Tuesday 30 December 2014

GULAI KAWAH...

ASSALAMUALAIKUM...

GULAI KAWAH ATAU APA SAJA YANG TERPAKSA DIMASAK BERKAWAH-KAWAH INI UNTUK MENJAMU PERMINTAAN MAKANAN YANG RAMAI MEMANG BERBEZA RASA KESEDAPANNYA. DAN MEMASAK SECARA BANYAK INI BIASANYA DILAKUKAN TUKANG-TUKANG MASAK YANG PAKAR DAN SERING DIPANGGIL UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN MAJLIS-MAJLIS KENDURI-KENDARA.

KINI GULAI KAWAH DAN MASAK BERKAWAH-KAWAH INI MENGAMBIL TEMPATNYA DI TEMPAT-TEMPAT PEMINDAHAN BANJIR PULA. MAKAN SECARA BERAMAI-RAMAI SAMBIL MENSYUKURI REZEKI ALLAH YANG DINIKMATI HARI INI BEGITU MENYELERAKAN.

DAN HATI PASTI TIDAK LEPAS MEMIKIRKAN RUMAHTANGGA YANG DITINGGALKAN SAMAADA BOLEH KEMBALI PULANG KEESOKANNYA, HENDAK MENGEMASKANNYA LAGI DISAMPING MANGGANTI KEPERLUAN YANG HILANG DISAPU BAH. JIKALAU YANG TELAH HILANG RUMAHNYA PULA BAGAIMANA?
 ALANGKAH SEDIHNYA!

KITA YANG HANYA MEMBACA KISAH-KISAH SEDIH INI HANYA BOLEH BERKATA BERSABARLAH DENGAN UJIAN ALLAH TETAPI YANG MENGHADAPI DAN MERASAINYA.....SUBHANALLAH TAK TERGAMBARKAN RUPANYA.

PI KONGSIKAN RESEPI GULAI KAWAH YANG DIPETIK DARIPADA MATAHATI.BLOGSPOT.COM


RESEPI GULAI KAWAH
Bahan:
Daging cincang 1/2 kg
Santan pekat 1 cawan
Air masak secukupnya
bawang merah besar 2 labu
bawang puteh 3 ulas
halia 2 inci
lengkuas 5 hiris
kunyit hidup 1 inci
serai 2 batang
cili kering 5 tangkai
rempah gulai darat 2 sudu besar
rempah kerutup 1 sudu kecil
air asam jawa
nise 1 - 1   1/2 keret(sama fungsi ngan gula merah/gula melaka. kalau takde gula biasa pon boleh)
garam buku

Cara masak gulai kawah:
1)Daging cincang direbus hingga empuk. Bawang merah dan bawang puteh dicincang halus. Cili kering direndam kemudian dimesin dengan halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai.

2)Tumis bawang merah dan bawang puteh.  Bila dah agak kekuningan dan wangi, masukkan bahan yang dimesin.  Masak sampai sebati dengan minyak.  Kemudian masukkan rempah gulai darat serta rempah kerutup tadi.  Kacau-kacau biar jangan hangit.  Masukkan sedikit air untuk mesrakan kesemuanya. Biar rempah betul-betul masak dan bertukar warna jadi agak gelap sedikit baru masukkan daging beserta dengan air rebusan daging.  Masak dengan api yang kecil.

3) Masukkan santan. Tidak lama lepas tu masukkan air asam jawa. Terus memasak dengan api yang kecil. Akhir sekali perisakan gulai dengan nise serta garam. Alhamdulillah dah siap pun gulai kawah.


24 comments:

  1. sedap kulai kawah..dagingnya lembut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMG SEDAP ...BNYK PETUA UTK MLMBUTKN GULAI DLM KAWAH NI...TQ NOHAS.

      Delete
  2. rempah gulai darat tu yg tak tahu mcm mana nak buat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. REMPAH GULAI DARAT NI BIASANYA DIJUAL DI TERENGGANU/KELANTAN ...ORG SANA XGUNA SERBUK KARI BIASA NI..TQ QV

      Delete
  3. lain kali kalau masak,,, hantarkan kat sini sikittt :)

    ReplyDelete
  4. Kakak pernah pesan anak dara kakak yg belajar di T'ganu belikan rempah gulai kawah yg dah siap..
    Senang kalau dah sesiap rempah tinggal masukkan daging dan bahan mentahnya aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU REMPAH GULAI DARAT NI SPECIAL SIKIT...RASANYA PUN LAIN...NK DPTKANNYA KENA CARI DI TRENGGANU...TEMPAT LAIN XDER...TQ KAK ZAKIE

      Delete
  5. Sedapnya gulai kawah. Makan plak dengan ikan masin, thorbaikkk :)

    ReplyDelete
  6. Setiap bulan ramadan saya sering membeli gulai kawah kambing di bazar ramadan. Gulai kawah ni pada perasan saya macam sedappppp sangat PI.

    Kisah banjir besar yang melanda Pantai Timur skrg ni... sedikit sebanyak terkesan juga di hati kami kerana salah sorang anak saudara saya terlibat sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMG SEDAP GULAI NI RASANYA LAIN DARI GULAI BIASA...KISAH BNJIR DI BLOG SWEETIE SY DH BACA..KESIAN NSB SHADA N TEMAN2NYA TERPERANGKP DLM BNJIR...TP BNJIR DI KLNTAN DH SURUT NMPKNYA...TQ SWEETIE.

      Delete
  7. Wallaikumsalam..
    namanya mengerikan sangat ya gulai kawah seperti gunung berapi ada kawahnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH...BUKAN GITU..NAMANYA SAJA TU..BIASANYA KAWAH YG BESAR DIGUNAKAN UNTUK MSK DGN BANYK....TQ CILEMBU THEA.

      Delete
  8. sedap nya.kat belah utara ni kenduri kendara wajib ada gulai kawah..tapi saya ni kalau masak banyak macam untuk kenduri memang tak pandai la..masak gulai satu periuk comel boleh la..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YALAH DIANA..GULAI KAWAH UTARA SEDAP JUGA...ISH NK MKN XRAMAI XKAN NK MSK SEKAWAH KOT..TQ

      Delete
  9. Sekarang ni bukan sahaja masa kenduri jer boleh dapat gulai kawah ni, hari2 biasa pun ada jer...cuma rasanya tak hebat macam gulai kawah kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDAP LAGI GULAI KAWAH KENDURI YA....TQ BM.

      Delete
  10. dulu, mana2 pergi kenduri kawen ada je gulai ni sekarang org mkn ayam je... (katering)

    ReplyDelete
  11. YEKE...TAPI KALAU DI KAMPUNG BILA KENDURI MSTI NK TUMBANGKN LEMBU SEKOR DUA...JAWABNYA BERKAWAHLH GULAINYA...TQ ANIES.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist