Thursday, 10 September 2015

LUCU TAPI BENAR...

Kisah tiga soalan satu penampar…


Seorang pemuda bertemu dengan seorang imam bertanyakan soalan yang dijangka tidak mampu
dijawab seorang imam masjid kampungnya. Pemuda lulusan luar negara itu mengangapnya begitu
memandangkan ilmu yang dimiliki pak imam tidak setanding dengan dengan tahap ilmu tinggi yang dirasakan dimilikinya.


Soalan-soalan pemuda itu.

pemuda:  Boleh tak tok imam jawab soalan saya?
.
Imam:  Boleh dengan izin Allah.

Pemuda:  Tok imam yakin ka..prof pun tak boleh jawab soalan saya ni..

Aku cuba jawab soalan hang.

Pemuda:  Soalan saya.

.    1.    Kalau benar Tuhan tu ada tunjukan saya
kewujudannya.

.     2.      Apakah yg dinamakan takdir?
.  
  .  3.      Syaitan dijadikan dari api tapi kenapa mereka dimasukan ke dalam api neraka. Kan mereka daripada

 unsur yang sama 

tentu mereka tak merasa sakit.

PANGGGG! Singgah penampar pak imam ke pipi pemuda itu.

Pemuda:  Adui! Awat tok imam tampaq saya?

Imam:  Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan kepada tiga soalan hang.

Pemuda:  Saya tak faham.

Imam:  Macamana rasa penampaq saya?

Pemuda:  Sakit laa..

Imam:  Jadi hang percayala sakit tu ada!

Pemuda:  Ya!

Imam:  Boleh hang tunjuk sakit tu ada dan rupa dia?

Pemuda:  Tak boleh la tok imam oii!

Imam:  Tu jawapan soalan hang yg pertama.

Tuhan tu ada tapi kita tak boleh tengok.

Pemuda tergamam dgn jawapan tok imam.

Imam:  Malam tadi hang mmpi tak nak rasa penampaq aku?

Pemuda:  Tak!

Sambil menggosok pipinya yang masih terasa sakitnya.

Imam:  Hang terpikiaq tak nak jumpa dan makan penampaq aku?

Pemuda:  Tak!

Imam:  Itulah namanya TAKDIR..takdir hang.

Pipi hang yang kena pang dengan aku dbuat dari apa?

Pemuda:  Kulit dan daging!

Imam:  Sakit tak?

Pemuda:  Mestilah sakit. Pedih berdesing!

Imam:  Itulah! Walaupun syaitan dijadikan daripada api tapi jika Allah menghendaki walaupun api neraka itu

unsurnya sama dengan iblis syaitan tetap juga menjadi tempat yang sangat azab.

Pemuda:  Allah hu akbar!

Pemuda itu terpegun dengan ketinggian ilmu yang dimiliki tok imam kampong itu dan menyesali

ketelanjuran sikapnya meremehkannya.


sumber Salmi Jusuh.

30 comments:

  1. jangan perlekeh imam kampungan walau kita dari menara gading luar negara sekali pon. Suatu pengajaran yg baik.

    ReplyDelete
  2. benar tu... ilmu itu milik Allah akan dihidayahkan kpd sesiapa sahaja pilihan Nya... tq nazlee ismail

    ReplyDelete
  3. Allah, terkesan dengan penyampaian Imam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebijaksanaan imam tu adalah hidayah-Nya...jgn sesekali meremehkan sesiapun walau seorang anak kecil...tq wawa.

      Delete
  4. Aduh..tulah tak berfikir dahulu..semoga dia dapat hikmah..lain kali berfikir dahulu..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya berfikir itu pelita hati...walau kdg apa yg kita fikirkan itu bukan jawaban sebenarnya...tq cikgu etuza.

      Delete
  5. sesungguhnya Allah itu tidak tidur Allah ada di mana2 sebaik kita ingat Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ingat Allah yg sentiasa ingatkan kita...tq cikgu etuza.

      Delete
  6. Lucu tapi kesian lah kat pemuda tu kena pang sekali oleh pak imam hahhaa

    ReplyDelete
  7. Seorang yang berilmu tinggi pun tidak boleh sombong. karena kesombongan itu sifat syaitan... Pemikiran Imam nya cukup genius. memberi pemahaman dengan praktek langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..benar tu achmad fazri ..genius pak imam kampung..mengejutkan sekali penjelasan berserta contohnya yg mudah...tq.

      Delete
  8. heh..heh..terjumpa pak imam org kedah pula...ya noor..tq.

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg baik... walaupun saya pernah terbaca kisah ni satu ketika dahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah ini bersebaran di alam maya kan pha is..tapi kak tulis dgn cara kak sendiri moga bermenafaat...tq.

      Delete
  10. Pelbagai versi ada kisah ni sebagai daya penarik. Yg penting, maksudnya dapat disampaikan dgn jelas dan tepat.

    ReplyDelete
  11. heh..heh..betull tu tapi maksudnya tetap sama mendidik nilai murni keislaman kpd kita tq BM.

    ReplyDelete
  12. Jawapan yang bijak...penyampaiannya juga sampai ke hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..xbijak bukan imam kan fidah...tq

      Delete
  13. hehe..sebab tu kita jangan sombong dan rasa cukup dengan ilmu yg ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..benar tu sifat sombong tu xkemana pun...tq cikgu nick nashram.

      Delete
  14. Assalamualaikum kak,
    Lucu tetapi benar. Teringat cerita ini ketika bersekolah arab dahulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz.
      ya mcm2 cara olahan kisah ni kan ustaz..kak pun olah juga.
      tq abuikhwan

      Delete
  15. Allahuakbar, sebab tu la kita jangan dok perasan ilmu dah tinggi menggunung dari orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh...jgn nk perasan ya nora karim...tq

      Delete
  16. Ceritanya amat berkesan walau agak lucu. Itu sebabnya jangan sombong dengan ilmu yang kita ada.

    ReplyDelete
  17. cerita2 santai2 jer zai yg ramai yg dh tau..tapi menarik sbb ada ilmunya utk perkongsian bersama...tq zai.

    ReplyDelete
  18. lawak tetapi tepat sekali jawapan nya...ada jgk yg bertanya bekenaan kewujudan Allah ni..ada bg jawapan angin...ada nampak angin x? x nampak..then angin ada x? mestilah ada..jadi Allah kita tak nampak tetapi Allah itu ada....terdiam org tu

    ReplyDelete
  19. hmm mcm2 bukti keberadaan Allah yg boleh dijelaskan JM...teguhkan keimanan kita kpd-Nya..tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist