ASSALAMUALAIKUM...
RUMAH KECIL DI TEPI SAWAH MENGIMBAU KENANGAN SILAM....
PERNAHKAH ALAMI ALAM PERSEKITARAN KEHIDUPAN YANG BEGINI? TENTUNYA RAMAI YANG TIDAK TAHU DAN MERASAINYA LAGI? MENDIAMI SEBUAH RUMAH KECIL YANG TARAFNYA HANYA SEBUAH PONDOK.
LANGSUNG TIDAK ADA SEBARANG PASARANA. DI DALAM RUMAH CUMA ADA PELITA AYAN YANG MENERANGI KEGELAPAN MALAM. BEBERAPA BIJI BANTAL DAN SELIMUT MENEMANI KEDINGINAN TIKA TIDUR HINGGA SUBUH.
SETELAH SEKETIKA DIBUAI MIMPI BANGUN PULA MENYERAP HAWA PAGI, MANDI-MANDA DI TELAGA DENGAN MENCEBUK AIR MENGGUNAKAN CEBUK UPIH....ADUH DINGIN TERAMAT...
PENGALAMAN PI LAH TU TIKA KECIL DAHULU.
KEMUDIAN TERBONGKOK-BONGKOK PULA MENIUP API DI DAPUR KAYU BERTUNGKU TIGA MENGHARAPKAN SEGERA MENYALA AGAR SEKEJAP LAGI BOLEH DITENGGEK AIR YANG TERISI DI DALAM CEREK YANG SUDAH HILANG WARNA ASALNYA KECUALI KEHITAMAN DIMANA-MANA.
SEDAPNYA BERSAPAN PAGI BERSAMA NASI LEMAK BERLAUK IKAN SEPAT ATAU HARUAN KERING. ATAU PALING MUDAH GORENG CEKODOK BILIS PUN MENGENYANGKAN JUGA.
NAMUN KEBIASAANNYA MEREKA YANG BERKERJA BERAT, BERSAWAH TANI GEMAR BERSARAPAN PULUT LEMAK ATAU PULUT BIASA BERSERTA LAUK-LAUK YANG MUDAH MENGALAS PERUT DI PAGI HARI.
JIKALAU YANG KELIHATAN HANYA AIR DIMANA-MANA TENTULAH BANYAK IKANNYA JUGA. BOLEHLAH DISAUK, DIPANCING ATAU DIJALA UNTUK DIBUAT LAUK MAKAN TENGAHARI PULA.
KEHIDUPAN GENERASI DAHULU TERNYATA PERIH,PAYAH DAN SUSAH NAMUN MEREKA TETAP BERBAHAGIA MENJALANINYA TANPA BERKELUH-KESAH DAN MENGHARAPKAN MASA MENGUBAH SEGALANYA DENGAN TAKDIRNYA.
SELALUNYA KAN SUSAH DAHULU SENANG KEMUDIAN....
..PIC FB ISMA WADI..
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
2 hours ago
sblom kawen, saya penah berangan nak dpt suami yg kampungnya ada sawah
ReplyDeletehihi, tp dapat yg ada umahnya Tingkat 16 nun di tengah kotaraya KL
sy berangan nak main2 tepi sawah
lepak kat bangsal tengah sawah di petang2 hari
kita merancang tp Tuhan yg menentukan...bersyukur dgn ketentuan-Nya tq irfa.
DeleteRumah arwah atuk dan nenek saya hampir serupa keadaannya seperti dalam foto di atas. Dulu, keliling sawah dan dalam parit memang mudah untuk kami peroleh ikan seperti keli, puyu dan haruan yang fresh. Tapi, sejak adanya ladang kelapa sawit di sebelah bendang arwah atuk, ikan-ikan sudah tidak muncul lagi. Tambahan pula, sekarang ini orang kerat padi pakai mesin. Sure, ikan-ikan dah tak boleh hidup bila bendang di tuai dengan mesin.
ReplyDeleteyeke...mesti tenang n damai suasananya....la ni mmg bnyk sawah padi ditanam sawit pula...berubah pula alam persekitaran kita kan dgn teknologi tuai guna mesin pula...perubahan gaya hidup n semuanya sudahnya hanya tinggal kenangan....tq Sylarius yusof.
Delete20 thn yg lalu, kt kg sy masih ada rumah sebegini...penah sy main pondok2 kt situ..tp skrg da x de lg sob sob sob
ReplyDeleteyela anies...la ni tiada kelihatan lagi rumah2 kecil di tepi sawah...tq anies.
DeleteJujur kakak tak pernah merasa walau masa zaman kanak-kanak kakak dulu pun melalui kehidupan yg amat sukar.
ReplyDeleteBila tengok macam seronoknya kalau sesekali makan sekeluarga di rumah macam itu. Mesti nyaman dan seleranya tak terkata..
kampung kak dulu beginilah kakzakie....sehingga kak pernah menulis krangan tentang kampung kak yg indah tu di sekolah...heh..heh biasalah peminat sastera sejak kecil boleh jadi sbb dipengaruhi alam persekitarannya yg indah...tq kakzakie.
Deleteitu rumah sederhana tapi elok pemandangan di sekitarnya ^^
ReplyDeleterumah kecil dilatari pemandangan indah...tq media2give.
Deletehaloo apa kabar? :)
ReplyDeleteberkunjung lagi kesini..
kak ok jer moga okutan48 pun gitu jg...tq
Deletememang indah kalau diam di rumah yang sederhana seperti diatas, nyaman :)
ReplyDeleterumah kecil utk santai2 ya...tq jery yanurlan.
Deletejika di peruntukkan sebagai tempat istirahat seminggu sekali ala para pelancong rumah di tepi sawah tentu indah dan nikmat untuk dinikmati bersama keluarga, tapi jika di jadikan tempat tinggal..sepi. dan tentu kasihan istri di rumah jika kita harus pergi di malam hari
ReplyDeleterumah2 kecil ditepi sawah bgini sudah xkelihatan lagi di sini sekarang ni chilembu thea...itu gambaran ceita silam lalu...tq
Deletekak, indahnya kenangan mcam tu...saya pon tak pernah merasa situasi mcma tu:)
ReplyDeleteyeke...seronok juga mengalami hidup ditepi sawah ni dgn nyamuknya yg banyak...lintah, pacat heh..heh...gurau jer amiiza....tq
DeleteAda rumah di tengah sawah rasanya pasti adem ayem aja nih apalagi kalau di saat pagi hari :)
ReplyDeleteyes nyaman n tenang...tq al wida.
DeleteTenang ketika pikiran sedang mumet iya mbak :)
Deleteyes lupa seketika...tq
Deletehidup ringkas..bahagia dgn cara tersendiri..redho dgn takdir Ilahi..
ReplyDeleteya hidup yg ringkas seadanya tapi xkekal juga kerna hidup tu maju bersama waktu...tq nohas.
DeleteSeronoknya suasana macam tu, kampung kak zai tak ada sawah tapi ada perigi batu. Airnya memang sejuk sampai sekarang masih ingat.
ReplyDeleteSekarang kalau pergi rumah yang ada sawah semuanya rumah batu dan besar2.
yela zai tiada lagi rumah kecil di tepi sawah la ni...tq zaitun.
Deleteassalamualaikum kak,
ReplyDeleteAlamak sawah padi... teruja sangat-sangat dengan sawah padi.. dari kecil hingga usia tua ini saya sentiasa impikan untuk turun berlari-lari di sawah padi. tapi sampai la ni belum kesampaian lagi...insyaAllah nanti...
wsalam dik nak tengok sawah padi saujana mata memandang n merasai kehidupannya datanglah bercuti ke Kedah sana...best tau.tq abuikhwan.
DeleteKY biasa dah dgn suasana begitu semasa kecil.terasa rindu pulak dengan hembusan angin di bendang..
ReplyDeleteYEKE...Samalah kita kakyon...mengimbau kenangan lalu tu...tq kakyon.
ReplyDeleteSetiap kesusahan dan keperitan pasti tetap ada kenikmatan dan kegembiraan. Allah itu Maha adil...
ReplyDeletebenar tu hidup ini ada kitaran n pusingannya xselamanya akan berada di bawah saja yg penting reda n syukur...tq BM.
ReplyDelete