Friday, 19 February 2016

MAHLIGAI CINTA...

ASSALAMUALAIKUM...

MAHLIGAI CINTA…

Kenapa kau tak pilih dia? Dia kan kaya, ada syarikat guaman sendiri dan seorang yang berjaya di dalam hidup kau tentu senang lenang kelak..." Kawannya itu masih meneruskan komentarnya lagi.


"Atau kau pilih saja sidia yang kau ceritakan pernah melamarmu tapi kau tolak. Aku tengok dia pun hebat orangnya, seorang kontraktor tahap jutawan. Kenapalah kau ni menolak tuah...sah-sah kau akan bermandikan wang ringgit kelak...tak faham betul aku..."

Kawannya itu dijeling sekilas dengan senyuman berbunga.
"Dah habis omel kau ke...kau tak payah nak susah-susah faham aku, aku sendiri pun kadang tak faham diri aku sendiri tapi bolehlah aku cerita sedikit setakat yang aku faham tentang diri aku ni..."
"Ceritalah...aku dengar ni..."


"Aku tak pilih sidia-sidia yang kaya-raya tu bukan sebabnya aku tak suka jadi kayaraya segera. Cuma aku rasa  aku pun boleh cari kekayaan tu dengan usaha aku sendiri. Tak payah nak bergantung hidup dengan kekayaan orang lain. Lagipun kau nak kalau suami kau kata lepas kita kahwin nanti awak duduk saja kat rumah...takpayah nak kerja. Sedangkan mak ayah kita yang miskin tu dah melabur banyak duit untuk pengajian kita. Takkan kita taknak berkerja membantu mak ayah kita. Dibuatnya jodoh kita tak panjang dengan sidia...ditinggalkannya kita, macamana kita nak hidup kalau tak berkerja.

Alasan aku yang kedua mudah saja...sebab aku tak cintakan mereka. Aku akan pilih seorang sidia yang baik, berbudi bahasa,bertanggungjawab, hormat orang tua. Walaupun tak kaya. Kebaikan tu sangat penting tau. Dalam dunia sekarang tidak ramai lagi lelaki yang baik tau...Lagipun aku dah ada sidia yang sangat cintakan aku..."


'Patutlah pun. Moga apa yang direncanakan menjadi kenyataan. Kadangkala memang amat payah menolak takdir justeru jodoh pertemuan itu Allah yang atur sahabatku.'

10 comments:

  1. Nak yang cinta dan rasa dicintai tu. Kaya wang kaya budibahasa pun nak hehe main tambah ja, betul tolong emak bapa dengan jodoh yang faham itu kan..

    ReplyDelete
  2. Kaya akhlak itu utama...kaya harta itu hadiah Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU DGN AKHLAK YG MULIA..ALLAH MERESTU N REZKI ALLAH MENGIRINGNYA INSYA ALLAH...TQ PC.

      Delete
  3. saya pun akan menjadi orang yang memilih cinta :) kadang kala pemikiran seperti ini memang tidak cocok dengan kehidupan modern :) namun apa salahnya hidup dengan pilihan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA MEMILIH CINTA YG DISETUJUI HATI KITA..INSYA ALLAH...TQ KETIKA HATI INGIN BERTEDUH.

      Delete
  4. cinta taklah perlu di kejar sebab cinta adalah anugerah-NYA, jika cinta tiba di hati nikmati dan syukuri maka mahligai cinta akan engkau rasakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAH MENARIK SEKALI UCAPAN CT TERKEDU DIBUATNYA...TQ.

      Delete
  5. INSYA ALLAH CIKGU ETUZA...TQ.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist