Sunday, 20 September 2015

KAPAL YANG BOCOR...

Kapal yang bocor

Kapal itu telah meninggalkan pelabuhan
sarat muatannya berat bebanannya

kadang melinglung dipukul ombak ganas
kadang tersasar laluan dihempas badai

Namun terus belayar dengan sabar
meredah situasi demi situasi
tanpa mengira nasib diri

Di tengah lautan pelayarannya terhenti
segara luas nan tidak bertepi 
tidak gagah lagi direnangi



Dan
tiada yang menangisi nasib dirinya
mahu berpayah membaiki kebocorannya

Kini sendirian bermain gelombang
bertemankan camar yang singgah di tiangnya
yang pasti bakal tenggelam
ke dasar lautan perlahan-lahan
untuk menjadi tukun ikan ikan

Paridah Ishak.

kapal tua.. by eswin
PIC GOOGLE IMAGES


14 comments:

  1. sedih membaca ni PI...apa kan daya

    ReplyDelete
  2. hmm..itulah kehidupan...tq cikgu etuza.

    ReplyDelete
  3. Adakala dalam kehidupan ini ada yg tertewas... bahagian masing2 kan kak...

    ReplyDelete
  4. hmm skrip hidup kita berbeza-beza kan KK.. tq.
    sedihkan kalau tertewas...

    ReplyDelete
  5. Mendalam maksudnya... Moga ada yang membantu kapal itu...

    ReplyDelete
  6. puisi satira luahan hati..
    tq zumal memahami maksudnya yg sederhana saja xsesukar mana.

    ReplyDelete
  7. ada maksud yang tersirat.. #deep

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud tersirat yg mudah difahami tu...tq wan muliani.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak,
    Fitrah...setiap permulaan pasti ada perhentian.
    "Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (surah Rahman: 26-27)





    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...benar tu tiada yg kekal di alam fana ini kecuali Dia.
      pengakhiran suatu episod kehidupan yg walau mendukakan wajar diterima dgn reda.
      tq abuikhwan pencerahannya.

      Delete
  9. Bukan pelayar mahukan kapalnya bocor tetapi kadang kala takdir dan ketentuan Ilahi itu sekar dijangkakan. Pasti ada hikmah yang perlu direnungkan...

    ReplyDelete
  10. hmm...pelayar hanya mahukan kesempurnaan akan kapalnya..
    hikmah Allah sentiasa ada dlm setiap ketentuan-Nya...insyaAllah.
    tq BM.

    ReplyDelete
  11. ketabahan sebuah kapal di dalam mengharungi liku-liku kehidupannya..

    ReplyDelete
  12. hmm ketabahan yg kental...tq aiza.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist