Menjelang hujung tahun dipenuhi dengan pelbagai kesibukan-kesibukan yang rutin atau terjadual. Seolahnya musim-musim yang diketarakan di sini dipastikan berlaku...
Musim 1...Musim anak-anak berada di dewan peperiksaan bagi yang mengambil exam SPM dan STPM. Semoga anak-anak ini memperolehi kejayaan yang diharapkan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
Anak-anak di tahun 6 baru sahaja selesai exam UPSR.
Musim 2...Musim cuti persekolahan dan sempenanya ramai yang mengadakan majlis pertunangan dan nikah/kahwin. Dan didoakan setiap majlis yang berlaku sempurna kelancarannya, tiada sebarang aral yang menggendalakan. Juga setiap pasangan yang bertemu jodohnya serasi berkekalan hingga akhir hayat.
Dan kita pun berpantun menurut adat:
Tumbuh merata pohon meranti
kayu merapoh tidak berduri
Tiara cinta mutiara hati
ingin disepuh ingin dipetri...
Musim 3...Musim tengkujuh/musim banjir...musim yang tidak diingini kerana ianya akan menyebabkan masalah kehilangan nyawa, harta benda dan kesusahan-kesusahan yang bersangkutan dengannya walau kesusahan dan masalah serupa tetap juga berlaku tidak mengira musim.
Sebelum masuk musim yang ketiga mutakhir ini telah timbul musim baru pula iaitu musim jerebu. Seluruh negara dilitupi jerebu yg disebabkan asap tebal hasil pembakaran kawasan untuk tujuan pertanian di Kallimantan dan Sumatera Indonesia dihembus angin.
Musim-musim yang bergantian dengan perbezaan masalahnya yang perlu dihadapi. sarat dengan cabarannya.
meriah kan
ReplyDeletehmm..amat meriah...tq nor azman.
Deletewahhh sonoknyer kawen, nak jaga perkawenan tu yg tak sonok mak kanns., ;p
ReplyDeleteberkahwin kerana Allah segala urusannya mudah hingga jannah...tq tiga lalat.
DeleteIya, semoga musim-musim buruk yang memang tidak boleh kita tolak kedatangannya itu tidak terlalu membawa petaka kepada kita umat manusia. Dan bila juga harus mendapatkan musibah, semoga kita bisa memikulnya dengan iman yang kuat...
ReplyDeleteinsyaAllah tu..musim yg bergantian meronai kehidupan kita tanda kekuasaan Allah..
Deletetq yozidahfilputra.
bulan Disember..musim cuti, ramai yg nak habiskan cuti tahun..dan juga musim company tutup akaun..huhu..tak leh cuti..
ReplyDeleteyeke...bole cuti lain kali nohas...tq
DeleteSemuanya melibatkan debaran yg berbeza
ReplyDeleteTak kira yg terlibat dengan periksa,majlis nikah-kahwen atau mereka yg biasa terlibat banjir
Moga semuanya dipermudahkan... usaha dan doa pada Allah kita berserah
ya debara hadapi cabaran yg berbeza perlu didepani tanda kekuasaan Allah yg esa.
Deletetq kakzakie.
maafin kami ya mbak orang indonesia, doain aja biar pemerintah kami bisa mengatasi masalah kabut asap yg terjadi di kalimantan. salam damai dari kami semua :D
ReplyDeletemasing2 ada alasannya n kita harus berkompromi dlm hidup berjiran...insyaAllah masalah jerebu ni akan selesai juga dgn kehendak-Nya..
Deletetq Patah Online.
Kak Paridah, tambah musim 1 lagi, jerebu..
ReplyDeleteTeruk kat sini Kak.. :-(
heh..heh..betul tu.
Deletedi mana2 saja serupa saja nampaknya.
tq Lz.
Musim berganti musim.. masalah tetap sama.. kita perlu bersedia dari masa ke semasa.
ReplyDeleteya kita mesti bersedia mnghadapi musim yg bergantian itu.
Deletetq aizamia.
Musim banjir dan musim berkhatan juga...
ReplyDeleteheh..heh..ada tambahan musim lagi ya zumal...tq.
DeleteDone follow #209
ReplyDeleteMusim, musim. Musim orang kawen memang seronok.
musim makan kenduri tu mmg best.
ReplyDeletetq Tengku Sofia sudi follow karyaku.
musim jerebu paling teruk sekarang ni.. doakan semoga ia cepat berakhir..
ReplyDeleteINSYAaLLAH AKAN PULIH SEGERA TU AIZA TQ.
DeleteBnyk org cakap walaupun negara kita ni hanya ada 2 musim tak macam di barat.. tapi dlm 2 musim tu kita ada bermacam2 musim.. rasa mcm tak cukup je setahun kan.. meriah.. :D
ReplyDeleteheh..heh..dlm 2 musim pun bermacam-macam musim ada...tq KK
Deleteberbagai acara dilakukan masa cuti..pastinya menemani kita di blog so banyak bahan nak buat entry ada kerja rumah hidup tak akan sepi..betul tak Pi?
ReplyDeletehmm betul tu cikgu etuza...tq.
ReplyDelete