Pic google image
LCE…SRP..PMR…PT3
Pelajar
tingkatan tiga di merata sekolah seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan
penting PT3 pada hari ini. Semoga semua calon-calonnya telah bersedia dengan
fakta-fakta benar yang bakal di kemukakan menjawab soalan kertas peperiksaan.
Selain berusaha menelaah dengan rajin, bersolat hajat, membaca yasin, berdoa
memohon petunjuk dan pertolongan Allah juga penting. Allah pasti menurunkan
hidayah kepada hamba-Nya yang memohon sesungguh hati.
System
peperiksaan yang wajib diduduki pelajar sekolah menengah tingkatan tiga bermula
dengan LCE/LOWER CERTIFICATE OF EDUCATION lama dahulu. Disusuli dengan
SRP/SIJIL RENDAH PEPERIKSAAN setelah kementerian pelajar ketika itu menukarnya
demi kemudahan ramai pelajar kini berada dalam aliran Melayu melebehi yang
mendapat didikan dalam aliran Inggeris.
Tika
itu jika calon SRP/LCE tak lulus periksa alamatnya setakat itulah saja
persekolahannya. Terhenti. Bagi yang perempuan, emak ayahnya tentu
mengira-ngira untuk mencarikannya suami. Bagi yang lelaki tentu terpaksa
bergelut dalam ruang kehidupan membantu keluarga mencari nafkah. Pada masa itu
tiada institute yang menawarkan ilmu kemahiran boleh dituntut.
Masa
berubah membawa pelbagai kemajuan dalam system pendidikan negara.
Pertengahan
70-an pelajar yang gagal SRP boleh menyambung pelajaran di sekolah vokesional.
Tiada lagi masalah keciciran untuk memperoleh pendidikan di usia muda.
Pada
1990-an ditukar pula kepada PMR/PENILAIAN MENENGAH RENDAH. Kali ini semua
pelajar tak kira gagal atau lulus boleh ke tingkatan 4. Lebih efisien nampaknya
gaya pembelajaran demi menafaat anak-anak yang sedang meniti usia remaja.
PT3/PENILAIAN
TINGKATAN TIGA adalah yang terkini diperkenalkan setelah semua nama peperiksaan
yang lama jadi kenangan.
Selepas
ini apa pula namanya yang diputuskan ya. Tunggu!
saya dulu SRP..dah lama tk ambik exam..
ReplyDeletesemoga semua yg tengah exam tenang menjawab soalan..
Kakak dulu duduk SRP tapi anak-anak kakak satu kena PMR dan satu kena PT3. Yg bongsu rasanya kalau tak tukar PT3 jugalah.
ReplyDeleteMengharap anak-anak semuanya cemerlang hendaknya.
Samalah kita nohas. Time tu sapa dapat aggregat bawah 25 akan terpilih masuk ke sekolah aliran sains. Markah tu dikira dengan mencampurkan keputusan subjek sains dan matematik. Yang gagal pulak boleh repeat semula. Tapi kalau gagal subjek BM kena gantung persekolahan selama setahun, lepas tu baru boleh repeat balik.
ReplyDeletewawa ambil PMR..")
ReplyDeleteSemoga anak-anak kita yang menduduki PT3 beroleh kejayaan yang cemerlang.
ReplyDeletesaya zaman SRP...anak2 insyaallah akan PT3 lah semuanya.
ReplyDeletesemoga berjaya kpd yg menduduki PT3 hari ini.
selamat berjaya
ReplyDeleteAnak sedara Mrs. A pun ambil PT3.
ReplyDeleteSemoga calon-calon PT3 dipermudahkan hendakNYA.
Semoga semuanya lulus cemerlang!
ReplyDeleteNama akan datangnya pasti lebih advance kan?
^_^
smoga berjaya bagi mereka yg sedang ambil pt3
ReplyDeletesemoga berjaya semua calon
ReplyDeletegood luck adik2
ReplyDeletesaya zaman PMR..lain zaman lain cabarannya.semoga anak-anak kita berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteDulu saye amik PMR :)
ReplyDeletesuke baca kish dlu2 nie =)
ReplyDeleteakhirnya kini hanya menunggu keputusan PT3
ReplyDelete