Showing posts with label EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts

Friday, 15 November 2019

PENGUTIP SAMPAH JUTAWAN

ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAAT MULIA



7 Amalan Rezeki Melimpah, Lelaki Pengutip Sampah Kini Jadi Jutawan!

Rezeki Allah sangat luas. Jika pernah diuji dengan kesukaran dan menempuhi fasa kegagalan ketika ini, jangan sesekali pernah berputus asa. Teruslah berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan pasti menanti suatu hari nanti.
Jadikan kisah dan pengalaman hidup Ikon Usahawan Muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, Peneraju Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd ini sebagai sumber inspirasi.
Siapa sangka dahulunya lelaki ini pernah menyara diri dan keluarga sebagai seorang pengutip sampah, kini rezekinya melimpah ruah merubah kehidupan 360 darjah menjadi seorang jutawan muda dengan memiliki jumlah aset hartanah bernilai hampir 50 juta!
Titik Perubahan Ubah Kehidupan
Mohamad Azlan menceritakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu melalui fasa kehidupan yang sukar adalah apabila beliau menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan sebagai Pengutip Sampah selama 6 bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada 2007, selepas tamat Tingkatan 6.
“Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga. Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh.
“Dari situ, saya tekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar”ujarnya.
Ceburkan Diri Dalam Bidang Hartanah
Keputusan untuk tinggalkan rumah dan pertemuan dengan Cikgu Halim Md Saman dan Cikgu Ramli Hassan telah membuka jalan rezeki Mohamad Azlan dalam bidang hartanah. Untuk pertama kali dalam hidupnya, beliau berjaya menjual dua lot tanah dan mendapat komisen sebanyak RM4,000.Siapa percaya, dalam tempoh enam bulan sahaja, beliau berjaya meraih pendapatan lebih RM500,000.
Bermula sebagai ejen jualan tanah lot, beliau menubuhkan syarikat sendiri & membeli hartanah pertama pada harga hampir RM300 ribu. Menempuhi jatuh bangun dalam perniagaan, beliau dan syarikatnya kini berjaya menguasai hartanah di sekitar Terengganu dan Kelantan dengan pelbagai projek perumahan & pembinaan yang bernilai ratusan hingga jutaan ringgit.
Dua Wanita Istimewa
Bagi seorang lelaki berjaya pastinya didorong oleh wanita hebat yang menjadi tulang belakang menyokong kejayaannya. Bagi Azlan wanita-wanita hebat tersebut, tidak lain tidak buat merupakan ibu dan isteri tersayang.
“Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat dua wanita yang begitu istimewa dalam diri saya. Pertama ibu saya, Siti Aishah Ismail, 58. Sebagai orang yang sentiasa mendoakan saya, sentiasa menyokong dan mendorong saya untuk pergi ke ke depan. Antara pesanan emak yang menjadi pegangan dalam kehidupan ialah menjaga solat, jaga quran serta jujur dan amanah”
“Seorang lagi, ialah isteri saya, Nurul Fitriah Binti Mohd Sabri,32. Orang yang sentiasa menyokong sepenuhnya gerak kerja saya, susah senang bersama dengan saya, sentiasa bersangka baik dengan saya dan memberi saya kepercayaan sepenuhnya untuk saya berjaya dari semasa ke semasa pada saya untuk berjaya serta tidak pernah merintih,” ujar bapa kepada empat orang cahaya mata ini, Nurul Natasya Al Humairah, 6, Nurul Athirah Al Athiyah,5, Mohamad Athiqullah Al Amin, 4 dan Nurul Syahirah Al Afiah,1 ini.
Amalan Murah Rezeki
Disebalik usaha gigih dan kejayaan yang diperolehi, Mohamad Azlan sudi berkongsi amalan yang sering dilakukan, menjadi asbab rezekinya melimpah ruah yang boleh dijadikan panduan;
  1. Jaga Kebajikan Mak Ayah & Keluarga – “Antara amalannya ialah saya betul-betul menjaga kebajikan mak ayah saya serta keluarga terdekat.”
  2. Tak Tinggalkan Al-Quran- “Keduanya saya tak tinggalkan Al Quran walaupun dalam satu hari dalam hidup saya.”
  3. Istiqamah Bersedekah- “Ketiga,saya istiqamah dengan amalan bersedekah tak kira sikit atau banyak, tapi boleh dikatakan sebagai kewajipan setiap hari.”
  4. .Rutin Solat Sunat Dhuha- “Keempat saya sentiasa amalkan solat Sunat Dhuha,boleh dikatakan sebagai rutin mesti buat setiap hari.”
  5. Berbaik Sangka- “Kelima berbaik sangka dengan semua orang.”
  6. Jaga Silahturahim- “Keenam saya panjangkan silahturahim”
  7. Bersikap Pemaaf- “Ketujuh saya bersikap pemaaf tak kira kawan atau lawan.”
Pesanan Penting Buat Usahawan
Selain itu, Azlan juga ada menitipkan 5 pesanan penting buat usahawan lain untuk berjaya. Antaranya;
“Gagal tidak bererti kita tewas.Kegagalan tidak beerti kita akan terus gagal, tapi sebenarnya jadikan kegagalan sebagai satu pengalaman untuk kita buat yang terbaik pada waktu seterusnya.
“Kedua, jangan semata-mata menunggu peluang. Peluang tak boleh ditunggu.Kita yang kena cipta peluang.Maksudnya jangan menunggu sesuatu itu hadir kepada kita. Kita yang mesti mencari dan mencipta peluang.
“Ketiga, setiap usahawan mesti berfikiran positif dan jauh ke depan untuk menjadi orang yang berjaya.
“Keempat, kena lihat masalah sebagai cabaran bukan halangan. Jadikan masalah sebagai cabaran untuk mewujudkan peluang. Jangan jadikan masalah sebagai satu halangan yang akan menolak kita untuk mundur ke belakang.
“Seterusnya, jangan sekali-kali berputus asa, yakin pada diri sendiri dan berharap hanya kepada Allah.
Selain itu, menurut lelaki ini untuk berjaya dalam dunia perniagaan perniagaan perlu ada mentor yang betul.
“Saya ada mentor dalam perniagaan iaitu Cikgu Ramli Bin Haji Hassan. Dia ialah yang orang berperanan mendidik, mendorong, membimbing serta sentiasa memotivasikan saya dalam dunia perniagaan. Bila kita sedih dia bagi semangat, bila kita rasa putus asa dia bagi perangsang. Dalam perniagaan untuk berjaya perlu ada mentor yang berjaya dan mentor yang betul,” ujarnya.
Ikon Usahawan Muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, Peneraju Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd
Kepuasan Berbakti
Perubahan fasa paling bawah kepada usahawan berjaya ternyata bukanlah alasan untuk berbangga dengan diri sendiri. Sebaliknya ia memberi kepuasan tersendiri buat lelaki ini terutamanya dalam berbakti dan ‘memberi’ kepada orang lain.
“Dari sudut hati saya, perasaan bangga dan perasaan hebat tu tiada. Yang saya rasa puas, sebab saya dapat lebih berbakti daripada hidup sebelumnya. Dulu saya hidup tak dapat berbakti pada orang ramai. Berbakti pada diri sendiri je, sebab saya miskin.
“Bila Allah bagi lebihan rezeki, saya rasa gembira dan sangat puas bila boleh hidup dapat berbakti. Saya tak rasa saya hebat, sebab saya tahu kejayaan yang saya kecapi hari ini bukanlah daripada hasil usaha semata-mata, sebaliknya berkat doa daripada ibu bapa, keluarga, kawan-kawan. Malah kemiskinan itu sendiri merupakan motivasi saya untuk berjaya,” ujarnya.
RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN
Mohamad Azlan juga bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.
Lebih menarik,kisah hidupnya kini turut dibukukan dan diterbitkan dengan judul bertajuk RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN.Perkongsian rahsia dan kisah kejayaan beliau sangat menarik dan ternyata memberikan inspirasi serta motivasi kepada masyarakat.
Buku RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN kini boleh didapati di kedai kedai buku atau mereka yang berminat untuk mendapatkannya boleh menghubungi talian: 013 2889442
@ bagi pembelian secara online boleh hubungi Laman Web mohamadazlan.com
sumber: mingguanwanita

Sunday, 18 October 2015

KELABU MATA ...DENGAN DUIT....

ASSALAMUALAIKUM...

Bismillahhirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum wtb
Nak share sedikit nih.

pic google images.

MONEY GAME.
Saya tengokk dari dulu sampai sekarang orang Malaysia ni mudah sangat terpengaruh dengan begitu banyak skim yg dikatakan sebagai money game. banyak nama yg digunakan bagi mengaburi mata masyarakat untuk mengatakan bahawa skim itu betul.

Yang saya nak highlight kat sini adalah berkenaan halal atau haram sesuatu skim itu. Untuk tentukan sesuatu skim itu halal memerlukan beberapa orang yang pakar dalam bidang shariah untuk menghalusi sesuatu skim ini. Dan mereka yang duduk dalam board shariah ini adalah bukan calang calang orang, mereka mahir dalam Hadith, ayat ayat Al Quraan dan juga perundangan Islam. Mereka ini memang pakar dan keputusan mereka tu adalah berdasarkan sumber sumber dari yang saya sebutkan diatas.

Kalau ada mana mana skim yang kata skim mereka tu halal, mintak dia orang listkan panel shariah mereka yang membuat keputusan akan ke halal lan skim yang mereka katakan. Jika ada sila teliti siapakah mereka mereka ini
.
Kita jangan lupa segala tindakkan kita itu akan ditanya oleh Allah kelak. Jangan kerana wang mata jadi kelabu. Saya tak katakan bahawa sapa yang masuk akan rugi sebab skim ini akan berjalan selagi mana ada orang yang percaya kata kata mereka yang dah pun masuk. Yang penting nak di highlight adalah berkenaan halal atau haram sesuatu skim itu. Kalau haram, cubalah fikirkan sedalam dalamnya apa akan jadi pada kita kelak. Bila dah masuk for sure kita pulak akan kempen gila gila sbb nak kan pulangan berlipat kali ganda. Ni semua saham akhirat kita yg akan kita bawa. Kalau benar benar halal Alhamdulillah. Tapi jika di sebaiknya .... moga Allah merahmati Tn Tn, Pn Pn & Cik Cik sekalian
.
Jangan jatuhkan sesuatu hukum sebelum ianya diperhalusi oleh mereka yang pakar. Ada juga yang kata selagi majlis fatwa tak kata haram maknanya ia di bolehkan. Fikir dulu sebelum berkata kata sebab bagaimana majlis fatwa nak tau apa yang kita buat. Sepatutnya kita yang approach dia orang sebelum buat sesuatu skim ataupun melalui panel shariah kita.

Orang begini for sure akan kata macam macam bukan sebab nak bantu tapi ada udang disebalik batu iaitu habuan dunia yg di cari. Macam macam alasan yang terfikir dek akal akan digunakan untuk menghalakan cara mereka
.
Kesian kat orang orang yang hari hari dok jemaah kat masjid pun boleh terpengaruh dek sebab pendapat orang yang tak bertangunjawab mempengaruhi mereka dengan cara mereka menghalalkan sesuatu skim.
Mintak maaf saya bukan orang pandai tapi ni hakikat dan jika benar kita rasa apa yg kita buat itu betul jumpalah pihak tertentu utk kita confirmed apa yg kita buat tu betul.

Harap mendapat manfaat
Maafkan saya atas sebarang kesilapan dalam menulis fakta ini.
Terima Kasih

Perkongsian Ramle Alwee seorang pengurus bank terkenal.

Tuesday, 29 September 2015

EKONOMI GAWAT LAGI?

ASSALAMUALAIKUM….

PERSEDIAAN 7 TAHUN SEBELUM 7 TAHUN…

Mengungkap kisah nabi Yusof as dalam alquran mengenai krisis kemorosotan ekonomi Mesir tika Pesuruh Allah itu menghadapinya selaku menteri perbendaharaan.

Rakyat harus bersedia untuk merasai zaman kemelesetan ekonomi setelah 7 tahun berada dalam zon keselesaan dan kemewahan dengan sebab-sebab yang tidak terjangka terentang di hadapan mata.

Ada saja masalahnya yang menyumbang kepada penambahburukan di segenap segi terutama berkait rapat dengan sosio politik yang tidak stabil dll perkara menurut perkiraan penganalisis ekonomi yang rajin menganalisis.


pic google images sekadar hiasan.

Kalau berminat juga hendak menganalisis berkenaan ekonomi negara terkini bolehlah melayari blog, blogger yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

PI cadangkan baca artikel yang ditulis blogger khir khalid/KK ini...
http://www.khirkhalid.com/2015/09/ruangan-kerjaya-dalam-krisis-ekonomi.html

Kegawatan ekonomi 1997 angkara pemanipulasi  mata wang Georg Soros menyebabkan negara berada di dalam kemiskinan setelah dikatakan sebagai harimau ekonomi Asia yang baru bangun dari tidurnya kerana lonjakan pertumbuhan ekonomi tika itu. 

Ramai yang terkena tempiasnya. Yang jatuh muflis dalam perniagaan pun tak terkira bilangannya.

PI pun terkena juga. Walau PI bukan peniaga yang terpaksa bermain dengan untung rugi perniagaan tapi disebabkan sedikit simpanan dilaburkan dalam saham semasa jatuh merudum hingga lebih daripada separuh nilainya amatlah merugikan sekali.

Anak pula hendak ke university. Kebun sawit pula ditanam semula. Langsung tiada pendapatan sampingan. Habislah duit simpanan yang ada untuk menyara hidup diri dan anak-anak.

Hingga kini saham semasa yang dibeli dengan nilai harga tiga kali ganda masih ditakuk lama. Ada pergerakan saham itu naik setelah kemelesetan ekonomi 1997 ditangani namun kelihatannya lembab dan lambat saja.

Dan fasa kegawatan ekonomi berulang lagi. Nilai ringgit menyusut lebih teruk. Harga saham naik turun berlandaskan perkembangan semasa. Yang pasti lebih banyak graf menurunnya.

Daripada paparan media arus perdana mengatakan kegawatan ekonomi kali ini jauh berbeza dengan yang terjadi pada 1997 dan rakyat marhaen tiada sebarang masalah menghadapinya dengan tabah. Bersyukurlah seadanya. Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya diluar batas keupayaannya.

Janganlah merasa iri pula dengan mereka yang tidak langsung goyah kestabilan ekonominya walau yang lain digeluti masalah ekonomi yang merungsingkan. justeru mereka itu telah bersedia sebaiknya.

Tapi amat sedih mengenangkan nasib kawan-kawan kita yang kehilangan perkerjaan akibat organisasi yang mereka sertai mengecilkan jumlah perkerjanya untuk mengurangkan kos pengoperasian seperti MAS, NAZA, GURUN MOTORS DLL.

Blogger irfa admin blog happy irfa pun terlibat sama setelah berbelas tahun berkhidmat dengan MAS.My Photo

Dan banyak syarikat yang menggalakan perkerja/staff mereka berhenti secara sukarela untuk terus bernafas dalam bisnis demi menangani kegawatan ekonomi.

Risau juga kita memikirkan university/kolej yang bakal melambakan siswa-siswi ke pasaran pekerjaan kelak setelah bergraduasi tapi peluang untuk mengisi lowongan perkerjaan penuh persaingan. 

Siswa/siswi yang menyambung pelajaran di luar negara kini dianjurkan pihak berwajib agar pulang dan meneruskan pengajian mereka di universiti tempatan sekiranya tidak mampu menanggung kos sara hidup/yuran pengajian yang tinggi ekoran nilai wang yang jatuh melorot berbanding tukar nilai wang asing.

Nampaknya inflasi digantikan dgn stagflasi. Harga barang keperluan melambung tinggi. Tidak percaya pula membayar 1.50rm untuk sebatang timun kecil, 3.00rm untuk 2 biji tomato dan 2.00rm untuk 4 biji telor gred c.
Harga setinggi ini perlu dibayar rakyat marhaen kampung PI dan mungkin di kawasan luar bandar yang lain situasinya pun serupa.  


Sunday, 23 August 2015

SAMBAL ITAM PAHANG ILLA MEWAH ..

ASSALAMUALAIKUM...

KALAU RAJIN ADA KEMAHUAN SAMBAL ITAM PAHANG YANG ENAK  INI BOLEH SAJA DIBUAT SENDIRI.
YANG AMAT MUDAHPUN CARA DAN RESEPI MEMBUATNYA KADANG TAK TERBUAT JUGA... LANTARAN BANYAK LAGI URUSAN SEHARIAN YANG PERLU DIUTAMAKAN...

SELERA TEKAK YANG TERINGIN MEMENUHI HAJAT TIDAK BOLEH DIABAIKAN JUGA...
TAKUT KEMPUNAN HEH..HEH...TAK SUSAHPUN KAN...SAMBAL ITAM BANYAK DI PASARAN...TERUTAMA DI PAHANG....BOLEH DIBELI SAJA.

ADIK PI YANG SUDAH LAMA BERGIAT DALAM BISNIS CAFE MAKANAN DI BANDAR BENTONG JUGA MEMULAKAN LANGKAH MEMPRODUKSI SAMBAL ITAM PAHANG NI.

TUGAS KAKAK HANYALAH TOLONG MEMPROMOSIKAN SAJA....BIASALAH ADIKBERADIK MESTILAH SALING TOLONG MENOLONG SETAKAT KEMAMPUANNYA.

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG INGIN MERASAINYA BOLEHLAH MENGODERNYA DENGAN MENELEFON PENGUSAHANYA...



Pengenalan heart emoticon Sambal Hitam Mewah heart emoticon
Ramuan:
Ikan Bilis,
Bawang Besar,
Cili Padi,
Bahan utama kalau takde bahan ni maka tiadala jadinye sambal hitam pahang tu iaitu BELIMBING BULUH yang direbus..
no garam,no perasa, no asam keping/asam jawa & dimasak dengan kasih sayang air tangan seorang ibu








HARGANYA 6RM SAJA DENGAN BERAT 100GM.

DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS PUN AMAT MENYELERAKAN.

Wednesday, 30 April 2014

SALAM REJAB SELAMAT BERPUASA SUNAT REJAB...CERIAKAN DIRI DENGAN BAJU KURUNG KAK RIN

ASSALAMUALAIKUM..

BULAN REJAB ADALAH BULAN KE TUJUH DALAM KALENDAR ISLAM...BULAN YANG DISUNATKAN BERPUASA SEHINGGA SEBULAN JIKALAU MAMPU. BESAR FADILATNYA BERPUASA DI BULAN INI.

SETELAH REJAB TIMBUL PULA SYAABAN DAN SETERUSNYA RAMADAN YANG MEWAJIBKAN UMAT ISLAM BERPUASA SELAMA SEBULAN PENUH. YANG ADA ARALNYA KERANA  SAKIT, IBU-IBU YANG MENYUSUKAN ANAK, IBU-IBU HAMIL, WANITA YANG DIDATANGI HAID ATAU NIFAS KERANA MELAHIRKAN BAYI DIBOLEH KAN TIDAK BERPUASA DAN PERLU MENGGANTIKANNYA.


SETELAH RAMADAN TENTULAH KITA NAK MENYAMBUT RAYA PULA. PERSIAPAN KE ARAH ITU PERLU DIBUAT LEBIH AWAL JUGA SUPAYA TAK KELAMKABUT BILA TIBA WAKTUNYA.

BAGAIMANA? SUDAH DI TEMPAH KE BAJU MELAYU ATAU BAJU KURUNG UNTUK DIPAKAI SEMPENA RAYA NANTI SEBAGAI PAKAIAN TRADISI TURUN TEMURUN KITA YANG TERSANGATLAH CANTIK DAN BERGAYA TIKA MELARAM DENGANNYA.


PERLULAH CEPAT-CEPAT MENEMPAHNYA YA...TAKUT KALAU TERLAMBAT TUKANG-TUKANG JAHIT TIDAK MAHU MENERIMA TEMPAHAN LAGI..KAN NAYA TU...

TAPI PENYELESAIANNYA TETAP ADA DENGAN MEMBELI YANG READY MADE SEPERTI DI BAWAH INI...CANTIK JUGA...HARGANYA PUN BERPATUTAN.. BANYAK LAGI KOLEKSINYA SELAIN YANG TERPAPAR DI SINI.



BELI SAJA ONLINE DARIPADA KAWAN FB KITA NI ATAU AD FB BELIAU DAN HUBUNGI BELIAU:
012-2637868
16 hrs 

Offer..RM50sm RM55ss termasuk pos
Hijau shj
Kurung merak
Material lyrca

AREA SEKITAR KL BOLEH DIHANTAR BY HAND DAN YANG JAUH TU AKAN DIPOS. 

Saturday, 1 March 2014

KAYA...KAYA...KAYA...




Malaysia mencatatkan nilai pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM216.5 bilion pada 2013 iaitu memecah rekod tertinggi pada tahun sebelum itu yang berjumlah RM167.8 bilion.

Daripada jumlah itu, 72.5 peratus merupakan pelaburan langsung domestik manakala 27.5 peratus pelaburan langsung asing.

Kesemua pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 5,669 projek dengan 14 daripadanya berstatus mega yang nilainya melebihi RM1 bilion.

Kesemua projek yang diluluskan itu berupaya mewujudkan kira-kira 192,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com


APA KOMEN KAWAN-KAWAN SEMUA?

MyBloglist