Saturday, 20 February 2016

KEK KUKUS OREN...KEK EVERGREEN KUKUS.

ASSALAMUALAIKUM...

KEK YANG DIKUKUS SEDAP JUGA...LEBIH MUDAH CARA MENGOLAHNYA...BOLEH PILIH ANTARA DUA RESEPI YANG PI PAPARKAN DI SINI.



Resepi Kek Kukus Oren

Bahan-bahan :
10 biji telor (asingkan putih dengan kuning)
12 oz mentega
10 oz gula halus
9 oz tepung gandum
5 oz susu cair (boleh digantikan dengan 1 tins Nestle cream)
1 biji limau sunkist (kulitnya diparut, jusnya diambil 1 sudu teh)
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus

Cara Membuatnya :
1.Mentega, esen oren, garam, kulit limau dan jusnya dipukul hingga gebu dan putih. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dipukul adunan hingga mesra.
2.Pukul putih telor bersama baking powder hingga kembang. 3.Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan kuning telor sebiji demi sebiji hingga habis ke dalam mentega yang dikacau tadi hingga rata. Masukkan tepung, kacau rata dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus hingga masak.



Resepi Kek Evergreen Kukus

Bahan-bahan utk Lapisan Hijau:
10 biji kuning telur
225 gram mentega
1/3 cawan gula halus
3/4 cawan horlicks
1/2 cawan biskut marie kisar (diayak)
1/2 - 1 botol kecil pandan paste cap koepoe-koepoe

Cara-cara:
Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, gula halus dan mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan utk Lapisan Putih:
1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)
10 biji telur putih
1 cawan gula halus
1/2 tin susu manis
225 gram mentega

Cara-cara:
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi. Didalam mangkuk berasingan, pukul mentega dan susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.

**Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira-kira 2-3 senduk nasi) dan apabila masak, tuangkan adunan putih (3 senduk nasi) diatasnya. Buatlah berlapis-lapis hingga habis. Kukus lagi selama 1 jam


LIKE PAGE KEK BISKUT RAYA FB,

22 comments:

  1. sedapnya..gebusnya..termimpi-mimpi makan kek..

    selamat malam, kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SLMT MLM NOHAS...MKN KEK DLM MIMPI XKENYANG NOHAS...HEH..HEH..TQ.

      Delete
  2. sedapnya.... mengidam plak rasa nak makan kek oren...

    ReplyDelete
  3. Betul kak PI, saya rasa kek kukus lbh sedap, tak muak, setuju tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA NOR MSKN KUKUS NI LAGI ELOK DRPD DIGORENG...TQ.

      Delete
  4. saya suka kek kukus dari yg dibakar..ianya lbh lembut dan gebu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA KAMSIAH KEK KUKUS NI RASANYA LBH KENYAL N SEDAP...TQ.

      Delete
  5. oo...sedapnya melihat kek kukus orange...nak, menikmati...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam. sedapnya kak PI..")

    ReplyDelete
  7. Kak PI sukatan oz tu mcm mana ye..
    Saya pun suka kek kukus sebab dia lembab2 sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUKATAN OUNCE TU KENA TIMBANG YATI HEH..HEH..TQ

      Delete
  8. Assalam kak PI. Ni cara otai baking kek. Telur puyih diasingkan. Terbaiklah. Terasa pulak kdk oren kat tekak..

    ReplyDelete
  9. WSALAM OZ YELA KEK YG DIGUNAKAN TELUR N MERAH YG DIASINGKAN JADIKAN KEK LBH GEBU..TQ OZ.

    ReplyDelete
  10. Aduiiii sedapnya tengok pagi2 nie... :) :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist