KENANGAN AKHIR SEPTEMBER
September telah berlalu. Muharam memulakan lembaran hijrah 1438
hijriah. Semangat tentu tertanam kemas di hati agar tahun baru merealisasikan
impian walau sedikit. Tetapi kenangan September tetap tidak terlupakan.
30 September lepas tergerak di hati PI untuk hadiri majlis
pelancaran novel RAJAQNA dan antologi puisi HIJRAH MERDEKA anjuran PENERBIT
BETA ustaz Ilhami Hisham setelah diundang kerana PI adalah salah seorang
penulis yang turut serta. Selama inipun memang selalu adakan majlis pelancaran
pelbagai buku terbitan ITBH KHIDMAT yang ada sedikit sumbangan karya PI yang
lebih kurang sajapun diadakan di UITM SHAH ALAM, TERATAK ZAABA BATU KIKIR
hingga ke LABUAN SABAH, tapi langsung tidak terdetik di hati hendak hadir.
Maklum acaranya begitu asing buat orang kampong seperti PI yang
hanya tahu memasak dan berkebun, menulis sekadar suka-suka. Rupanya takdir-Nya
memangkin gerak agar PI lebih mengenali ramai penggiat sastera yang nama mereka
sering muncul di persada media massa memperlihatkan kehebatan karya mereka
mencerna minda. Rasanya kerdil sekali untuk berada antara mereka. Hendak berdiri
sebarispun sudah tentulah tak boleh heh..heh…
Tapi kesemua penulis yang PI temui di sini ramah dan mesra. Antaranya
Tuan Ustaz Ilhami Hisham, Puan Ummu Atiffi, Dato’ Dr. Ibrahim Ghafar, Bunda
Annie Din/penulis terkenal Singapura, sdr Ladin Nuawi, Puan Ct Nurza dan ramai
lagi penulis terkenal. Sedang PI bukan sesiapun. Hanya menyibuk saja heh..heh..
Acara pada majlis itu dimeriahkan dengan bacaan sajak, rencana
dan nyanyian lagu puisi.
Sebelum majlisnya berlangsung seterusnya PI sudah minta izin
pulang daripada penganjurnya sebab PI bukannya boleh berlamaan duduk,
macam-macam sakit saraf dating mengganggu. Mengantuk pun ya. Lagipun rombongan
yang mengikuti PI ramai sekali. Habis semua anakcucu diangkut. Kesian mereka
hanya menunggu saja di kereta segan hendak masuk ke majlis.
Tuan Penerbit BETA mengejutkan PI dengan pengumuman pemenang
SAYEMBARA SAJAK HIJRAH MERDEKA yang PI sertai. Eh! Menang pula walau tempat
ketiga je heh..heh..sukanya bukan main lagi. Kali pertama menang sayembara
sajak walau selalu juga sertainya.
PI menulis sekadar mengongsi kegembiraan hati PI yang berbunga-bunga
dengan rakan bloggers dan viewers yang dikasihi. Tidak ada niat lainpun. Berkat
doa semua juga kejayaan PI yang kecil itu. Terima kasih semua.
Terima kasih Dato' Dr. Ibrahim Ghafar ketua satu PENA juga penasihat BETA sedang sampaikan hadiah kepada salah seorang pemenangnya.
Senarai Pemenang Sayembara Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA
Tempat Pertama
Nor Syafikah Mohd
BICARA KEPADA SEBUAH HIJRAH JIWA
Nor Syafikah Mohd
BICARA KEPADA SEBUAH HIJRAH JIWA
Tempat Kedua
SMahadzir Syed Ibrahim
BANGUN ANAKKU; TANAH KITA SUDAH MERDEKA
SMahadzir Syed Ibrahim
BANGUN ANAKKU; TANAH KITA SUDAH MERDEKA
Tempat Ketiga
Paridah Ishak
JALUR GEMILANG BAHTERA MERDEKA
Paridah Ishak
JALUR GEMILANG BAHTERA MERDEKA
Johan Bunga Pilihan
Sufian AM
cover buku Semangat Hijrah Jiwa Merdeka
Sufian AM
cover buku Semangat Hijrah Jiwa Merdeka
wah.. tahniah kak PI atas kemenangan. Moga terus success selalu :)
ReplyDeleteTKSH NADIE ..SYUKUR..INSYAALLAH.
ReplyDeleteMasya-Allah kenapa ada airmata di pelupuk mata kakak bila baca di akhirnya
ReplyDeleteTahniah dari kakak buat PI. Inilah rahmat dan berkat sabar seorg insan yg selalu merasa diri kerdil tapi bakatnya sebenarnya amat menyerlah
Sekali lagi sekalung tahniah dari kakak buat PI
Tahniah Kak PI..teruskan berkarya..
ReplyDeletetahniah kak PI menang. jangan lupa sertai giveaway saya pulak ya
ReplyDeleteTKSH KAKZAKIE...WAH SAMPAI MENITIS AIRMATA SYAHDU MENGONSI KEJAYAAN KAK YG KECIL SAJAPUN...SYUKUR ALHAMDULILLAH...INILAH DIRI KAK SEBENARNYA.
ReplyDeleteTKSH NOHAS..INSYAALLAH KALAU RAJIN HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH HANA...INSYAALLAH KAK AKAN SERTAI GA HANA
ReplyDeleteWow.. tahniah kak PI.. akhirnya dapat jugak SB nengok kak PI ikut hadir dalam majlis mcm ni. Selalu nya kak PI mmg akan menolak jemputan sebegini,kan.
ReplyDeleteTKSH SUE...BETUL TU SUE KAK MMG XPERNAH HADIR ACARA SEBEGINI WALAU DIUNDANG.
ReplyDeletetahniah Kak PI..walaupun ayatnya merendah diri ajer sebenarnya akak berbakat besar sebaris dgn yang lain.
ReplyDeleteTKSH KB..INSYAALLAH..NTAHLAH KB KAK NI PENULIS PICISAN JE PUN....HARUS SEDAR DIRI
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeletetahniah kak paridah :D bravoooo
ReplyDeleteTKSH MISDIARIOS...HEH..HEH..SUKANYA
ReplyDeleteTahniah kak..
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
Jom join contest ni.. senang je.. tak perlu buat entry.. SHARE & #TAG CONTEST
Tahniah kak PI.
ReplyDeleteBestnya bila hobi dan karya kita mendapat pengiktirafan.
Makin semangat macam tu bila kita menulis kan ^_^
Awatlah depa dok tunggu dalam kereta ja, rugi eh tak masuk.
Bukan selalu dapat datang function macam ni kan ^_^
wahhh.. Tahniah kak PI.. alhamdulillah rezeki... :)
ReplyDeleteteruskan berkarya ya kak..
Allhamdulillah... tahniah kak PI, semoga terus maju jaya.... :)
ReplyDeletetahniah kak!tumpang gembira ^_^
ReplyDeletehebat sekali...luar biasa tahniah
ReplyDeletehebat sekali...luar biasa tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah... tahniah kak PI!! :) :)
ReplyDeleteTKSH EJULZ OK SINGGAH NANTI
ReplyDeleteTKSH GEE..KAK MENULIS SUKA2 JE..TAPI KALAU DIIKTIRAF SUKA SGT HEH..HEH..ANAK2 KAK TU SEGAN NK GANGGU MJLIS YG MRK XBIASA.
ReplyDeleteTKSH ATIE..AMIN..INSYAALLAH
ReplyDeleteTKSH CIKGU ETUZA XHEBAT MANAPUN...
ReplyDeleteAMIIN..TKSH DIK KK
ReplyDeleteTKSH MAS
ReplyDeleteTKSH SHIELA
ReplyDeletewahhh hebattttttt tahniahhhh
ReplyDelete