasi dan cabaran hidupnya berbeza untuk dihadapi dengan bijaksana. Setiap waktu yang dilalui ada cerita istimewanya tersendiri.

Dulu-dulu PI ke sekolah berjalan kaki melalui batas bendang berhampiran sungai yang ditumbuhi rumpun nipah. Pasti PI akan temui longgok tanah berselut yang agak tinggi seolah digembur sesuatu. Kalau nasib baik akan terjumpa pengorek lubang yang sedang menggembur sarangnya. Besar. Bentuk seakan udang tapi berketak-ketak berwarna jingga. Sebab badannya berketak orang kampong PI menyebutnya udang ketak.






Menurut google namanya udang tanah/mud prawn. Udang ketak pula dinamakan untuk udang lipan. Masa dulu orang kampong PI tidak makanpun udang lipan ni. Kalau tersangkut di jaring kala ke laut akan dibuang saja. Kini dah jadi sebaliknya. Udang lipan adalah antara makanan laut yang disukai ramai.


Udang lipan

Tentang udang ketak/udang tanah harapnya tidaklah terganggu habitat mereka oleh penggemar makanan exotic/ganjil. Kalau ada yang berminat tentu tidak selamat juga hidup udang ketak ni. Biasalah selera manusia di akhir zaman pelik-pelik juga heh..heh..  



Pic google images.

23 comments:

  1. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Udang ketak, enak tu dibuat masak lemak kuning. Kalau balik ke rumah mertua, selalu juga saya bersama keluarga dan ipar-duai mencarinya di persisiran pantai. Caranya dengan menggunakan umpan ikan masin yang dicucuk ke dalam lubangnya untuk menarik perhatian ia keluar (pic no 4). Kata orang tua-tua, ia di antara ubat penyakit lelah. Entahlah, kerana kami sekeluarga tidak ada penyakit itu..

    ReplyDelete
  2. wsalam...sedap rupanya udang lipan ni ya..kak xpernah rasa lagi. nanti kak nk cuba juga le..tksh berkongsi petua tntg sakit lelah tu

    ReplyDelete
  3. yeke MKL..TKSH NANTI NK TRY JUGA

    ReplyDelete
  4. Boleh makan ke...tak pernah cuba lagi...huhu

    ReplyDelete
  5. udang ketak
    jika telah dimasak
    Tentu rasa enak
    Dulu tak mau kini nak banyak...

    ReplyDelete
  6. entahlah bagi orang Islam udang tanah tak dimakan..udang ketak/lipan boleh...tq Elih Japahar

    ReplyDelete
  7. tau juga anisayu udang ni ya enak tu ..tq

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba udang ketak tu.. klu udang galah dan yg lain2 tu pernah juga...

    ReplyDelete
  9. tak pernah lg makan udang ketak ni..sedap kot buat sambal tumis..

    ReplyDelete
  10. KAK PUN XPERNAH RASA XTAU PULA NK GAMBARKANNYA SEDAPLAH TU SEBAB RAMAI YG SUKA..TQ DIK KK

    ReplyDelete
  11. SEDAP GAMAKNYA TU NOHAS CUBALAH...TQ

    ReplyDelete
  12. kak PI, udang ketak tu saya tak pernah dengar namanya tp rupanya saya pernah tgk. dia seakan-akan kala-jengking pun ada, kan?

    Kalau udang lipan tu biasalah dengar dan saya memang makan udang tu, buat goreng!

    ReplyDelete
  13. UDANG KETAK/MUD PRAWN NI BESAR BENTUKNYA KB RUPANYA SEAKAN KALJENGKING TAPI KALA JENGKING TU KECIK JE...TQ

    ReplyDelete
  14. xpenah pulak sy dgr nama udang ni..

    ReplyDelete
  15. Tak pernah makan lg udang ketak ni kak PI...

    ReplyDelete
  16. Sekarang mahal harga udang ketak ni.

    ReplyDelete
  17. YEKE ANIES LA NI DH TAHU KAN...TQ

    ReplyDelete
  18. CUBALAH ATIE KAT SABAH MESTI BNYK UDANG NI...TQ

    ReplyDelete
  19. YEKE..MESTI SEDAP TU N RAMAI PENGGEMARNYA WP...TQ

    ReplyDelete
  20. memang lain rupa udang ni. kenapa org dulu2 tak makan kak PI?

    ReplyDelete
  21. huuu suka makan udang buat lauk sedap..

    ReplyDelete
  22. ฟิวช่างให้บริการต่อเติมหลังคาโรงรถ ครัวหลังบ้าน รีโนเวทบ้าน รั้วระแนง คอนกรีตแสตมป์ ห้องพระชั้นลอย ด้วยทีมงานมืออาชีพกว่า 10 ปี งานสวยตรงปก ไม่จกตา รับประกันงานสูงถึง 1 ปี ติดต่อขอรับรายละเอียดได้ที่ Line ID : @fiwchang

    ร้านขายตุ๊กตาแบร์บริค Bearbrick ของแท้ ในประเทศไทย เรามีสินค้าให้เลือกหลากหลายคอเลคชั่น ไม่ว่าคุณจะมองหาไซส์ไหน คอลเลคชั่นไหน เรามีครบจบ ให้คุณได้เลือกซื้อ ที่นี่ ที่เดียว ที่มีให้ครบจบตามที่คุณต้องการ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist