بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

PI SUKA SANGAT MAKAN ASAM PEDAS. ASAM PEDAS KESUKAAN PI ADALAH IKUT CARA MASAKAN PAHANG. RAMAI YANG MENGGEMARI ASAM PEDAS MELAKA YANG SANGAT TERKENAL ATAU ASAM PEDAS CARA KEDAH, CARA JOHOR DAN LAIN-LAIN NEGERI...
ASAM PEDAS ALA PAHANG SEMUA BAHANNYA DIREBUS SAJA.

DEMIKIAN JUGA ASAM PEDAS ALA KEDAH TAPI RASANYA LEBIH KEPADA KARI TANPA SANTAN NAMUN TETAP ENAK DENGAN KEHARUMAN DAUN KESUM.

ASAM PEDAS ALA MELAKA ATAU JOHOR LEBIH LIKAT KUAHNYA DAN DITUMIS DENGAN TAMBAHAN ASAM JAWA TAPI BAHAN UTAMA ASAM PEDAS IAITU DAUN KESUM TETAP ADA.

JADI SEBAB MINAT PI KEPADA ASAM PEDAS PAHANG, PI NAK KONGSIKAN RESEPINYA DI SINI. RESEPI MASAKAN TRADISI YANG ENAK TAPI KALAU DIJADIKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI MEMANG BERTAMBAH-TAMBAH NASI TANPA SEDAR..


ASAM PEDAS IKAN PATIN.

Bahan-bahan :

1 ekor ikan patin
20 ulas cili api hijau dan merah
1 sb cili kering kisar
1 cam kunyit hidup
4 ulas bawang merah
6 keping asam gelugur
3 cam lengkuas
1 batang serai.
6 batang bendir
1 camt garam kasar


Langkah-langkah membuat:

1. Cuci patin dengan merendamnya sekejap di dalam air asam jawa atau limau nipis.
2. Cili api, kunyit hidup dan bawang merah dikisar hancur.
3. Titik serai dan lengkuas.
4. Masukkan ikan, bahan -bahan kisar, serai, lengkuas dan asam keping ke dalam periuk.
5. Masukkan air menutupi permukaan ikan.
6. Masakkan di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.
7. Masukkan garam dan renihkan di atas api yang perlahan.
8. Masukkan bendir dan angkat setelah bendir lembut.
9. Hidang bersama nasi putih .


sumber norkhamsiah.blogspot.

12 ulasan - "ASAM PEDAS PAHANG IKAN PATIN..."

nohas delete icon 27 Januari 2014 12:49 PG

asam pedas rebus..sedap dan menu sihat..makan dgn nasi, buat style banjir..memang bertambah-tambah nasi..

paridah delete icon 27 Januari 2014 8:11 PG

asam pedas rebus gini kuahnya mesti berladung dgn nasi baru sedap makan....tq nohas.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 27 Januari 2014 9:37 PG

mesti sedap tu kak.. aiza pernah cuba makan ikan patin masak tempoyak ketika berkunjung di rumah rakan di pekan pahang.. mungkin aiza memang tak makan tempoyak, memang aiza tak merasai kesedapannya.. hehe.. kalau ikan patin masak asam pedas ni mesti sedap..

paridah delete icon 27 Januari 2014 10:53 PG

aiza xmakan tempoyak ya rugi juga tu tp banyak lg pilihan makanan yg lain...kak pernah merasa asam pedas ikan baung drpd sungai pahang kat rumah sorang sedara angkat di pekan juga, rumahnya berdekatan dgn tebing sg.pahang...tersangatlah enaknya....tq Mizz Aiza.

BM delete icon 27 Januari 2014 12:14 PTG

Saya tak makan ikan patin dan tak makan tempoyak...huhu
Tapi elok juga...mahal tu ikan patin!

paridah delete icon 27 Januari 2014 1:31 PTG

xmakan ikan patin boleh ganti dgn ikan lain...ikan apa saja yg disukai...ikan kecil selar kuning pun sedap juga....tq BM.

notie delete icon 27 Januari 2014 4:21 PTG

Alahaiiii asam pedas ikan patin.... sedapnya kecur je tenguk.

paridah delete icon 27 Januari 2014 5:08 PTG

yelah notie msk simple gini pun terliur nengoknya....tq notie.

Khai♥Rin : anies delete icon 27 Januari 2014 5:32 PTG

kecuqqqq ayaq liuqqqq sy kak oiiiiii

paridah delete icon 27 Januari 2014 6:59 PTG

annies cubalah ya garenti sedap menjilat jari.....tq Khairin annies.

reen delete icon 6 Julai 2014 11:55 PG

Mesti sedapkan..ada ikan patin dlm fridge tu..bole la cuba utk menu berbuka hari ni..tq tuan punya resepi

paridah delete icon 6 Julai 2014 12:25 PTG

YA REEN..sedap masak ikan patin cara gini selain masak tempoyak....tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”