WAH TAJUK N3NYA KAN MAIN SENSASI LAGI. TAPI ITULAH KEBENARANNYA. PENGALAMAN HIDUP KITA INI BERBEZA-BEZA MENGIKUT KERJAYA DAN RUTIN KITA. PI MEMANG GEMAR MENGETAHUI PENGALAMAN HIDUP ORANG LAIN YANG DITAKDIRKAN UNTUKNYA. SEMUANYA ADALAH JUSTERU ALLAH MENGHENDAKI DAN MENGIZINKANNYA BERLAKU.
PI KONGSIKAN SEKALI LAGI CERITA PENGALAMAN MENARIK SDR.ABD.LATIFF OSMAN SEORANG PEGAWAI HUTAN YANG KINI TELAH BERSARA DARI BIDANGNYA YANG DIPETIK DARIPADA WALL FB BELIAU.
Peristiwa ngeri semasa bertugas DiJabatan Hutan.selama hampir 36 tahun
Semasa bertugas Di Negri 9
Tak sedar duduk atas belakang ular sawa ( besar badan ular tu besar sedikit dari batang pokok kelapa) bila dah duduk dlm 5 minit badan nya bergerak baru tahu duduk atas badan ular sawa.( Semasa bertugas di Gunong Angsi)

Peristiwa 13 May, saya dimarahi Polis kerana berbasikal dalam kawasan perkampung cina nak balik ke Pedas Rembau dari seremban dekat Rahang (Malam pukul 11, sebenar nya masa tu saya tidak tahu telah berlaku Rusuhan Kaum) polis iringi saya hingga ke tempat selamat berhampiran Sungai Gadut.
Semasa bertugas DI Pahang.
1. Saya dikejar oleh sekawan gajah.
Cerita nya:
Saya kalau berjalan dalam hutan sentiasa cepat menurun bukit ikut jlan pembalakan saya berlari,jadi jauh lah kawan2 lain tinggal dibelakang.
Semasa menunggu kawan dibelakang saya ( Di Hutan Simapn Aur Gading Lipis) ternampak saekor anak gajah sedang berkubang dalam lopak air atas jalan pembalakan tu,
Dalam lebih kurang 10 minit saya perhatikan dari jarak 100 meter, anak gajah tu bangun menuju kepada saya sambil berbunyi ( munkin memanggil gajah yg lain)
Maka keluar lah 6 ekor lagi gajah yang besar dari hutan tu menuju ke saya,
Alhamdulillah saya sempat selamatkan diri dengan terjun dari tebing yang tinggi (lebih kurang 20 kaki ) kedalam sungai.dan kawan2 saya bila terdengar saya menjerit kata ada gajah mengejar mereka pun terjun sama dalam sungai.

2. Dihutan Simpan Tekai Tembeling Jerantut.
Semasa saya sedang berjalan memereksa sempadan kawasan lesen Pembalakan tetiba berdiri saekor Ular Tedung Sela ( Tedung Selar ) sama tinggi dengan saya kepala nya kembang,
Dalam 2 atau tiga minit saya kaku dan lupa ada parang dipinggang saya, Ular tu pun tidak bergerak.
Bila saya tersedar dari panik tu, ular tu masih berdiri tegak, masa tu saya teringat pada pesan orang Tua2, kalau dengan Ular Tedung Sela berdiri didepan kita hendak lah bercakap, habis bercakap kita lakukan lah sesuatu,nasib lah siapa dulu.
Lalu saya bercakap " Aku nak lalu bukan nak ganggu engkau"
Habis saja saya bercakap terus capai parang dipinggang dan ular tu pula terus turunkan badan nya masuk kedalam hutan.
Balik ke Rumah 3 hari saya demam.

3, Dihutan Simpan Tekai Tembeling juga.
Setelah berkhemah dalam hutan selama 10 malam. pada mlm nak balik tu saya terdengar bunyi anak kucing tak jauh dari kemah saya ( sebenar nya bunyi anak kecil Harimau) lalu saya bangunkan orang2 saya minta buat unggun api segera sambil sambil menjerit dengan kuat,
pagi nya setelah kami siap berkemas nak balik saya pergi tenguk tempat saya dengar suara anak kucing tu, saya dapati kesan tapak kaki Ibu dan anak Harimau.

Kami bertolak balik dari hutan lebih kurang pukul 7.30 pagi meredah hutan belantara, pukul 6 30 ptg baru jumpa jalan Pembalakan,
Sesampai dijalan Pembalakan, kawan2 semua sudah tidak mampu berjalan lagi kerana keletihan dan lapar,
Lalu saya dengan berbekal sebilah parang, air tea O manis dan dua batang lilin keluar saorang diri mengikuti jlan balak dalam gelab gelita mencari bantuan sejauh 20 batu saya berjalan saya terbau Asap,
Bila terbau Asap atau nyamuk banyak itu tanda nya kita telah hampir dengan kawansan kampung atau ada orang berkemah .
Lalu saya pasang kan lilin sambil terus bejalan, bila sampai dengan kongsi balak (Saya diatas bukit) saya nampak ramai kakitangan Jbt Hutan tapi dari Daerah lain berada di Kongsi balak tu,
Bila mereka nampak api lilin yang saya bawa tu,(Mereka sangka cahaya mata diri binatang) saya terdengar mereka berkata "Ambil Senapang cepat ada Rusa atas bukit tu,
Saya terus menjerit memperkenalkan diri.
Setelah saya diberi makan dan minum, saya minta pemandu Jbat Hutan Unit Daerah tu meminta pergi mengambil kawan2 saya yg keletihan didalam hutan.
Mula nya pemandu itu enggan, lalu saya ambil Log Book Kenderaan Pemandu itu dan saya tulis " Saya telah mengarahkan pemandu Land Rover XX XXXX pergi mengambil anggota unit PSN Negeri " dan saya tandatangan,
Erti nya kalau Pemandu itu tetap tidak mahu pergi apa2 berlaku pada rakan2 saya dia akan bertanggung jawab,
akhir nya dia setuju bila saya dah tulis dalam Log Book nya dengan syarat saya sendiri yg memandu Land Rover tu
dan terus mengambil rakan2 saya.
Alhamdulillah semua selamat.

4:Di Hutan Simpan Lesong Rompin.
Semasa saya serta 4 rakan lain hendak balik ke Khemah melalui jalan Pembalakan saekor Harimau Belang tersangat besar melopat dari tebing kanan ke tebing kiri betul2 melintas di atas kepala kami,( Jarak tebing kanan ke kiri dalam 12 kaki..}

ALAMAK, MEREMANG TERUS TGK GAMBAR ULAR
ReplyDeleteHUHU
HISH...KAK PUN SAMA SERAM DGN ULAR NI...TQ IRFA.
ReplyDeletememang takut ular...baik yg kecik ataupun besar...
ReplyDeletesamalah kita takut sgt....tq nohas.
Deleteeven anak ular sy dah gigil...kalau yg dewasa....x tau nk ckp apa dah
ReplyDeletehish..takut tu..tq anies.
Deletetengok tajuk pun..dah rasa seram2..belum tgk yg real lagi..
ReplyDeleteMintak2 lah dijauhkan.....mak ton takkuuttttt!!!
YEKE...TAJUKNYA BIAR GEMPAQ...Tengok yg real kecut perut...tq fidah.
Deleteseram tengok.....
ReplyDeletemmg pun...tq MKL.
DeleteUlar dan yang seangkatan dengannya termasuklah cacing adalah benda yang paling kak zai takut.
ReplyDeletecacing pun kdg tu mcm ank uar juga...tq zaitun.
Deleteberdebar membaca entry ni..mujur selamat..Allah selamatkan tuan..Yang buat entry ni En kan suami puan paridah ke..hebat ..banyak petua dia...terima kasih perkongsian ini
ReplyDeleteinsya Allah selamat...heh..heh..bukanlah cikgu..sdr abd.latiff osman ni kwn fb kak...tq cikgu etuza.
DeleteCalang-calang org boleh pengsan sebelum apa-apa. Kena cekal, berani dan tahu sedikit-sebanyak petua bila masuk/kerja di hutan ni. Dup-Dap-Dup-Dap baca kisah beliau ni kan..
ReplyDeleteyelah kakzakie mmg dh terkulai pengsan tapi org lama ni sarat ilmu di dadanya dgn pengalamn luas lagi...tq kakzakie.
DeletePengalaman beliau amat mencemaskan tapi cukup berharga...
ReplyDeletebenar tu zumal...tq
ReplyDelete