Friday, 14 October 2016

MENGADAP ILAHI...

ASSALAMUALAIKUM…

Salam Jumaat mulia.

MENGADAP ILAHI

Insya-Allah kita semua akan mengadap Ilahi Pencipta kita Yang Esa pabila tiba waktu janji-Nya samada cepat atau lambat. Membawa apa saja amalan kita untuk dihisab ditimbang neraca-Nya. Kematian seiring dengan kehidupan. Ada hidup ada mati. Walau sedih terpaksa menerima hakikat kita telah kehilangan diri yang pernah dekat di hati kita.

Baru-baru ini seorang rakan FB PI Muhd Adnan Bahari telah pulang ke Rahmatullah kerana alami stroke dan kegagalan ginjal. Sewaktu beliau mula stroke PI cadangkan segera berurut dengan pengamal perubatan alternative di Seremban. 

PI tidaklah kenal rapat dengan bekas pegawai RISDA yang juga penulis terkenal sering menulis berita dan artikel di akhbar BH ini. Justeru beliau ini adalah rakan sekolah kepada penulis Noorlaila Ghafar kawan baik PI jadinya berkawanlah juga.
Salam takziah kepada keluarganya dan PI juga turut berdukacita.


Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan sahabat itu di sana dan berada di sisi-Nya di kalangan solehin yang dicintai-Nya…amiin.

16 comments:

  1. Salam Takziah buat kelurga arwah.. moga ditempatkan dikalangan org2 beriman..
    Mati itu pasti.. hanya Allah yg mengetahui masa & ketikanya

    ReplyDelete
  2. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman disisiNYA.
    Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah.

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah untuk keluarga Allahyarham..

    ReplyDelete
  5. du sibui sana juga ada yg pergi tinggalkan dunia ini.kematian itu dekat..sesungguhnya

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat, Kak PI..

    Takziah kpd keluarga rakan akak...mati itu pasti, kita akan menyusul jg..

    ReplyDelete
  7. Wkmsalam.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... aamiin ya Rabbalalaamiin...

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah & salam takziah... pusat rawatan tu kat mne ye sis

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist