ASSALAMUALAIKUM....
JOM CUBA RESEPI ROTI BOYAN NI UNTUK SARAPAN PAGI...PASTI MENGENYANGKAN DAN ENAK MENJAMU SELERA PAGI HARI....NAMPAK RENYAH JUGA NAK SIAPKANNYA...TAPI JIKA NAK BUAT TAKLAH SUSAH SANGAT PUN...SIAPKAN INTINYA DULU KEMUDIAN ULI TEPONG UNTUK DIJADIKAN ROTI MENGISI INTI....LEPAS TU GORENG...DAH PUN SIAP...
ROTI BOYAN@ BAWEAN
Bahan2 Kulit
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 sudu besar air suam
50 ml minyak masak
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil gula
¼ sudu kecil garam
Cara membuat kulit :
1) Ayak tepung ke dalam mangkuk besen yg besar.
2) Cairkan minyak sapi & campurkan dgn minyak masakan. Garam dibubuh ke dalam air suam.
3) Masukkan minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi adunan yg lembut tapi jgn sampai lembik. Buat beberapa bebola daripada adunan tadi dan biarkan sebentar.
Ada dua pilihan untuk inti terpulang kepada anda..
Bahan2 Inti (Cara 1 )
400 gm/ 3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit
4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
Bahan-bahan Inti (cara ke 2)
800gm kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
4 biji telur
2-3 biji bawang besar (dihiris atau dadu)
200 gm isi ayam (potong kecil2, perap dgn sedikit ketumbar jintan, garam & digoreng)
secukup daun sup & daun bawang
1 batang cili merah hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
garam secukupnya
Cara:
1) Gaul rata kesemua bahan di atas hingga rata dan sebati .
Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti
Cara2 menyediakan inti
1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.
( Cara yang sama untuk inti kedua)
Cara penyediaan kulit..
1. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli. Campurkan garam & gula & gaul rata. Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas. Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
3. Canai dan lipat macam buat murtabak
4. Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing.
5. Potong roti hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.
RESEPI LIKE PAGE KEK BISKUT RAYA.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
2 hours ago
hmmm....yumi banget roti bawangnya, pasti kuah cocolannya pedas kan
ReplyDeleteSEDAP TU CT DGN KUAHNYA PEDAS...TQ
DeleteKalau baca resipi mcm renyah pulak... huhuhu tapi tengok gambar... sedapnya la hai...
ReplyDeleteYELA NORA NAMPAK RENYAH TAPI XSUSAH...TQ
DeleteAssalamualaikum Kak Paridah,
ReplyDeleteBaca resepi susah nak khadam tapi bila tengok gambar terasa gigih pula nak mencuba.. :-)
WSALAM...HEH..HEH..CUBALAH DGN GIGIHNYA LZ SEDAP TU...TQ
DeleteIsk..isk..sedapnya. Banyak juga step nya tu. Nak menguli tu yang letih siket...hihi
ReplyDeleteSTEPNYA DUA JER FIDAH...BUAT INTI N ULI TEPONG...CUBALAH FIDAH...TQ
Deletebelum pernah buat roti roti boyan ni nk save resepi lahhh mcm sdpppp je
ReplyDeleteSAVELAH NOOR ADA MASA BUAT...CHEFF NOOR MMG RAJIN HEH..HEH..TQ.
DeleteTaklah renyah mane kalo rajin, he he
ReplyDeleteBETUL TU NOR YG PNTING MAHU...TQ
Deleteboleh dicoba resepnya bagus untuk sarapan pagi sepertinya
ReplyDeleteBETUL TU TAUFIK SESUAI UTK SARAPAN PAGI...TQ
DeleteSedap ni PI, ingatkan dengan roti, rupa nya dengan tepung, lagi sedap la :)
ReplyDeleteYELA BP TEPUNG YG DIJADIKAN ROTI BERINTI...TQ
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteHmm, tengok pada cara membuatnya macam payah juga ye...Tapi belum cuba belum tahu kan. Takpe la saya simpan dulu resepinya, mana tahu masa akan datang teringin nak cuba membuatnya hehe..
WSALAM DIK USTAZ..SIMPANLAH RESEPINYA DULU ADA KESEMPATAN BOLEHLH ULI2 MAIN TEPUNG HEH..HEH...TQ
DeleteYalah PI tengok nya macam renyah nak buat ni tapi terasa ingin nak rasa roti ni kenalah save dulu resepi ni
ReplyDeleteXPA SAVE DULU SANIAH YA NANTI BELEK RESEPINYA BILA NK BUAT...TQ
DeleteEeehhh.. mesti sedap ni.
ReplyDeleteKakak boleh tak pernah jumpa.
Tengok gambar dia menarik sangat.
Boleh dibuat hidang tetamu - cantik.
Kakak terpikatlah dgn resepinya - nak mencuba.
SEDAP NAMPAKNYA TU KAKZAKIE...CUBA NANTI YA...TQ.
DeleteKuih yang ada inti pedas memang sedap rasanya tentu masa menggoreng Wangi kan PI.
ReplyDeleteKak Zai simpan dulu resepinya tq sudi kongsi.
YELA ZAI...SIMPANLAH RESEPINYA DULU...TERINGIN BOLEH CUBA...TQ.
Deletemcm bergedil x rasa dia
ReplyDeleteXKOT...BERGEDEL TU LAIN SIKIT CARA BUATNYA...TQ NABILA SYIFA.
DeleteTerima kasih resipi ini..akan cuba
ReplyDeleteWAH CIKGU ETUZA PUN TERTARIK JUGA...CUBALAH YA...TQ
DeleteIshhh sedapnya... klu makan panas2 dgn teh o suam ni kompom sedappp!!!
ReplyDeleteSURE SEDAP MKN PANAS DGN KOPI PANAS KK..HEH..HEH..TQ
Deletemengenyangkan makanan ni . sesuai utk my anak buah yang tangkinya besar ... heheheee
ReplyDeleteHEH..HEH..ANAK2 TGH MEMBESAR TU QV BESAR SELERANYA..QV BOLEH CUBA RESEPI NI...TQ
ReplyDelete