Cerpen:
Kenapa kau pilih dia?
Karya:
Paridah Ishak.
DIALAH jantung hatiku satu-satunya. Tiada dua tiada tiga. Seluruh
keperluanku, keluargaku, anak-anakku hanya tergantung kepadanya. Tidak
kasihankah kau kepadaku yang tidak punyai apa-apa sepertimu yang ketara miliki
segalanya. Mengapa tidak kau biarkan kehidupanku lancar berterusan tanpa
gangguan yang kau timbulkan.
Pilihanmu adalah hakmu
menentukannya. Mungkin langsung tidak ada apa salahnya untukku pertikaikan tapi
ada sudut-sudutnya yang boleh dipersoalkan kewajarannya. Hakmu pasti kau
pertahankan dan begitu juga aku. Selagi termaktub aku berhak terhadap sesuatu
itu akanku pertahankan sehabis kudrah.
Suratan pula menentu takdir-Nya.
Usahaku sudah bersungguh mempertahankan hakku dan anak-anak agar tidak
direnggut daripada genggaman tanganku dan diberikan sebagai anugerah teristimewa kepadamu
pula. Apalagi yang dapatku kata selain
merenung penuh sayu berbaur sesal teramat.
Barangkali kau merasakan tidak
pernahpun mengambil apa-apapun yang menjadi milikku kerana jasad yang berjiwa,
berhati nurani kadangkala bolak balek hatinya dan keputusan yang diperhitungkan
tidak semenggah yang didambakan.
Itulah kemungkinan besarnya yang
berlaku kepada diri pilihanku dan kini adalah diri pilihanmu. Pertarungan,
pergelutan, pergolakan yang menimbulkan kerusuhan jiwaku angkara olahmu
terpaksaku hadapi dengan air mata berlinangan kesedihan. Habis apalagi yang
mampu ku buat selain menjuraikan air mata kesedihanku. Sungguh kau tidak
berhati perut. Langsung tidak kasihan kepadaku.
Astaghfirullah! Berdosanyalah aku mengadilimu begitu. Hak Allah hendakku ambil
pula buat menambah dosa yang sedia ada.
Namun suara hatiku selalu membisik
begitu di dalam dunia sedar dan lenaku. Melupakannya, menghambatnya jauh agar
tidak berlegar lagi di rongga-rongga kalbuku mengelirukannya dan meninggalkan
efek negatif telah berusahaku laku.
Terngiang-ngiang jua masih.
Memeningkan, membingungkan. Harus ku ingat danku sedari bahawa diri
kesayanganku, kecintaanku itu bukan lagi siapa-siapa denganku dan tidak layak
bagiku merasai luhur sucinya seni halus jiwa itu.
Sifat terlalu mencntai itu walau
lumrah dan telah ditanam Allah ke dasar sanubari kita tidak seharusnya
melebihkan pula rasa cinta kepada yang
berhak sesungguhnya terhadap rasa cinta kepada Allah Azzawajalla. Laluku pujuk
hatiku dengan berkata sesuatu yang tersurat takdirnya ada hikmah yang membawa
rahmah.
Sendirianlah aku. Walau sepi, walau
sunyiku tanggung sendiri. Terlalu berat sangatkah masalah itu bagiku? Rasanya
tidakpun. Hidup perlu diteruskan walau ujian-Nya merintang sepanjang
perjalanannya. Kesedihan, kedukaan tidaklah selalu membentuk mendung hitam yang
menabiri alamnya sehingga sentiasa sangsi dan ragu untuk mengatur apa saja
perancangan ke arah kehidupan sebaik mungkin.
Suratanku sejak azali begitu
takdir-Nya. Dan kuterima dengan reda. Jikalau telah reda semata tidak perlulah lagi
ada sifat iri antara sesama kita. Biarkan perjalanan hidup kita lancar
berterusan ke destinasi akhirnya tanpa olah tanpa bantah.
Siang malam bergantian dan kitapun
leka menjalani urusan tanpa memikirkan permasalahan antara kita. Tidak langsung
mahu mengambil peduli apapun lagi yang bersangkutan dengan masalah yang telah
ditinggalkan bersamaku. Justeru ia adalah semata-mata masalahku saja. Tiada
kena mengena denganmu dan diri yang telah jadi pilihanmu itu.
Yang diinginkan berlaku sebgitu
tidak pula jadi begitu. Jauh pula menyimpang daripada sasaran sebenarnya.
Hendak mengalih sasaran kea rah yang betul tidak tahu pula. Pening kepala
memikirkannya.
Sudahnya kerisauan yang mengganggu
fikiran seakan mengheretku sasau. Kesasauan yang tidak diingini akal sihat
normal. Mengenangkan nasib malang anak-anakku menggapai masa depannya laksana
anak-anak orang lain seakan kabur sekali jalan yang dilalui mereka merusuhkan
hatiku.
Mengapa tidak mahu menafkahkan
anak-anak darah dagingnya sendiri sedangkan ayah kepada anak-anakku itu tidak
berkurang suatu apa. Tentu tidak akan menjadi miskin kerana menyara kehidupan
anak-anaknya yang berempat yang masih kecil itu. Diri yang telah menjadi hakmu
kini juga adalah hak anak-anaknya sejak mereka lahir ke dunia. Dulunya mereka
dimewahkan dengan kasih sayang, perhatian rapi segenap segi ayah kesayangan
mereka sebelum kau hadir kerana ayah mereka orang berada. Kini setelah hadirmu
jadi sebaliknya pula.
Membiarkan bekas isteri yang tiada
harta sepencarian yang ditinggalkan walau sedikit buat menyara hidup semua
zuriat suaminya mampukah dilakukannya. Nescaya langsung tidak. Marah sungguh
bekas suamiku yang kini adalah suamimu kepadaku hingga sanggup menganiaya aku
dengan tidak menafkahi anak-anaknya lantaran kemahuanku memohon perceraian di
mahkammah syariah.
Jikalau marahkan aku janganlah
libatkan anak-anak darah daging sendiri menanggung akibat daripada kemarahan itu.
Namun tidak dinafikan
memang ada suami yang tahu tanggungjawab mereka, tetapi sengaja
tidak mahu beri nafkah
kerana dalam diri mereka telah tertanam sifat mahu balas dendam
terhadap bekas isteri
yang telah bertukar jadi musuhnya.
Ada juga beri alasan tidak
bekerja ataupun telah berkahwin baru dan mereka tak mampu untuk
beri nafkah anak.
Tapi ayah kepada
anak-anakku itu tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak
berkemampuan yang boleh
dijadikan alasan untuk mengelak bebanan tanggungjawab yang
semestinya dipikul.
Apa perlunya suamimu itu
memusuhi bekas isterinya yang sudah dibuangnya ini?
Anak-anak adalah nasabnya
yang tidak boleh dipertikai sampai bila-bila. Apakah kau memain
peranan sebagai jarum
penyucuk agar diri pilihanmu itu membenci anak-anaknya? Boleh jadi
aku hanya berprasangka
tapi kemungkinan itu sentiasa ada. Semoga apa yang kurasakan
hanyalah fitnah bisikan
syaitan durjana.
Pengabaian nafkah sara
hidup kepada anak-anak suamimu itu amat memenderitakan kehidupan
mereka yang selama ini
tidak pernah merasainya sepanjang hidup di samping ayah kesayangan
mereka. Hairan pula
dengan perubahan sikapnya yang berlaku dalam masa semalaman itu.
Agaknya kau telah
sihirkan diri pilihanmu itu agar membenci anak-anaknya sendiri? Ish! Sekali
lagi hatiku dirunyam
sangkaan-sangkaan yang sukar ditebak kebenarannya. Walau segalanya
adalah langsung tidak
mustahil lantaran sifat ilmu pun ada dua. Ada hitam ada putih. Sejak
purbakala keujudannya dan
firman Allah menegaskannya di dalam lembaran surah-surah alquran
yang suci.
Paranoia pula aku
melebihkan rona situasi yang melengkungiku sehingga fikiranku bercelaru
bersimpang perenang. Entah kemana halanya destinasi tidaklah pasti.
Namun kesulitan corak
kehidupan yang terpaksa
didepani anak-anakku membuat fikiranku sering diganggu tanggapan
yang bukan-bukan. Ah!
Melayan perasaanpun tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Lebih
baik aku mengerah mindaku
berfikir bagaimana aku mahu meneruskan kelangsungan hidup
daripada tiada kepada
ada.
Untuk sesuap nasi demi
anak-anak tersayang aku terpaksa membuat apa saja perkerjaan yang
mendatangkan imbuhan
sesuai dengan apa yang kulakukan. Di subuh hari sudah terbongkok-
bongkok menoreh getah.
Sebelum embun jantan yang luruh ke daun beransur kering bersedia
pula dengan timba yang
akan mengumpul susunya dan membawanya ke tempat pengumpulan
untuk pemesinan susu
getah setelah dibekukan.
Sekerat hari masaku
berada di mandala kebun getah yang redup buat mengais sedikit rezeki
Allah. Mujur juga ada
tanah getah pusaka yang sekangkang kera diwariskan gemulah kedua
ibapaku. Dapatlah aku
mengais rezeki di atasnya. Kelelahan tubuhku tidakku pedulikan dengan
mengupayakan tenaganya
yang telah berkurangan itu dengan mencangkul tanah untuk bercucuk
tanaman pula. Hasil
tanamanku kelak bolehlah dijual untuk memenuhi sedikit keperluan hidupku
dan anak-anak.
Cili padi, terung, kangkung,
keledek, ubi kayu sentiasa ada di batasnya. Tanaman yang mudahku
urus dan agak rentan
dengan serangan penyakit tumbuhan. Selain menambah pendapatan dapat
juga menjimatkan belanja
sayur di dapur dengan hanya membelinya saja. Ayam dan itik turut diternak untuk
dapatkan telurnya. Sesekali atau selalu lebih tepatnya keluargaku berlauk telur
pelengkap hidangan santapan.
Pandangan sepasang mata
yang keletihan tubuhnya samar dan kabur namun setiap malam
tanganku ini sentiasa
bermain bersama jarum, benang dan gunting untuk menjahit pakaian
tempahan mereka yang
berhajat. Karya jahitanku tidaklah terlalu kemas dan cantik tapi yakin
sajalah dengan kemahiran
diri yang sedikit itu. Mentelah hanya itulah ilmu yang ada untuk
dimenafaatkan sebaiknya
demi kelangsungan hidup. Ilmu kemahiran hidup yangku perolehi
darpada kelas Sains Rumah
Tangga sewaktu bersekolah dan kelas jahitan di kampong anjuran
pihak berwajib kugunakan
sebaik mungkin.
Susah payahku tidaklah
berpanjangan setelah anak-anakku semakin dewasa walau tidak
mendapat pendidikan
hingga ke menara gading melunasi setiap impian ibu bapa terhadap anak-
anak kesayangan mereka.
Masing-masing menolak menyambung pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi dan memilih
berkerja mencari pendapatan setelah tamat persekolahan menengah.
Agaknya anak-anakku itu
kasihan terhadap ibunya yang seorang ini dan tidak mahu lagi
membiarkannya mengais
rezeki pagi dan petang bersambung malam bergantian hari.
Aku sudah alah bisa tegal
biasa saja. Walau lelah walau letih namun kebiasaan yang telah
menadi diri dan selamanya
berada di lengkongan keperitan hidup bukan ruang keselesaan tidak
membawa makna apa-apa. Padaku
selagi ada daya kemahuan apa saja akan tertunai.
Melakukan kebiasaan yang
melekakan membuatku terlupa dengan cabaran hidup dan
masalahnya yang perlu
diselesaikan demi masa yang berlalu. Mendung yang menabiriku
semakin berarak lalu.
Sekitar suasananya telah cerah indah, biru lagi mendamaikan. Syukur
Alhamdulillah di atas
karunia-Mu ya Allah.
Seseorang berdiri di muka
pintu. Ku sambut huluran tangannya sambil tersenyum berbudi
bahasa. Tidak asing
padaku wajah yang hadir di sisiku itu. Cuma aku tidak tahu apakah
tujuannya menemuiku.
Adakah nawaitunya bermaksud baik atau sebaliknya. Hati perut orang masakan
dapat ditebak isi kandungannya. Meneka-neka pun tiadalah gunanya. Biarkanlah
dulu pertanyaan tentang itu berladung dalam hatiku menanti jawapannya dengan
sabar.
Terkedu seketika. Tidak
tahu pula untuk memulakan perbicaraan.
“Kau sihat Iza? Dengar
khabar kau hendak ke Mekah. Ini yang aku datang menziarahi kau ni.
Bukankah kau ni sahabat
aku.”
Hmm…sahabat aku rupanya
diri yang terhenyak di atas sofa ruang tamu rumahku ini. Aku pun
sudah terlupa bahawa dia
adalah sahabat lamaku. Sahabat yangku kongsi susah senangku
bersamanya.
Riang bercerita dengan
gelak tawa pengalaman apa saja. Sering pula menemaniku menghabiskan
percutianku bersama
anak-anak dan mantan suami kecintaanku di mana saja. Jalenan
persahabatan antara kami
amat erat dan akrab. Aku merasakan hatiku berkata bahawa dialah
sahabatku dunia dan
akhirat. Harapanku terabadi selamanya.
Adakalanya panas tidak sampai
ke petang dan hujan menyimbah pula di tengaharinya.
Musnahlah harapan yang
dipertaruhkan. Sahabatku dunia akhirat yang dibayar suamiku suatu
ketika dulu sebagai guru
tusyen anak-anakku tidak pernah akan kuduga sanggup bermain mata
apatah lagi bermain cinta
dengan suami sahabat baiknya sendiri. Setelah permainan cinta
berlangsung dengan
jayanya dikejutkan aku dengan berita perkahwinan mereka di sempadan
negara.
Sahabat baikku dunia
akhirat ini juga telah memberi kata dua kepadanya supaya memilih antara
dua. Samada memilih
isteri pertamanya atau dia. Mendengar itu akupun tidak mahu
menyusahkan lelaki
pilihan yang menjadi rebutan itu dengan cepat-cepat mengajukan
permohonan tuntut cerai
di mahkamah syariah. Firasatku mengatakan tada guna
mempertahankan
perkahwinan yang telah menipis rasa cinta antaranya. Perkahwinanku pun
termansuh dengan
izin-Nya.
Gelaran ibu tunggal yang
ditinggal dengan penuh kerelaanpun melekat kejap pada diriku.
Relakah diceraikan? Sedihnya
hanya hati yang merasainya.
“Bilakah kau hendak
bertolak ke Mekah?”
“Tidak lama lagi dengan
penerbangan MAS yang keenam.”
“Maafkan semua salah
sillapku ya Iza…sampai di sana jangan lupa berdoa supaya sahabatmu ini
juga akan ke sana.”
Berlapang dadakah aku untuk
menerima tuntutan maaf hamba Allah ini yang terlalu banyak melukis warna
kesedihan di atas kanvas lukisan hidupku ini? Insya Allah! Jesteru perjalananku
menemui-Nya tidak mahuku membawa urusan-urusan yang menggendalakan sebarang
niatku kelak.
Manis dan molek sungguh
susun atur bicara wanita anggun ini. Seolahnya antara kami tiada kisah yang
terjadi mengocak rasa. Tenang dan nyamannya hubungan persahabatan bagai air di
tasik biru di bawah malam disinari cahaya rembulan.
Yang mendengarnya hanya
tersenyum polos.
“Kau bila pula nak ke
sana. Duitpun sudah juta-juta.”
“Belum sampai seru lagi
kata abang. Dan masih banyak ringgit yang perlu dicari untuk bekalan masa depan
nanti.”
Bersyukur sungguh aku
kerana Allah memilihku menyahut seruan-Nya untuk bertamu ke tanah suci-Nya
walau aku tidak kaya dan seadanya saja. Alhamdulillah!
wah hebat cerpen ini..dari awal hingga ke tamat cerpen . Pi blogger t=yang antara yang rajin dan ikhlas..terbaik bloglist yg hidup dalam arena blog.
ReplyDeleteheh..heh,, ada2 saja cikgu etuza...kak akan menulis n3 panjang sikit kalau rajin jer..bila dtg angin malas blog diupdate dgn n3 ringkas n pendek jer...tq.
Deletesemoga bertabah ibu tunggal dlm cerpen mak nih ;p
ReplyDeleteibu tunggal msti tabah hadapi cabaran hidup kan wak...tq tiga lalat.
DeleteSemoga terus tabah ibu tunggal.. Menyayat hati baca cerpen PI.. Sesungguhnya Allah ada, bergantunglah pada tali Allah sentiasa..")
ReplyDeletebenar tu wawa bergantung hanya dgn tali Allah...tq wawa.
Deleteharus tetap sabar ya mbak, meskipun sudah tak sejalan, namanya kalo sudahan pastilah menganggapnya itu sebagai musuh mbak..
ReplyDeleteya kesabaran di hati perlu tebal n rasa permusuhan perlu dikikis walau sedih...tq hendri hendriyana.
DeleteBisa ber haji ke tanah suci
ReplyDeleteBersyukur rasa dihati
Walau belum kaya materi
Niat ada pasti terjadi...
benar tu anisayu tergantung pada niat n kemahuan di hati..tq
Deletesedih..
ReplyDeletesian kan...tq ejulz
DeleteSelamat berhujung minggu. Jemput singgah k..
ReplyDeleteEntry terkini:
1. "Aneh!! Sebiji telur ada 2 kuning telur.."
2. "Aperture Squad Artwork"
selamat berhujung minggu ejulz,
Deleteok nanti singgah...tq
Semoga segala urusannya di permudahkan
ReplyDeleteinsyaAllah fidah...Allah merestui niat baiknya...tq
DeleteManusia yang tak bertanggungjawab pasti terima hukuman Allah jua...
ReplyDeletetakut juga tu kan zumal...moga Allah hindari kita drpd sifat tercela begitu...tq
ReplyDeletesusunan kata pada postingan kenapa kau pilih Dia ini sangat menyentuh kalbu hingga sesaat setelah selesai membacanya mataku berkunang-kunang..eh berkaca-kaca maksudnya.
ReplyDelete....keren sangat kak
HEH..HEH..YEKE...TERIMA KASIH BANYAK CHILEMBU THEA...TURUT MERANSANG MINAT KAK UTK TERUS BERKARYA...INSYA ALLAH...WAH PEMINAT SASTERA JUGA NIH...
ReplyDeleteSubhanallah wallahuakbar... tersentuh hati ni baca...
ReplyDeleteyeke...lembut hatinya KK ni...
ReplyDeletetq sukakannya.
smoga terus tabahh.. pasti ada hikmah disebalik smua yg terjadi..
ReplyDeletePERLU TABAH HADAPI HIDUP NI KAN WAN MULIANI...TQ.
ReplyDelete