Monday, 17 November 2014

TIDAK SERIK DIMAKAN TAJAK, ESOK LUSA KE BENDANG JUGA...

ASSALAMUALAIKUM....

CORAT-CORET PAK ENGKU....
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU
DI POHON JELATANG SI BURUNG BUTBUT,
BUTBUT BERHIMPUN DI TEPI BELUKAR,
BELUKAR TERJARAK DARINYA LEMBAH;
KOK SALAH SEBATANG HENDAKLAH DICABUT,
KOK SALAH SERUMPUN ELOKLAH DIBONGKAR,
KOK SALAH SEPARAK BAIKLAH DIRAMBAH.
Perbidalan: Jika salah sebatang dicabut, jika salah serumpun dibongkar,
jika salah separak dirambah.
Maksudnya: Hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dengan kesalahan.
Erti perkataan: 1) Parak adalah kebun atau ladang.
2) Rambah bererti tebang atau tebas (pokok, tumbuh-tumbuhan).
DARI LANGKAN NAMPAK SEAKAN,
AYAM KURIK MENCARI MAKAN,
DI TANAH BERBINGKAH DI TEPI KALI;
SALAH MAKAN KITA MUNTAHKAN,
SALAH TARIK KITA KEMBALIKAN,
SALAH LANGKAH SURUT KEMBALI.
Perbidalan: Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan,
salah langkah surut kembali.
Maksudnya: Kesilapan dalam sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki.
Erti perkataan: Ayam kurik ialah ayam yang bulunya berbintik-bintik.
KAIN DIPINJAM KAIN BERLERANG,
KAIN BATIK KOYAK BERTAMPAL;
ADAT MEMINJAM HARTA ORANG,
SUMBING MENITIK PATAH MENGIMPAL.
Perbidalan: Sumbing menitik patah mengimpal.
Maksudnya: Barang yang dipinjam kalau rosak hendaklah diperbaiki.
HANYUT TERAPUNG SI BATANG KASAP,
DAHAN YANG MATI MENIMPA PERAHU;
TERBAKAR KAMPUNG KELIHATAN ASAP
TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU.
Perbidalan: Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.
Maksudnya: Kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain kerana,
tiada kelihatan olehnya.
DIWAKTU SUBUH PERGI KE TEBAT,
KAIN YANG JARANG DIBUAT CUKIN;
MULUT TABUH DAPAT DI SUMBAT,
MULUTNYA ORANG MANAKAN MUNGKIN.
Perbidalan: Mulut tabuh dapat disumbat, mulut manusia bagaimana
menyumbatnya.
Maksudnya: Jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersebarlah
khabarnya.
Erti perkataan: Cukin ialah kain basahan yang pendek (biasanya
dipakai ketika mandi.
ANAK ARNAB DI TEPI REBA,
LARI KE DAIK TERLANGGAR BAJI;;
BUNGKAL GENAP MENAHAN CUBA,
EMAS BAIK MENAHAN UJI.
Perbidalan: Bungkal genap menahan cuba, emas baik menahan uji.
Maksudnya: Keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji.
Erti perkataan: Padi kernap ialah padi semaian untuk menggantikan
pokok yang mati.
LETAK DI BIRAI KAIN YANG REJA,,
DISIMPAN APALAH AKAN GUNANYA;
IBARAT KELARAI SALAH TAJA,
BERMULA SALAH SUKAR AKHIRNYA.
Perbidalan: Kelarai salah taja.
Maksudnya: Pekerjaan dari mulanya sudah salah..
GULAI SEMANGKUK SUDAH DIKENYAM,
TAK SEDAP LAGI DIBUBUH SERAI;
SUDAH BONGKOK DEK MENGANYAM,
MASIH LAGI SESAT KELARAI.
Perbidalan: Bongkok dek menganyam, sesat (salah) kelarai.
Maksudnya: Sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan
masih juga membuar kesilapan.
PANAS TERIK SAWAH DIBAJAK,
TERNAMPAK RUSA TEPI TELAGA;
TIDAK SERIK DIMAKAN TAJAK,
ESOK LUSA KE BENDANG JUGA.
Perbidalan: Tidak serik dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga.
Maksudnya: Kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat
atau kesusahan.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

14 comments:

  1. Pantun bersama bidalan... Sungguh indah dan punya maksud2 yg tersirat. Orang2 sekarang mau tak faham kalau xdiberi penerangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ni sentiasa teruja dgn karya2 pantun perbidalan pak engku pada kak sgt indah unik n perlu dikongsi bersama...tq BM.

      Delete
  2. Gubahan kata indah membawa maksud tersirat tetap memberi kefahaman buat kita tanpa mengguris hati...

    ReplyDelete
  3. indahnya pantun... tapi saya rasa saya takleh nak berpantun yg enam kerat lah... kalau dapat yg 4 kerat tu pun orang dah kagum kemain hahaha

    ReplyDelete
  4. Pantun biasalah kalau nk tekankan maksudnya elok enam kerat...dpt susun 4 kerat pun ok tq najib...

    ReplyDelete
  5. indahnya bahasa.. pantun lama memang berbekas dihati..

    ReplyDelete
  6. kena baca, tuntut ilmu, memahami isu, baru tahu hehe :)

    ReplyDelete
  7. keren menyimpan banyak makna ini :)

    ReplyDelete
  8. makna nya sangat dalam sekali

    ReplyDelete
  9. baru tahu perkataan cukin itu nama lain bagi kain basahan.. dapat tambah perkataan baru lagi hari ini.. ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist