Tuesday, 8 September 2015

1 Jun 01


ASSALAMUALAIKUM

MENYELAK LEMBAR DIARI

Sudah mula teringin hendak menyelak lembar kertas buku semula. Kadang-kadang ada juga masa terluang untuk itu. Terutama ketika sedang bercuti. Bukan bercuti dari rutin seharian. Cuma cuti khusus untuk wanita setiap bulan. Tambahan jika tiada sebarang gangguan yang mengganggu.

Ada ketikanya kita perlukan masa senggang untuk diri kita sendiri. Menulis pun memenatkan juga. Mana lagi hendak memikirkan idea menggubah bahasa menjalinnya biar indah. Kerana bahasa yang disusun molek dan indah mampu memikat sesiapa saja. Seumpama gubahan jambangan bunga di dalam vas.

Suasana di luar...hujan sedang rintik. Khabar daripada angin lalu KL sedang dilanda hujan lebat dan ribut petir.

Pada 31 Mei 01 yang lalu, Tun Daim Zainudin telah melepaskan jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya buat kali kedua. Banyak rumours dan spekulasi yang tersebar mengenainya. Mudahan tidak menjejaskan ekonomi dan iklimnya yang tercipta hasil tangannya.

THE ECONOMICS MUST SUSTAIN AS WAS CREATE BY THE CREATOR...

22 comments:

  1. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... memang lembaran masa lalu banyak memberi kenangan dan pengajaran untuk kita lewati masa kini dengan penuh kebaikan. Di Sarikei ini juga hujan lebat setiap hari kak. Nak tanam bunga pun tidak sempat. Baru nak siram bunga, hujan dah turun. Lega juga kerana Allah SWT mencurahkan rahmatnya agar kita dapat berehat sekejap dari rutin harian menyiram bunga. :) Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ct fatimah...
      apa saja catatan yg kita rakamkan hari ni pasti esoklusa berguna kpd kita..
      syukur alhamdulillah hujan selalu xyah nk susah siram bunga...tq ct fatimah.

      Delete
  2. waaahhh! sejarah tu.. akak ingat erk Tun daim lepaskan jawatan.. saya duk tunggu2 ni bilalah najib nak lepaskan jawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..mestilah kak ingat..kak kan minat sejarah....
      melepaskan sesuatu yg kita syg susah juga kan...tq dorset pink.

      Delete
  3. Dulu internet tak meluas. Mereka yg peka macam PI ini adalah moment tercatat
    Kakak memang tak ingat. Ekonomi dulu dgn sekarang tetap ada kancah politiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 kak suka tulis diari ni ada yg tulisannya pun dh terpadam sbb terlalu lama...sesekali suka juga menyelaknya...sedarxsedar dh bertahun masa tu berlalu...
      politik dulu lbh terkawal xderlah serabut mcm sekarang ni...tq kakzakie.

      Delete
  4. Zaman sekarang berita sampai macam kilat. Sekejap saja dah dapat berita dalam dan luar negara.
    Banyak benda yang kak zai selalu lupa hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..betul tu zai xpayah nk susah2 tulis diari...nk sebarang info google saja...tq zai.

      Delete
  5. saya ada baca bibliografi Daim Yang Diam ... daim kata , politik bukan dunianya . Dia lbh suka duduk di kerusi dan menekan beberapa angka dan dapat untung ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela qv...beliau ni bijak mencatur bisnis n kewangan tapi xminat dgn percaturan politik..beliau hanya lakukan apa yg diminatinya...tq qv.

      Delete
  6. Saya rasa kak tun daim org plng bijak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm bijak dlm pengurusan ekonomi negara insyaAllah...tq nor azman.

      Delete
  7. banyak faktor yg memberi kesan kpd ekonomi.. Tun Daim is a thinker, a strategist and a doer..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak,
    Beliau telah pun melepaskan jawatannya..mudah-mudahan ekonomi negara tidak terjejas dengan ketiadaannya..namun ekonomi kini......??
    Kuantan pagi ini digenangi ringti-rintik hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz...
      ekonomi kita pun ok..ramai bijak pandai menguruskannya. harapan kita nilai ringgit setanding dgn negara jiran2 kita agar senang kita nk berdagang..kalau asyik susut nilai saja susah juga..
      tq abuikhwan..

      Delete
  9. ekonomi jatuh kita sebagai rakyat yang teruk tanggung beban..orang atas tak berasa sangat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrk yg berwang beringgit xjadi masalah pun kan..yg susa kita jer...tq cikgu nick nashram.

      Delete
  10. Antara menteri kewangan yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. mungkin yg terbaik..bukan senang nk urus kewangan negara ni...tq fidah.

    ReplyDelete
  12. Banyak yang telah berlaku kebelakangan ini..

    ReplyDelete
  13. ya banyak kisah hari ini n semalam...tq yunsing.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist