Monday, 24 November 2014
SELIRATAN CINTA BAB 1...Novel adaptasi skrip drama TV dengan izin karya Fauziah Abd.Samad Oleh Paridah Ishak.... Diedit oleh: Noorlaila Ghafar penulis novel HIJRAH HATI terbitan DBP
1.
HARI yang terang, tenang lagi aman. Sudahpun mengerjakan rutin seharian sesempurna yang mungkin. Sehari-hariannya sedemikian. Menenun rindu pada keselesaan, menganyam kecerian, menjalin kebahagian yang beringsut datang menempuh perjalanan yang panjang.
Dia menilik wajah di cermin. Ah…kusam tidak bermaya. Wajah yang polos tidak berseri perlu dilakukan sesuatu untuk menceriakannya seterang hari yang tenang. Apa agaknya yang perlu dibuat? Mindanya mencongak kira ketepatannya bersesuaian dengan keinginannya.
Hari ini tidak ada sebarang aktiviti yang tercatat di diari untuk di penuhinya. Waktu yang senggang dan lapang tanpa gangguan. Duduk-duduk bersendiri tanpa teman di sisi, amat terasa sunyinya. Bosannya terlalu.
‘Kenapalah tadi aku tidak ikut saja abang pergi ke opisnya? Tapi buat apa mengganggu dia di opis sedangkan aku langsung tidak ada sebarang jawatan di sana. Biarkanlah. Abang itu orang baik. Masakan sanggup dia hendak mencurangi aku.’ monolog hatinya berkata begitu dengan yakin.
Keyakinan yang kadangkala tidak dapat dipertahankannya. Apapun perasaannya dia berserah dan bertawakal saja kepadaNya. Memikirkannya dengan terlalu hanya menambahkan kerunsingan yang meningkatkan stres.
Dia tidak mahu menanggung akibat stress itu yang akan meningkatkan hipertensi tekanan darah tinggi. Amat digeruninya penyakit yang bersarang dalam senyap tetapi memberi akibat berat. Mohon dijauhkan Allah penyakit itu darinya. Doanya.
Jadi dia perlu mengambil sikap tidak terlalu menurut emosi dan kasih sayang yang keterlaluan terhadap suami sehingga menyusahkan dirinya sendiri. Padanya jika sesuatu itu ditakdirkan untuk menjadi hak mutlak kita, tidak akan ke mana perginya. Setinggi manapun ia terbang melangit, ia tetap kembali ke bumi, keribaan kita. Pegangan itu mendamaikan jiwanya.
Selepas kelahiran anak lelakinya yang sulung dan bongsu itu dia dengan rela hati meninggalkan jawatannya sebagai Pengurus Operasi Kanan syarikat miliknya dan suaminya itu. Demi mendidik seorang anak dengan sangat sempurna dia sanggup mengorbankan kerjaya yang sangat diminatinya itu. Kasih sayang terhadap anaknya mengatasi segala-galanya. Seperti dua rangkap pantun yang pernah ditulisnya;
Cenderawasih seri wajahnya
Laksana mutiara kaca permata
Bersatu kasih seluruhnya
Aduhai untuk cahaya mata.
Layang layang mengitari benua
Sehari suntuk menyisih onak
Kasih sayang nan seluruhnya
Hanya untuk mu anak.
Setelah menjadi seorang pekerja yang sangat didikasi dan memberi komitmen yang sesungguh hati terhadap tugasnya dia ingin pula mengabdi diri sebagai isteri solehah dan mithali juga ibu yang sejati sepenuh masa. Bukan separuh masa di pejabat dan sedikit masa yang tinggal untuk memperhatikan anak dan suami. Dia gembira dan bahagia melakukannya. Meskipun pandangan kebanyakan yang lain berbeda pula.
Setiap orang berhak menentukan sesuatu yang membahagiakanya, tidak tertakluk hanya dengan satu cara persis dilakukannya. Lakukanlah apapun mengikut kesesuaian dan keupayaan empunya diri.
Bukan mudah hendak menjadi isteri mithali seperti sabda Rasullullah kepada Saidina Umar AlKhatab dalam sebuah hadis;
1. Jika suami memandangnya gembira hatinya.
Jika suami menyuruhnya dia mematuhi.
2. jika suami meninggalkannya, dia akan menjaga hak-haknya.
Sedaya upaya dia akan cuba menerapkan nilai-nilai murni itu di dalam kehidupannya.
Meski tidak mengadaptasi keseluruhannya. Sebaiknya memang patut diambil nilai baik itu kesemuanya tetapi baginya dia hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan di mana-mana tanpa disedari.
Kini apabila anak sudah semakin dewasa terasa banyak pula ruang kosong tanpa tanggung-jawab yang usai dilaksana. Ruang yang lapang itu perlu diisi sebaiknya. Apakah acaranya yang sesuai untuk hari ini? Dia menimbang kira. Jari telunjuknya menuding kiri dan kanan.
Maksudnya hendak ke sana atau ke situ. Hendak buat ini atau buat itu. Dia bingkas bangun dari duduknya Keputusannya sudah diambil. Dia mengerling sekitarnya.
Tas tangan hadiah seorang anak yang menuntut di luar negara segera dicapai. Ada sesuatu yang menujah mindanya agar merealisasikan ide yang terencana secara tiba-tiba.
Kunci kereta Produa Kancil miliknya yang sentiasa menemaninya kemana saja ditinjau dimana diletakannya. Segugus kunci pelbagai guna segera tersorot anak mata, nun tersorok dicelah-celah berjenis-jenis alat solek yang diguna-pakai seharian.
Kancil comel berurna oren itu telah menyertai deretan kereta yang sedang menyesaki lebuhraya kotaraya. Seorang pemandu wanita sedang berada di belakang seterengnya. Memandu dengan cermat dan penuh ketenangan jiwa. Menuju destinasi pilihannya.
Kereta kecil itu memang fleksibel sebagai kegunaan seharian. Kemana saja akan membawa dirinya menurut kemahuannya. Lagipun sebagai anak yang lahir selepas negara merdeka dia perlu berbangga dengan prodaksi negaranya sendiri.
Siapa lagi yang hendak menggunakan ciptaan karyawan tempatan jika tidak anak jati pribuminya. Di lembah hatinya semangat patrioritik cintakan watan itu tumbuh berpucuk subur.
Lambat pula pergerakan tali arus kereta di hadapan. Barangkali ada sesuatu yang mengendalakan kelancarannya. Dia mengikut saja rentak itu dengan sabar supaya tidak menongkah arus.
Jikalau diikutkan kemahuannya yang sebenar tentu akan menjadi seperti pantunnya yang ini;
Inginku tebang pohon kedondong.
Anak rerama sedang merayap.
Inginku terbang seperti burung
Apakan daya tidak bersayap.
Ingin sekali cepat tiba ke destinasi pilihannya. Tetapi dia memandu dengan sangat berhemat. Tidak menekan pedal minyak sehingga keretanya deras bergerak seperti hendak terbang.
* * *
“Kau rasa betul ke ni. Baru berlakon dua tiga drama, Nurima sudah mengaku intim dengan seorang Datuk?” Tanya gadis yang berambut perang kontot kepada teman di sebelahnya. Kawannya itu mencebik bibirnya. Cebikan bibirnya yang menjuih ke bawah itu menghodohkan rupa cantiknya.
“Ala biasalah tu...kau bukan tidak tahu. Beberapa tahun dulu ada penyanyi membuat kenyataan di majalah dia jadi penyanyi sebab hendak kahwin dengan anak Raja..” balas gadis di sebelahnya bersungguh-sungguh menekan fakta yang diberinya. Sinis sekali bunyinya.
“Hah yang tu aku ingat lagi. Tapi lepas tu artis tu terus tenggelam.” Kedua-duanya serentak tertawa. Masing-masing memahami difinasi ‘tenggelam’ itu.
“Agaknya dah dapat apa yang dicarinya kot. Mana tahukan.” Tersenyum pula kedua-duanya dengan pandangan sinis.
Dia memandang Datin Maimon di sisinya. Pandangan mata bertautan. Ada resah yang membuak dan merusuh di kalbu. Datin Maimon mencebik bibirnya.
“Aku rasalah bila timbul cerita-cerita macam ni tentu panas bontot Mak Datin semua. Mana tahu terkena suami dia orang pulak.” Mengelekek ketawa kedua-dua gadis itu terburai.
Seolahnya masalah dan kesusahan orang lain menjadi bahan jenaka yang seronok ditertawakan. Barangkali terlupa dengan pepatah ‘bila daun di atas jatuh daun di bawah jangan ketawa.’
“Nampaknya Mak-Mak Datin tu kenalah lebih berhati-hati menjaga suami. Jangan anggap senang saja jaga laki. Kena kebas kan naya. Bukan senang hendak jaga suami yang kaya raya dan bergelar pula tu,” sela gadis yang berambut perang kontot itu.
Bertambah masam dan kelat wajahnya dan teman di sisinya mendengar bual bicara kedua-dua gadis yang selesa duduk bergoyang kaki di kerusi sambil tangan menyelak lembar majalah hiburan kegilaan kini sehelai demi sehelai.
Setelah dibaca siap diberi komen yang menyukakan hati sesedap rasa. Wajah Datin Majmin dan Datin Maimon ketara masam mencuka.
“Datin Majmin, jom kita ke sana bilas rambut. Datin Maimon belek-beleklah dulu majalah fesyen rambut tu sebelum pereka fesyen rambut menyelesaikan kerjanya pada pelanggan di sana.” Suara pembantu salon yang agak keras menyebabkan kedua-dua gadis yang seronok melayari halaman gossip di majalah Jelitawan Era tersentak.
Pandangan mata terangkat dari halaman majalah yang terbuka dan beralih memandang Ita. Ita tersenyum membalas pandangan kedua-duanya.
Baru disedari ada beberapa orang Datin di kalangan mereka. Hati merasa tidak enak dan serbasalah. Merasa pula telah melakukan kesilapan kerana menyinggung perasaan wanita lain secara tidak sengaja. Atau tersengaja. Malunya.
Tapi apa hendak dikata, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak madah bicara tanggunglah akibatnya.’ Maksud pepatah lama itu memang bertepatan sekali dalam kondisi begini.
Kedua-duanya saling berpandangan. “Jom belah” barangkali itu gerak mata menuturkan bahasanya. Hasrat hendak shampoo rambut dan menukar fesyen rambut trend terkini terbantut.
Kedua-duanya bergerak meninggalkan salon terkenal yang sering dikunjungi Datin-datin isteri korporat itu.
‘Begitulah cakap siang kenalah pandang-pandang. Cakap malam kenalah dengar-dengar,’ desis hati Majmin. Anak matanya mengiringi atur langkah kedua-dua gadis yang semakin hilang di sebalik pintu masuk salon.
BERSAMBUNG...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MyBloglist
-
-
Ikan: Khazanah Protein - Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana dikelilingi oleh lautan yang kaya dengan hasil laut. Daripada sekecil-kecil ikan bilis sehinggal...8 hours ago
-
Program Jom Baca Peringkat IKN 2026 - Assalamualaikum, Hari Selasa hari tu kita orang join program Jom Baca di IKN. Masa mula tenguk iklan macam nak pergi tapi tak ada geng sekali aku pun a...11 hours ago
-
PHOTO DIARY #13/2026 - Assalamualaikum semua, Maaf kawan-kawan pagi tadi tak sempat buat entri masa hd, entah sibuk ngn update kalendar boss. Hari ini panas elok, tak tau la p...15 hours ago
-
Sarapan Apa di Palestin? - Bismillahirrahmanirrahim. Pagi pertama di Palestin kami menikmati sarapan di hotel dengan hidangan tradisional Timur Tengah. Ada hidangan shakshouka yang ...17 hours ago
-
Masuk Rumah Beri Salam Lafazkan Kesyukuran PadaNya. - *Surau AL Usra Nik Kampung Keningau, Keningau.* *Petanda Gerakan Kelopak Mata.Mungkin Ini lah Alamat Itu.* Kehidupan ini sebenarnya sibuk sekali. Andai ki...1 day ago
-
Dekorasi raya 2026 @ The Exchange, TRX - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Okey, okey! Md Nor jawnnjjiii sebagai penutup cerita Aidilfitri tahun ni, this is the last entry fasal deko raya @ shoppi...1 day ago
-
Aspirasi Terhadap Johor Sebagai Hab Digital ASEAN - Assalamualaikum. Tahukah anda bahawa negeri Johor kini sedang pesat membangun untuk menjadi hab digital utama ASEAN? Didorong oleh peningkatan pelaburan ...1 day ago
-
Jiran Yang Tak Diundang - Pernah tak korang berdepan tragedi menyayat hati tahap potong bawang, di mana jiran sebelah rumah rancak pasang khemah siap berdentum pasang lagu raya...1 day ago
-
Kenangan Masih Basah: Desaku Yang Dulu - Masih jelas di mata hatiku, desaku yang dahulu. Tempat aku mula mengenal dunia tanpa keliru, tempat aku mula belajar erti bahagia yang paling tulus. Di...2 days ago
-
PEKAKKAN TELINGA KERINGKAN HATI BUAT-BUAT TIDAK NAMPAK - * PEKAKKAN TELINGA KERINGKAN HATI BUAT-BUAT TIDAK NAMPAK | *Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HUJUNG-HUJUNG SY...5 days ago
-
OTAK OTAK PERANAKAN NYONYA PULAU PINANG - Tadi masa Kjee surf internet cari resipi Otak-Otak Nyonya yang original, Kjee tersengih apabila dalam satu blog tu, pemiliknya kata kenapa beri...5 days ago
-
Biskut raya tradisional kian terpinggir ... - Menghampiri penghujung Syawal 2026 ketika entri ini kak ana terbitkan. Baru nak mengasah kembali penulisan dan perkongsian nampaknya. Dah hujung-hujung ray...5 days ago
-
Warong Che Limah - Assalamualaikum semua...salam Jumaatmuncul kembali di 28 Syawal.. Hari Isnin baru ni, ada kerja di Kapar, awal pagi bertolak dari rumah sebab nak sarapan d...6 days ago
-
Salah ke kalau memilih seseorang kerana kewangan dia? - *Acik dihujani dengan pelbagai persoalan oleh generasi Z tentang pemilihan pendamping hidup, salah ke kalau memilih kerana kewangan? * Soalan ini sel...1 week ago
-
Harumanis itu Mahal Tetapi Bukanlah Mangga yang Termahal - Salam Musim Harumanis semua 🙋✨ Tudiaa*... know-know* aja dah masuk pertengahan bulan April noh kita, cepat betoi masa terbang, lagi-lagi bila kita pakat...1 week ago
-
Baraan Raya - Salam bertani Wak nak tunjuk program baraan raya sekampung yang berkunjung ke rumah wak baru-baru ini. Setiap malam kami bermarhaban ke sepuluh buah rum...1 week ago
-
Testimoni Collagen Shaklee: Kulit Lebih Cerah & Anjal Dalam 15 Hari (Before After Real) - Testimoni Collagen Shaklee: Perubahan Kulit Dalam Masa Singkat Ramai wanita sekarang mula sedar pentingnya menjaga kulit dari dalam, bukan sekadar ber...2 weeks ago
-
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H*. Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 4 Sya...4 weeks ago
-
Salam Ramadhan - Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua... Masih Sempat Lagi Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan5 weeks ago
-
Lapar... - Sungai Kodara... Ketenangan di Gujo yang mendamaikan. Keindahan perkampungan Ogimachi di Shirakawa-go benar-benar memukau. Rasa enggan melangkah pergi. Ti...1 month ago
-
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2026 TERUS MENGORAK LANGKAH UNTUK TAHUN KE-5 - Festival Raya ikonik, *Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR)*, kembali pada tahun 2026 dengan membawa kemeriahan yang lebih besar bersempena penganj...2 months ago
-
Mencari Gembira Dalam Kerjaya. - Mencari kegembiraan dalam pekerjaan adalah keperluan. Mendapat kegembiraan adalah salah satu terapi kehidupan. Sahabat pula mewarnai perjalanan. 🌹🐜 ...3 months ago
-
Nota Kaya Halal: Tuhan, Aku Ingin Kaya - Disebalik kesibukan saya bermain dan leka dengan imej dan video AI, saya tetap meneruskan hobi 'old school' ini iaitu membaca buku. Buku Nota Kaya Halal:...6 months ago
-
SWIPEL AFY HANIFF | BAGAIMANA SWIPEL DIHASILKAN – KUALITI BERTARAF DUNIA DARI MELAKA - *SWIPEL AFY HANIFF | BAGAIMANA SWIPEL DIHASILKAN* Assalamualaikum guys. Nak tanya ni…. Rumah korang ada lipas tak? Ada semut tak? Kadang-kadang ada l...8 months ago
-
Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya - Kali ni saja aku nak try buat satu segmen blogger. Tapi nak bagitau siap-siap, segmen ni tak ada hadiah. Sekadar suka-suka je. Bonus point bagi blogger y...10 months ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...10 months ago
-
APLIKASI INFO GEMPA BUMI DUNIA - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Zumal muncul lagi untuk nukilan seterusnya. Dalam tulisan ini Zumal ingin menyatakan kebimbangan tentang gemp...11 months ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...1 year ago
-
Giveaway Kerajaan Kelapa - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua.. Jom kita sama2 memeriahkan GA Cuya.. Klik banner kat atas untuk join.. Cepat2!!! Dah na...1 year ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...2 years ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...2 years ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 years ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...2 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...2 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...2 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...3 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...4 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...4 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...4 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...5 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...5 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...5 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...5 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...5 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...5 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...6 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...6 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...6 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...6 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...6 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...6 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...6 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...6 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...7 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...7 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...7 years ago
-
WW#29 Doa Pergi Bekerja - Assalamualaikum Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita....aamiin.7 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...7 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...8 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...8 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...8 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...8 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...9 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...9 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...9 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...9 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA9 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...10 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...10 years ago

Salam hujung minggu...BW kesini...diluar hujan lebat...
ReplyDeletesalam hujung minggu bunda..tq bw sini..hujan juga sdg renyai diluar...
ReplyDeleteSudah lame pula tak singgah sini, pa kabar kak paridah :)
ReplyDeletekak ok saja..moga mbak susi khabar baik juga...tq sudi singgah...
ReplyDeletesyok-syok membaca bersambung la pulak..
ReplyDeleteyeke....xlama lagi sambungna tu tq Hana Syed.
ReplyDeleteOk... ada lagi cerita yg akan kakak ikuti selepas Aisyah dan Faizal.
ReplyDeleteDatin-datin terasalah bila artis pulak tu yg menuturkan kata itu.. siapa tak bimbang kan..
heh...heh..kak autopublish jer ni...rasanya ramai yg ketinggalan mengkutinya...ceritany menarik n menyentuh hati...kisah yg urban pula...tq kakzakie sudi ikutinya.
DeleteKena baca dari awal cerita ni, kalau baca dipertengahan jalan.....hilang kicknya.
ReplyDeletebetul tu lynn ni baru bab pertama n jgn lupa ikuti sambungnnya....tq lynn munir.
ReplyDeletemaaf ya mau tanya mba paridah ini orang malaysia yah ?
ReplyDeletesalam kenal
salam kenl nabil fayadh...ya kak ni Mlaysian heh..heh...tq.
Deletedah dibuat drama TV ke kak?..
ReplyDeletesudah...kat RTM beberpa tahun lalu....tq nohas.
DeleteTak sabar zumal untuk membaca perkembangan plot cerita nie. Hehe ^-^
ReplyDeletegerenti menarik ni heh..heh...gaya novel remaja gitu...tq zumal.
DeleteAssalamualaikum kak...
ReplyDeletesinggah kembali ke sini..banyak 'tertingggal keretapi' cerita yang lepas-lepas. Yg ni kena nampaknya kena ikuti baru boleh faham jalannya..InsyaAllah..
wsalam dik...wah berminat juga yer...terima ksih sudi ikutinya...
Deletedemi anak, sanggup dikorbankan apa yg dimilikinya...
ReplyDeletehmm kasih ibu kn...tidak ada tandingannya....tq anies.
Deletedtg lagi ingatkan ada dah sambungan hihi
ReplyDeleteyeke xsabr ye hana..laptop kak problem sari dua ni...tq hna.
ReplyDelete