ASSALAMUALAIKUM....
SELAMAT BERPUASA SUNAT ARAFAH SEMPENA HARI WUKUF....SAMBIL TU BOLEH MASAK RENDANG SEKALI BUAT LAUKBERBUKA DENGAN BANYAK SEDIKIT AGAR BOLEH DIJADIKAN HIDANGAN RAYA BERSAMA KETUPAT PULUT/NASI ..LEMANG.
KEBIASAANNYA HARI RAYA KORBAN KEBANYAKAN KITA SUKA MEMASAK AYAM DLL ANEKA RESEPI PILIHAN SEBELUM MENDAPAT DAGING KORBAN YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA PENERIMANYA SETELAH IBADAH KORBAN TERNAKAN KAMBING, LEMBU, UNTA DILAKUKAN YANG BERKEMAMPUAN...
PI KONGSIKAN DI SINI RESEPI RENDANG/MASAKAN AYAM YANG ENAK UNTUK DIJADIKAN SANTAPAN BERBUKA DAN HARI RAYA HAJI JUGA...
DAN RESEPI MASALODEH SEBAGAI PENAMBAH HIDANGAN DAN KOKTEL SEBAGAI PEMANIS RASA...
RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak
Cara-caranya:-
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak
Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api
Masalodeh
Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )
2 genggam kacang dal - direndam semalaman
1/2 bii bawang besar-didadu
Cili padi-dihiris (jika suka pedas)
Daun kari -dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
1/2 biji telur
secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat
Cara-cara
Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari, serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
KOKTEL SEGERA..
Prosedur
1. Buka penutup susu cair & tin cocktail
2. Ambil mangkuk besar & tuang susu cair & cocktail
3. Masukan nata de coco sikit-sikit
4. Kemudian tambah laici
5. campak segala jenis buah buahan yang anda sukai
6. akhir sekali masukkan ketulan ais
7. tabur sedikit garam supaya semua macam macthing
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
3 hours ago
sedap2 semuanya...selamat berpuasa sunat Arafah, Kak PI..
ReplyDeleteSedapnya...nampak menarik :)
ReplyDeleteSelamat berpuasa Kak Paridah
nampak sedap ayam tu kak paridah.. selamat berpuasa sunat.. :)
ReplyDeleteMenu sempurna untuk berbuka puasa hari ni! Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidiladha buat Kak sekeluarga
ReplyDeleteWah hidangannya menggugah selera mbak :D
ReplyDeleteboleh dong bagi bagi..
Selamat berpuasa PI.
ReplyDeleteHidangan yang menyelerakan. Boleh buat masa raya esok.
Sedapnya. semua resepnya cocok untuk menu hidangan lebaran idul adha. Tapi kenapa tidak pakai daging qurban...
ReplyDeleteSemuanya sedap2 dan menyelerakan belaka... Salam Aidiladha buat kak PI sekeluarga. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua... aamiin... :)
ReplyDeletesedap - sedap semuanya tu ...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteSedapnya! Resepi dah salin. Bila nak buat, nanti bincang dengan 'mahbubati'...
Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan `Aidul Adha Mubarak 1436H kepada akak sekeluarga. Mudah-mudahan pengorbanan kita semua ada nilaian disisi Allah SWT.
Memang nampak sedap dan menyelerakan.....
ReplyDeleteSalam Aiduladha dari Bunda...
Sedapnyaaaa.. Selamat hari raya aidiladha pi..")
ReplyDeletepetang2 dingin ni rasa nak santap nak makan.hehehe pandai tul Pi memasak pasti bahagia anak2 dan kelaurga lainnya...datang ke blog Etuza ya..
ReplyDeletedatang jenguk blog Pi..
ReplyDeletenanti sy suruh org umah cuba resepi baharu akak ni...
ReplyDeleteYa Allah sedapnya kak... ayam grill tu buat kecur ailio... huhuhu
ReplyDeletewoaaaaah dah macam makan mahal2 kat kedai gempak laaaaa..
ReplyDeletepaling tergoda tu koktel.. fevret tp pemalas nak buat hehe..