SELAMAT BERSARA DATUK PROF DR.AWANG SARIYAN
PENGARAH DBP
Pic wikipedia.
Yang ditinggalkan pasti kehilangan
Bukan berbukit malah
bergunung berbanjaran
Pejuang bahasa jasanya bertebaran
Memperkasa bahasa mengindahi jambangan
Seorang wira bahasa bangsa mengakhiri tugasan
Penuh keikhlasan.
Walau tidak berkenal mesra
Ketokohan pejuang bahasa diketahui lama
Menanggung tugasan hakiki
Dengan sabar tanpa gentar di hati
Ranjau mendaulat bahasa Melayu
Dugaannya sukar ditepis kanan kiri
Namun hati keras tegar mahu
Dr. Awang Sariyan tidak peduli
Bersilat menentang petualang
Berhati-hati elak kecundang.
Tugasan dijunjung di jemala minda
Dipikul di bahu penuh kekuatan raga
Dijinjing tangan jangan keciciran
Berusaha dilakukan Dr. Awang Sariyan
Sepenuh keimanan menyempurnakan amanah.
Kini terbukti sudah insya-Allah.
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
30 JAN 016
salam sabtu P
ReplyDeleteselamat bersara jugak utk yg bersara
kami pun sampai umur bersara dh ni hehe
Salam sabtu noor...kak dh lama bersara noor,,,tq
ReplyDeleteKak PI, he he, pggl kak yea
ReplyDeleteYA NOR..PANGGIL KAK PUN OK JER WALAU NOR TARAF ANAK JER KOT...TQ.
DeleteDari buku Hlovate lah saya kenal dengan nama Prof. Dr. Awang Sariyan.
ReplyDeleteSemoga pemimpin selepas beliau sentiasa terus memperjuangkan bahasa.
WAH FAARIHIN KENAL JUGA DGN PROF...KAK XKENAL PUN TAPI SEJAK JOIN KAWAN2 YG SUKA MENULIS KENA AMBIL TAHU JUGALAH TNTG PENGGIAT BIDANG INI...TQ
ReplyDeletePenghargaan untuk mereka yang berjuang mendaulatkan bahasa
ReplyDeletehmm benartu fidah...tq
ReplyDelete