Sunday, 7 December 2014

MISTERI HISTERIA DALAM PUTERI...

ASSALAMUALAIKUM.

PERNAH KITA CUBA MEMAHAMI INSIDEN HISTERIA YANG SERING BERLAKU DI SEKOLAH DAN ASRAMA, SELALUNYA MELIBATKAN PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN. DAN BAGAIMANA PULA GURU-GURU YANG TERPAKSA MENANGANI MASALAH INI.

HISTERIA BOLEH SAJA BERLAKU DIMANA-MANA SEKOLAH TENTULAH DISEBABKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN UJIAN ALLAH KEPADA HAMBA-HAMBANYA AGAR TIDAK TERLEKA.

DI SINI PI KONGSIKAN PENGALAMAN SEORANG GURU YANG TERLIBAT MENGURUSKAN MURID-MURIDNYA YANG HISTERIS YANG DIGARAP DALAM BENTUK CERPEN...CERPEN PUTRI TELAH DISIARKAN DALAM SEBUAH MAJALAH SASTERA TEMPATAN.

PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

PUTERI

Noorlaila Ghafar



Assalamualaikum, Cikgu!” Getar suara Cikgu Nur Balqis tidak dapat dikawal.
“Walaikumsalam, ada apa?” Nada bersahaja, yang amat dikenali menerjah ke gegendang telinganya.
“Cikgu kat mana tu? Ada pelajar di Dorm A, histeria!” Telefon bimbit masih melekap di telinga. Mata Cikgu Nur Balqis tetap terancap ke arah lima orang pelajar perempuan yang sedang memegang Atikah. Atikah menjerit-jerit, meracau-racau dan meronta-ronta. Sudah hampir lima minit Atikah dalam keadaan begitu. Sekejap menangis, sekejap bertempik sambil meronta-ronta. Habis ikhtiar Cikgu Nur Balqis yang cuba memulihkan Atikah. Ayat Kursi suda dibacanya berulang-ulang. 
“Saya di rumah ayah ni, okey saya balik sekarang...” Jawapan Cikgu Pauzi, melegakan atma Cikgu Nur Balqis.  Dia tahu, rumah ayah Cikgu Pauzi hanya tujuh kilometer dari asrama tempat mereka bertugas.

“Ha, Cik gu Pauzi nak datang! Ye... ye.... dia nak datang... Ye..ye....” Tiba-tiba Atikah bersuara.
Cikgu Nur Balqis yang baru mematikan telefon bimbitnya, terkesima.
“Aneh, macam mana dia  tahu Cikgu Pauzi nak datang?” pertanyaan itu sekadar interier monolong.
Atikah tidak lagi menjerit. Dia tidak lagi meronta. Dia tidak lagi bertempik. Dia tidak lagi menangis. Pelajar-pelajar yang memegang Atikah, melepaskan pegangan masing-masing. Cikgu Nur Balqis yang baru sebulan lebih menjadi warden, terkedu.
 
 Atikah berdiri. Membetul-betulkan rambut kusutnya.
“Tepi sikit, aku nak sikap rambut.. Bodohlah kau orang ini. Bodoh betul... ” Tajam mata Atikah melirik ke arah pelajar-pelajar yang mengelilinginya.
“Eh, engkau ni tak hormat kat Cikgu! Engkau kenal tak siapa ni?” Zunur melontar tanya, tangan  kanannya menyentuh lembut bahu kiri Cikgu Nur Balqis.
“Entah.... Aku tak kenal dia...” Atikah menggeleng-geleng sambil merenung wajah Cikgu Balqis sekilas. Dengan berlenggang, Atikah menapak ke arah sebuah karbinet. Pantas membuka pintu karbinet. Tangan kanannya mencapai sikat rambut. Kemudian berpaling ke arah sebuah cermin muka yang agak besar, di tepi dinding. 
“Kau orang tak kenal aku... Hi.. hi...!”  Atikah mulai menyikat rambut sambil membelek-belek wajahnya di depan cermin.
“Ha, siapa kau?” Zunur  bersuara geram.
“Aku... Aku, puterilah! Puteri.....”
“Puteri? Eleh, puteri konon! Hah,  Puteri mari mano?...” 
“Tu... sana tu..., dari pokok....  pokok kat tepi surau...”
“Hah? Pokok tepi surau? Pokok mana?”
“Emm.. pokok.. pokoklah... pokok belimbing...”
Berkerut  dahi Cikgu Nur Balqis,  mendengar dialog Zunur dan Atikah.Pelajar-pelajar lain hanya ternganga. Cikgu Balqis  melerek jam di tangan.
“Eh, dah nak maghrib ni... Mana Cikgu Pauzi ni tak sampai-sampai...” Cikgu Balqis memanjangkan leher, meninjau-ninjau ke arah pintu.  Tiba-tiba beberapa orang pelajar perempuan yang memakai kain telekong,   menerpa masuk ke dalam Dorm A, dengan mengusung seorang pelajar perempuan yang bertelekong juga. Pelajar yang diusung bertempik-tempik dan meronta-ronta Telekong yang dipakainya tercabut.
“Ya, Allah! Mengapa pula ni...” Bagai lipas kudung, Cikgu Balqis mencapai bantal bersarung biru dari sebuah katil dan meletakkannya di atas lantai simen .
“Letakkan di sini, buka kain telekongnya!”  Arahan Cikgu Balqis dipatuhi. Suzuwani dibaringkan, bantal itu menjadi alas kepalanya. Beberapa pelajar puteri memegang kuat tubuhnya. Suzuwani terus bertempik-tempik, meronta-ronta dan menggelepar bagai kerasukan.
“Hi... hi...hi... Mu mari.. hi.. hi...Mu mari jugok...” Atikah ketawa,  tangan kanannya menunjuk-nunjuk ke arah Suzuwani. Kemudian dia kembali mengadap cermin dan meneruskan aktiviti merapi rambutnya.
Cikgu Balqis kembali membaca Ayat Kursi diikuti oleh beberapa orang pelajar puteri. Suara-suara mereka memenuhi ruang Dorm A. Gema ayat-ayat suci menenggelamkan suara Suzuwani yang bertempik-tempik. Cikgu Nur Balqis metah menghayati makna ayat Kursi yang dihafaznya;
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi Siapakah yang memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi Lagi maha Besar.”

Mega senja kian sirna. Kegelapan mulai melabuhkan tirainya. Sayup-sayup suara azan dari surau asrama, mengakhiri bacaan ayat-ayat Kursi. Cikgu Balqis menjawab perlahan seruan Azan itu. Dia memberi contoh kepada para pelajarnya. Seruan azan perlu dijawab. Mudah-mudahan Allah SWT akan memudahkan kematian kita saat sakkaratulmaut. Jangan bercakap semasa mendengar Azan. Bercakap-cakap saat Azan berkumandang, akan menyukarkan kematian saat sakkaratulmaut. Allah-Hu aklam. Info yang pernah dibaca oleh Cikgu Balqis daripada sebuah majalah terkemuka, sering disampaikan kepada pelajar-pelajarnya.
“Cepat, cepat.. pergi surau!” Cikgu Balqis memberi arahan. Zunur dan beberapa pelajar yang telah siap bertelekong bergegas ke surau yang hanya 100 meter dari Dorm A.  Lima orang pelajar yang uzur syarei membantu Cikgu Balqis yang masih berusaha memulihkan Suzuwani. Mereka duduk melutut mengelilingi Suzuwani sambil memegang tubuh Suzuwani yang masih menggelepar dan meronta-ronta.
“Assalamualaikum...” Wajah Cikgu Pauzi muncul di muka pintu.
“Waalaikumsalam...” Cikgu Nur Balqis dan pelajar-pelajar itu menyahut serentak.  Ada nada lega, dalam suara-suara yang menjawab salam itu.
“Ye... ye... dia dah datang..., dia dah datang.. ye.. ye...” Tiba-tiba Atikah mencampakan sikat. Berlenggang menghampiri Cikgu Pauzi dengan gaya manja.
“Cikgu... Cikgu... Saya Puteri Saadong tau...!” Cikgu Pauzi terkesima.
Cikgu Balqis yang sedang mengelus-mengelus dahi Suriati mendongak. Bola mata hitamnya bertembung dengan pandangan Cikgu Pauzi yang berpaling ke arahnya. Serentak mereka tersenyum, melihat keletah Atikah yang bagai mengada-ngada!
“Betul cikgu, saya Puteri Saadong....!” Bersungguh-sungguh Atikah mengangguk-angguk, sambil kedua-dua tangannya memintal-mintal rambut.
Tanpa menghiraukan Atikah, Cikgu Pauzi duduk melutut mengadap Suzuwani yang terbaring. Dengan tenang, dia memerhatikan Suzuwani yang sekejap menjerit-jerit dan meronta-ronta. Sekejap menangis. Sekejap menggelepar. Sekejap diam dengan mata buntang memandang ke arah silling.  
Atikah pula berlenggang mengambil sehelai selimut berwarna pink polos,  dari salah sebuah katil .
“Atikah ambil selimut sapa tu?” Cikgu Balqis bersuara.
“Alahhh.. pinjam...je.. Tak kan pinjam pun tak boleh...” Atikah menjawab. Selimut di tangan,  dibentangkan di atas simen.
Cikgu Balqis dan Cikgu Pauzi saling berpandangan. Suzuwani bertempik-tempik dan menggelepar. Atikah berlenggang-lenggang manja. Ah, pening!
Atikah mengambil sebuah bantal dan diletakkan di atas selimut tadi. Kemudian tangannya mencapai sebuah anak patung beruang cantik dari atas katil yang lain. Sehelai selimut yang juga berwarna pink tetapi bercorak bunga-bunga besar, turut menjadi sasarannya. Dia merebahkan badan di atas selimut yang dibentang tadi. Menutup seluruh tubuhnya dengan selimut yang baru diambil. Kedua-dua tangannya mendakap erat anak patung beruang.
“Aku dah nak pergi ni, aku nak pergi ni....” Suara Atikah semakin perlahan. Mulai memejamkan mata.
Cikgu Nur Balqis bingkas bangun menghampiri Atikah yang terbaring dalam balutan selimut.
“Atikah, Atikah... bangun.” Cikgu Nur Balqis menepuk-nepuh tubuh Atikah. Ada nada bimbang dalam suaranya.
Atikah duduk. Membuang selimut  dan meletakkan anak patung beruang di sisi.
“Cikgu Nur Balqis...?” Terpancul pertanyaan dari bibir pucat Atikah.
“Atikah dah kenal Cikgu?”
“Ya...ya...kenal.” 
“Atikah ambil wudhuk dan pergi ke surau.”
Atikah patuh. Cikgu Nur Balqis menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan.
“Cikgu Pauzi, Cikgu pergilah solat dulu...Nanti terlewat maghribnya. Biar saya tunggu Suzuwani...”
“Ya, ya... saya solat dulu.” Cikgu Pauzi bingkas bangun. Menghayun langkah menghala ke surau.
Suzuwani kembali menjerit-menjerit dan meronta-ronta. Cikgu Balqis memegang erat kedua-dua tangan Suzuwani sambil membaca ayat Kursi berulang-ulang. Lima orang pelajar puteri yang tidak ke surau,  memegang kuat tubuh Suzuwani yang meronta-ronta dan menggelepar. 
“Cikgu... Cikgu... Cepat Cikgu,  Tolong Cikgu...  Di surau ramai pelajar perempuan histeria....” Tiba-tiba dua orang pelajar puteri bertelekung menerpa masuk ke dalam Dorm A.
“Ya, Allah!... Ya, Rabbi! Tolong hamba-Mu” Monolong Cikgu Balqis memohon kepada Yang Esa.
“Bertenang, bertenang... Cikgu nak solat dulu.” Cikgu Balqis cuba mengawal keadaan. Sekilas dia melihat jam di tangan.
“Maghrib dah nak habis. Cikgu nak solat. Jangan bimbang,  Allah SWT akan jaga mereka.” Dengan keyakinan penuh, Cikgu Balqis melangkah ke bilik air yang terdapat di belakang dorm itu. Selesai mengambil wudhuk dia masuk kembali ke dalam dorm .
“Solat dalam dorm Cikgu,”  Seorang pelajar puteri menghulur sepasang telekong. Seorang lagi, menghulur sejadah.
“Terima Kasih.” Telekong dan sejadah beralih tangan.
Saat Maghrib kian hampir ke penghujungnya, Cikgu Balqis menunaikan kewajipannya di dalam Dorm A , dengan menggunakan telekong dan sejadah milik pelajar puterinya. Dalam situasi yang kecoh itu, dia tidak sempat balik ke quarters yang hanya 150 meter dari Dorm A. Selepas meraup wajahnya dengan tangan kanan, penuh syahdu rentetan doa Cikgu Balqis memohon pertolongan dan perlindungan kepada Yang Maha Esa. Mohon dipermudahkan tugas-tugasnya mengurus putera puteri yang menjadi warga asrama. Sebagai warden, amat disedari tugas yang ditetakkan di pundaknya amat berat. Apapun dia akan berusaha menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin.
Selesai melipat telekong dan sejadah, Cikgu Balqis kembali menghampiri Suzuwani yang masih terbaring. Keadaan Suzuwanii masih seperti tadi. Pandangannya terarah kepada seorang perempuan tua, duduk di hujung kaki Suzuwani. Perempuan itu sedang menjampi dan menabur beras kunyit ke arah Suzuwani yang menjerit-jerit dan meronta-ronta! Sepasang suami isteri sekitar awal 40an, duduk di samping. Seorang pelajar puteri memaklumkan kepada Cikgu Balqis, mereka adalah nenek dan ibu bapa Suzuwani. Rupa-rupa salah seorang, pelajar asrama telah menelefon bapa Suzuwani.
Cikgu Balqis tunduk menghulur tangan, menyalami ibu dan nenek Suzuwani.
Nenek Suzuwani meminta izin menabur beras kunyit di sekitar dorm. Cikgu Balqis hanya mengangguk, sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua.
Tiba-tiba Cikgu Pauzi menerpa masuk.
“Cikgu tokse jago budak-budak lagu ni! Cikgu tak tahu nak berbomoh-bomoh. Cikgu tak reti nak jampi-jampi. Cikgu hanya tahu jerkoh jah...!”
Suara lantang Cikgu Pauzi mengejutkan semua. Masing-masing terdiam.
“Mu.. Suzu... jange nak menyusoh Cikgu. Buat gapo ni...? Kalu duk buat lagu ni, balik-baliklah... tak payah duduk asrama!”
Suzuwani diam. Dia tidak lagi menjerit. Dia tidak lagi meronta. Dia tidak lagi menangis. Dia tidak lagi menggelepar.
“Moleklah, emak ayah ada ni. Mu balik deh!” Cikgu Pauzi bersuara keras dan tegas.
“Tokse balik... Esok exam...” Suzuwani menjawab lemah.

                                        * * * * * * * * * * * *

             Cikgu Pauzi menjelaskan kepada  Cikgu Balqis, hampir  sepuluh orang pelajar puteri yang histeria di dalam surau sudah pulih.
“Caranya mudah. Kita jerkoh!  Hei, kalu duk menangis dan bertempik Cikgu nak bawa gi hospital. Ikut doktor nak buat gapo. Nak injek ke, nak cucuk ke, nak ape ke! Cikgu tokse jago budak-budak hok lagu ni!  Ha...bila kena jerkoh, diam budak-budak tu. Senyap tak kata apa... Cikgu Balqis jangan runsinglah... Biasalah budak-budak bila time exam!” Begitu penjelasan Cikgu Pauzi melegakan Cikgu Balqis.
            Cikgu Balqis kagum dengan cara Cikgu Pauzi menangani masalah histeria di kalangan pelajar puteri.  Sebagai warden baru, dia harus belajar banyak perkara daripada Cikgu Pauzi yang telah berpengalaman hampir 20 tahun menjadi warden. 
 



TAMAT


26 comments:

  1. Salam kenal Kak...
    teringat saya kisah histeria masa di sekolah berasrama dulu...suasananya sangat menyeramkan...
    hanya bacaan al quran menjadi pelindung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah fidah ada pengalamn yg mnyeramkan ya...mesti jiwa kuat n tabah n tahu cara2 nk atasi masalh tu...tq fidah syah.

      Delete
  2. Asalam ..inilah karyaku ..padat dengan cerita yang memberi kesedaran. Hesteria tu ..biasa kita dengar apabila pelajar tak berhati2 dan kadang celopar..memang ada ujian dalam keadaan kurang normal tu. Syukran ada warden menangani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...tq cikgu sesekali kita kongsikan cerita2 yg berlaku sekitar kita...agar turut berfikir n xpndang sinis r pesimis...kalau kita yg diuji trpksa hadapinya...tq cikgu.

      Delete
  3. Moga kita dijauhkan dr gangguan makhluk halus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYAaLLAH ...RISAU JUGA DIGANGGU BENDA2 YG XNMPAK NI...TQ ZUMAL...

      Delete
  4. Assalamualaikum kak,
    hmm cerita histeria...sejujurnya saya tiada pengalaman berhadapan histeria. tetapi bila membaca kisah-kisah histeria atau diceritakan oleh sahabat-sahabat, ada juga rasa cuak dan gerun..bukannya apa jika kita yang kena macamanakah keadaannya...nak jaga aurat lagi...Allahu yusallimuna aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ...moga2 kita xdiuji dgn keadaan spt itu...risau juga...ustaz tentulah xmengapa banyak tahunya....tq dik abuikhwan.

      Delete
  5. pernah duduk asrama tapi Alhamdulillah, takde kes histeria mcm ni..

    ReplyDelete
  6. Setiap kejadian ghaib ada dimana2 ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mrk berada di sekeliling kita...tq dik budi purnomo.

      Delete
  7. Masa kakak duduk asrama dulu jerkah-jerkah macam cikgu Fauzi tu tak jalan PI. Siap kena tendang cikgu/ustaz dan pakcik yg dtg nak mengubat. Berjangkit-jangkit sampai last kami semua kena balik kampung atau tumpang rumah kawan mana yg rumah jauh. Asrama tutup. Cikgu bawa ustaz luar entah buat apa baru kami boleh masuk balik... Takut betul bila ingat..

    ReplyDelete
  8. kakzakie kongsi pengalaman yg sgt menyeramkan sbg pelajar sementara cikgu lela menulis pengalamannya menguruskan pelajar2 asrama yg diserang histeria...pelbagai cara digunakan...mmungkin cara jerkah cikgu fauzi bersesuaian di sini kot tapi msti ada pendinding diri juga tu...kak dulu lama juga tinggal diasrama dari tingktn 2 hingga 5 tapi mujur tiada gangguan spt ini...tq kakzakie.

    ReplyDelete
  9. kat sekolah saya pun ada jugak budak selalu histeria.
    biasanya perempuan la.
    sekali histeria, kite yg pegang pun kena tendang camtu je..haha

    ReplyDelete
  10. yeke...biasanya pelajar2 yg histeris ni kekuatannya luar biasa...di sini kak nk kongsi tips yg diberi seorang ustaz di PAHANG FM...KATANYA BACALAH BISMILLAHIMASYAALLAH TIGA KALI HEMBUS PADA TANGAN YG DIGENGGAM N TUMBUK BELAKANG PESAKIT TU...INSYAALLAH...TQ CIKGU NIK NASHRAM.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, cara cerdik menangani 10 pelajar putri yang histeris...nice story
    keep happy blogging always..salam dari makassar - Indonesia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih blogs of hariyanto...happy blogging utkmu juga.

      Delete
  12. gangguan makhluk halus boleh juga berlaku terutama kepada perempuan yg sedang datang bulan... kita tu dia lemah kan... betulkan saya kalau salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar juga tu tapi wanita dlm haid msh boleh berzikir bertasbih n lain2 amalan utk mengelakan gangguan2 sebegini....tq najib.

      Delete
  13. Belum pernah alami secara realiti kes histeria ni... sebab xtinggal kat asrama, hehe

    ReplyDelete
  14. nasib baiklah tu...kak dulu tinggal diasrama tapi mujur xpernah alami kes gini tq BM.

    ReplyDelete
  15. ms form 2 sy alami peristiwa ni...tp x teruk sgt laa...sbb ustaz amik langkah agresif..

    ReplyDelete
  16. yeke...alami juga yer...syukur ustaz pandai selesaikn....tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist