Tuesday, 23 December 2014

ULU LEGONG DI MANA TU? WISATA KE KEDAH DARUL AMAN....1

ASSALAMUALAIKUM....

MENGHILANG KE KEDAH DARUL AMAN TIGA HARI LEPAS BERSAMA ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU. KEDAH NI KAMPUNG LAMAN PI YANG TIDAK PERNAH DILUPAKAN
WALAU SUDAH LAMA BERHIJRAH MENINGGALKANNYA.

BAK KATA PEPATAH TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TANAH TUMPAH DARAH TEMPAT KELAHIRAN.

RAMAI SAUDARA MARA SEPUPU SEPAPAT BERADA DI SINI TAPI PI TIDAK AKAN MENYUSAHKAN MEREKA DENGAN MEMBAWA ROMBONGAN ANAK BERANAK PI MENUMPANG KEDIAMAN MEREKA SEMALAM DUA.

SEKADAR BERZIARAH SEBENTAR SALING BERTANYA KHABAR PUN SUDAH MEMADAI. DI SINI PI DAN ANAK-ANAK TINGGAL DI HOMESTAY DGUAR. TEMPATNYA SELESA SEKALI DAN MAMPU MENAMPUNG AHLI KELUARGA PI YANG RAMAI.

LENGKAP KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN...SIAP BOLEH MEMASAK LAGI.





MEMASAK SENDIRI LEBIH JIMAT BELANJA BAGI YANG TIDAK BERKEMAMPUAN SEPERTI PI TAPI TETAP INGIN BERCUTI JALAN-JALAN MENGHIBUR HATI. BARANG-BARANG UNTUK MASAKAN MUDAH DIBELI DAN MURAH HARGANYA. BERKUALITI PULA.

LAUK-LAUKNYA KAMI BELI DI KAMPUNG NELAYAN SG.YEN KECIL TIDAK JAUH DARI GUAR CHEMPEDAK. ADA LALA, MENTARANG, IKAN TEMENUNG, IKAN TALANG SEGAR, WALAU DIGORENG DAN DIREBUS SAJA AMATLAH SEDAPNYA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS.

SUDAH BERPULUH TAHUN TIDAK MAKAN LALA REBUS DAN MENTARANG REBUS DI SINI...HUISH ALANGKAH NIKMATNYA.




STELAH PERUT DIISI KENYANG-KENYANG BARULAH BERTOLAK KE ULU LEGONG PULA. JAUHNYA DARI GUAR CHEMPEDAK BUKAN MAIN LAGI. TERLETAK NUN JAUH BERSEMPADAN DENGAN KROH, GRIK PERAK.

ANAK-ANAK CUCU HENDAK BERMANDI-MANDA DI KOLAM AIR PANAS DI SITU...DIIKUTKAN SAJALAH.
BANYAK SEKALI KOLAM AIR PANAS YANG DISEDIAKAN UNTUK MERENDAM DIRI DARI SUMBERNYA YANG SEMULA JADI.




Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas serta mereka menyukai aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat. 

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.

"Dimaklumkan no telefon 0134720255 telah ditamatkan perkhidmatan. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sila hubungi no telefon berikut 04-4721548 ; 04-4721468; 04-4731024;04-4731025"


18 comments:

  1. Bila Paridah ke Kedah ni? Saya pun baru balik dari Arau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 hari lepas sweetie baru sampai dari sana mlm tadi tq sweetie.

      Delete
  2. Seronoknya PI. Kakak dan keluarga pun lebih suka tinggal di homestay berbanding di hotel. Lebih privacy kalau homestay ni sebab kita-kita aje. Masak pun ikut suka. Kalau agak tak nak pun boleh cari kawasan keliling. M'sia ni kakak rasa mana-mana pun ada restoran..

    Mentarang kakak tak pernah makan. Kat JB ni macam tak adalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kakzakie...makanan di restoran sekitar sini pun sedap n xmhl sgt...mentarang ni kalau kakzakie bercuti ke kuala selangor n ke utara mudah jumpa sbb mentarang ni hdp dpantai berselut...tq.

      Delete
  3. Wahh, seronoknye main kolam..")

    ReplyDelete
  4. mmg seronok tika cuaca masa ni agak sejuk berendam jer dlm kolam air panas tu...tq puan wawa.

    ReplyDelete
  5. Lala yang fresh...memang tak cukup seperiuk meratahnya! Tapi saya kurang suka mentarang sebab isinya mcm berpasir sikitlah.

    ReplyDelete
  6. wah..seronoknya PI balik kg n pegi jejalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kaknah xcukup masa nk pusing Kedah dlm masa 3 hari...tq kaknah.

      Delete
  7. SEWANYA 200RM SEMALAM...TIGA BILIK TIDUR...TQ MKL.

    ReplyDelete
  8. Masak sendiri memang seronok bila ramai2 mcm ni... pernah sekali makan mentarang..

    ReplyDelete
  9. yalah nohas bila ramai2 mmsak jimat belanja...tq nohas.

    ReplyDelete
  10. penah dgr je tp x penah smpi lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...di sini agak pedalaman sikit tapi banyak chalet n rumah tumpangan yg didirikan utk kemudahan pengunjung yg ingin mengadakan event tertentu...tq anies.

      Delete
  11. bertuah orang2 sana banyak tempat menarik...lagi pun cutikan elok disikan dengan pelancongan antaranya lah ya

    ReplyDelete
  12. tempat bercutinya mmg banyak cikgu boleh dipilih kemana saja...sesekali bercuti santai cikgu tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist