Tuesday, 29 September 2015

EKONOMI GAWAT LAGI?

ASSALAMUALAIKUM….

PERSEDIAAN 7 TAHUN SEBELUM 7 TAHUN…

Mengungkap kisah nabi Yusof as dalam alquran mengenai krisis kemorosotan ekonomi Mesir tika Pesuruh Allah itu menghadapinya selaku menteri perbendaharaan.

Rakyat harus bersedia untuk merasai zaman kemelesetan ekonomi setelah 7 tahun berada dalam zon keselesaan dan kemewahan dengan sebab-sebab yang tidak terjangka terentang di hadapan mata.

Ada saja masalahnya yang menyumbang kepada penambahburukan di segenap segi terutama berkait rapat dengan sosio politik yang tidak stabil dll perkara menurut perkiraan penganalisis ekonomi yang rajin menganalisis.


pic google images sekadar hiasan.

Kalau berminat juga hendak menganalisis berkenaan ekonomi negara terkini bolehlah melayari blog, blogger yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

PI cadangkan baca artikel yang ditulis blogger khir khalid/KK ini...
http://www.khirkhalid.com/2015/09/ruangan-kerjaya-dalam-krisis-ekonomi.html

Kegawatan ekonomi 1997 angkara pemanipulasi  mata wang Georg Soros menyebabkan negara berada di dalam kemiskinan setelah dikatakan sebagai harimau ekonomi Asia yang baru bangun dari tidurnya kerana lonjakan pertumbuhan ekonomi tika itu. 

Ramai yang terkena tempiasnya. Yang jatuh muflis dalam perniagaan pun tak terkira bilangannya.

PI pun terkena juga. Walau PI bukan peniaga yang terpaksa bermain dengan untung rugi perniagaan tapi disebabkan sedikit simpanan dilaburkan dalam saham semasa jatuh merudum hingga lebih daripada separuh nilainya amatlah merugikan sekali.

Anak pula hendak ke university. Kebun sawit pula ditanam semula. Langsung tiada pendapatan sampingan. Habislah duit simpanan yang ada untuk menyara hidup diri dan anak-anak.

Hingga kini saham semasa yang dibeli dengan nilai harga tiga kali ganda masih ditakuk lama. Ada pergerakan saham itu naik setelah kemelesetan ekonomi 1997 ditangani namun kelihatannya lembab dan lambat saja.

Dan fasa kegawatan ekonomi berulang lagi. Nilai ringgit menyusut lebih teruk. Harga saham naik turun berlandaskan perkembangan semasa. Yang pasti lebih banyak graf menurunnya.

Daripada paparan media arus perdana mengatakan kegawatan ekonomi kali ini jauh berbeza dengan yang terjadi pada 1997 dan rakyat marhaen tiada sebarang masalah menghadapinya dengan tabah. Bersyukurlah seadanya. Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya diluar batas keupayaannya.

Janganlah merasa iri pula dengan mereka yang tidak langsung goyah kestabilan ekonominya walau yang lain digeluti masalah ekonomi yang merungsingkan. justeru mereka itu telah bersedia sebaiknya.

Tapi amat sedih mengenangkan nasib kawan-kawan kita yang kehilangan perkerjaan akibat organisasi yang mereka sertai mengecilkan jumlah perkerjanya untuk mengurangkan kos pengoperasian seperti MAS, NAZA, GURUN MOTORS DLL.

Blogger irfa admin blog happy irfa pun terlibat sama setelah berbelas tahun berkhidmat dengan MAS.My Photo

Dan banyak syarikat yang menggalakan perkerja/staff mereka berhenti secara sukarela untuk terus bernafas dalam bisnis demi menangani kegawatan ekonomi.

Risau juga kita memikirkan university/kolej yang bakal melambakan siswa-siswi ke pasaran pekerjaan kelak setelah bergraduasi tapi peluang untuk mengisi lowongan perkerjaan penuh persaingan. 

Siswa/siswi yang menyambung pelajaran di luar negara kini dianjurkan pihak berwajib agar pulang dan meneruskan pengajian mereka di universiti tempatan sekiranya tidak mampu menanggung kos sara hidup/yuran pengajian yang tinggi ekoran nilai wang yang jatuh melorot berbanding tukar nilai wang asing.

Nampaknya inflasi digantikan dgn stagflasi. Harga barang keperluan melambung tinggi. Tidak percaya pula membayar 1.50rm untuk sebatang timun kecil, 3.00rm untuk 2 biji tomato dan 2.00rm untuk 4 biji telor gred c.
Harga setinggi ini perlu dibayar rakyat marhaen kampung PI dan mungkin di kawasan luar bandar yang lain situasinya pun serupa.  


25 comments:

  1. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... alhamdulillah, senang dapat menyambung silaturahmi lagi dengan kakak. Memang terasa inflasinya kak kalau beli barang kat kedai. tapi di Sarikei ni, sayur2nya masih murah kerana tanaman kampung. Malah segar lagi. benar kak, kalau tidak menyimpan wang masa tidak gawat dulu, pasti akan terasa keringnya. Semoga kita cepat-cepat keluar dari kegawatan ini. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik fatimah...syukur alhamdulillah msh dpt bersama dimayapada ini...
      dlm kehidupan mmg perlu bersedia depani apa saja cabarannya...masa kia senang xselamanya perlu beringat sekiranya akan susah pula...kalau kita bersedia tentu xjadi masalah,,,tq

      Delete
  2. dulu zaman gawat thn 1997, kena potong gaji, tiada buang pekerja..Alhamdulillah...semoga boleh survive..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman gawat duulu mampu dilepasi dgn jayanya...tq nohas.

      Delete
  3. Saya juga PI, anak-anak baru saja menamatkan pengajian... dan di kala ekonomi dan nilai RM kita semakin susut. Risau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela sweetie sebagai ibu/bapa kpd anak2 yg dh tamat pengajiannya kita harapkan anak2 berjaya mndapat kerjaya yg baik demi masa depan mrk tapi situasi kini merisaukan pula...tq.

      Delete
  4. Mmg merisaukan sebab kita tak dpt menjangka apa yg bakal terjadi tapi sedia rasai tekanan kegawatan tu sendiri sbb pernah melaluinya. Ada yg berpendapat yg US akan sentiasa mengukuhkan kedudukan kewangannya hingga pilihanraya US akan dtg sbg langkah kekuasaan politikal mereka keatas dunia... wallahualam. Kita yg ikan bilis ni yg susah kan terutama yg diberhentikan kerja... t kasih berkongsi artikel saya kak PI.. mudah2an membantu memberi persediaan kpd semua, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg dh rasai ni tahu betapa periitnya kegawatan ekonomi yg berlaku dulu...kekuatan kita yg lemah mampu ditegakan kembali tapi kini entahlah...rasanya semakin kita lemah semakin mudah kita dikuasai...xreti juga nk komen tentang ni...tq penjelasan yg KK beri.

      Delete
  5. salam kak Pah, ini off topic, wak nk tnye sikit, tp dlm emel je bole?
    emel wak: 3lalat@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Semoga kemelesetan ekonomi dunia kembali stabil...

    ReplyDelete
  7. Marilah kita berdoa dan bersatu padu menghadapinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm bersatupadu yg solid hadapi ujian-Nya...tq nor azmaan.

      Delete
  8. Makin terasa kesan dari ketidakstabilan ekonomi.
    Moga cepat2 pulih seperti sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekonomi yg xstabil n banyak pula masalahnya tu ya...
      insyaAllah moga pulih sediakala...tq fidah,

      Delete
  9. cuba utk berjimah tapi sukat sebab hidup mesti diteruskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERJIMAT CERMAT SELALU KAN CIKGU ABAM KIE XMENGAPA TU..TQ

      Delete
  10. Kakak ingat lagi masa kegawatan ekonomi angkara George Soros kakak masih belajar lagi PI. Masa tu kakak-abang kami yg mencari kerja sangatlah payah. Melihat scenario inilah kakak tak tahu apa akan jadi dgn anak-anak kami yg kini masih lagi belajar. Entah kerja apalah yg dpt mereka perolehi kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYAALLAH KEGAWATAN EKONOMI XTERUK SGT KOT...TQ KAKZAKIE.

      Delete
  11. Alhamdulillah, masih mampu bertahan..

    ReplyDelete
  12. SYUKUR ALHAMDULILLAH WAWA...TQ.

    ReplyDelete
  13. Maaf ckp, msykt skunk ni dh tau ekonomi gawat nape xb'jimat&menabung dr skunk, jgn dh terantuk baru nk mengadah.... Siswa siswi pun jgnla memilih kerja lebih elok kerja di mall@rest segera dr duduk dirumah dgn alasan tggu offer letter yg belum tntu lg kewujudannye,pleasela.....

    ReplyDelete
  14. setuju dgn komen cikna tu...mesti berjimat cermat dlm berbelnja n siswa/siswi jgn terlalu pilih kerja walau pndapatan kecil yg penting ada kerja ada gaji.
    tq cikna.

    ReplyDelete
  15. ms gawat dulu x bekerja lg...ni da bekerja, pegang duit sendiri mmg terasa laa

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist