Sunday, 7 February 2016

MACAM CERITA MADU 3 LA PULAK...

ASSALAMUALAIKUM....

SAMBIL MAKAN LIMAU MANDARIN, KUIH BAKUL, KUACI, KACANG TANAH ATAU NIKMATI TARIAN SINGA SEMPENA MERAIKAN

TAHUN BARU CHINA PERHATIKAN JUGA APA YANG BERLAKU DI PERSEKITARAN KITA....

Kecoh di laman sosial hari ini apabila tersebarnya video pengantin lelaki diserang isteri pertama di majlis persandingannya.

Video berdurasi hampir dua minit itu dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook sejak semalam dan telah ditonton oleh hampir satu juta pengguna Facebook setakat ini.

Video tersebut memaparkan sebuah majlis persandingan terpaksa dihentikan ekoran daripada kunjungan mengejut isteri pertamanya yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya yang masih sah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuannya.

Difahamkan isteri pertama dan perakam video tersebut datang ke majlis itu untuk mendapat keadilan dari si pengantin lelaki.

Pasangan pengantin itu yang jelas terkejut dengan kehadiran isteri pertama, lalu bingkas turun daripada pelamin, menyebabkan kebanyakan tetamu tercengang dan majlis terhenti serta-merta.

“Kami ke sini tidak ada niat nak malukan pengantin lelaki, tapi dia ni (isteri pertama) masih isteri dia (pengantin lelaki) lagi, kahwin senyap senyap...tiga bulan tinggalkan (isteri pertama). Mana mak pengantin lelaki, apa cerita ni?” soalnya bertubi-tubi.

Perbincangan antara keluarga pengantin lelaki dan pihak isteri pertama kemudiannya berlangsung di belakang pelamin di mana isteri pertama mengaku masih belum diceraikan oleh suaminya.

Si isteri pertama juga mengaku tidak dimaklumkan oleh suami tentang perkahwinan yang dilangsungkan.
- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/2016/02/pengantin-diserang-isteri-pertama.

24 comments:

  1. Eerrrmmm...macam2 cerita. Tadi ada kawan cerita di wa group. Belum tgk lagi video tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtengok xpalah fidah ambil tahu serba sikit jer heh..heh..tq

      Delete
  2. Hukum Allah tu tidak haram pun, cuma nafsu kita yg tidak dpt menerimanya.

    ReplyDelete
  3. Nauzubilah..itu lah susah nak komen kan.. tapi elok tahu ada berita begini, tkasih PI share ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpayahlah komen BP ujian hidup kita ni pelbagai yg dijangka akan ditempuhi...tq

      Delete
  4. belum tengok lg video tu...drama kehidupan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm drama kehidupan xpernah habis..tq nohas.

      Delete
  5. Bunda pun belom tengok video tu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pun xtengok bunda cuma kongsi citer je...tq bunda.

      Delete
  6. salam mak Pah, kes video viral nih kita nmpk dr sebelah pihak saja., kita x tau apa masalah dr pihak lelaki pula., huhu2

    tetiba tringt cerita ustaz poyo tuuh, 'senangnya kawen siam'., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wak...masing2 ada masalahnya tu n perlu dicari jln penyelesaian sebaiknya..tq wak.

      Delete
  7. baru tengok jugak semalam pasal ni... ermmmmm nak komen panjang juge nanti kang.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..jgn komen panjng sgt cikgu takut Allah uji begitu pula heh..heh..tq

      Delete
  8. by the way... wowww template baru 2016

    ReplyDelete
  9. dh lama cikgu xsinggah sini ya...tq.

    ReplyDelete
  10. kecoh ...amat mengejutkan...

    ReplyDelete
  11. heh..heh..drama kehdupan cikgu etuza...tq

    ReplyDelete
  12. nak kahwin ni bukan main sedap kahwin je... terutama klu kahwin 2,3 atau 4 tu. Tanggungjawab berat... silap2 tambah dosa je... wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik KK..berkahwin harus penuhi tanggngjawab dgn bijak..berkahwin demi Allah hidup diredai Allah n tiada masalah...tq.

      Delete
  13. nak kahwin ni bukan main sedap kahwin je... terutama klu kahwin 2,3 atau 4 tu. Tanggungjawab berat... silap2 tambah dosa je... wallahualam.

    ReplyDelete
  14. ada gak baca kat blog org . nak tgk video , mmg taklah . kang laju je quota boadband berlari ...

    ReplyDelete
  15. yeke mesti lbh menarik ulasannya tu qv...benda citer pelik abaikan saja videonya...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist