Friday, 11 August 2017

TEPUNG BUNGKUS....

ASSALAMUALAIKUM....

Tepung bungkus ni kuih tradisi. Orang lama macam PI sangatlah sukakannya. Resepi ni PI kongsi dari Like Page kuih muih tradisi FB. Nampak sukatannya begitu besar macam nak berniaga pula. Kalau setakat untuk hidangan keluarga bolehlah kurangkan sukatannya hingga 1/3

Tepung bungkus
RESEPI.
2 bungkus tepung beras ( siam )
10 cawan air
24 sudu gula
2sudu garam
1kg santan
Mskn 5cawan air,gula,garam & santan ke dlm kuali kacau sampai mendidih
Bancuh 5cawan air bersama tepung n kacau bg sebati,
Mskn adunan tadi ke dalam kuali n kacau hingga tepung btl2 masak & nampak bkilat
Inti
5biji kelapa
1 kg gula melaka
1/2 sudu garam
1/2kg gula
2sudu debu pulut
Daun pandan
Masak kelapa dgn air sehingga masak
Mskn gula melaka ,gula & daun pandan
Bancuh tepung pulut dgn sedikit air n masukn kedalam adunan kelapa
Masak sehingga kering
Bulat2 kan inti & gaul dgn debu pulut
Cara2 buat Tpg bungkus
Lapis dua daun pisang
Letak 1 sudu tepung kedalam daun pisang
Mskn 2 biji inti,tutup inti td dgn satu sudu lg tepung..balut tepung td n lipat di bahagian hujung kiri kanan
Kukus selama 20-25mnt
Bagi sejuk ckit & baru blh makan...
credit : A


Image may contain: food

Image may contain: food

Thursday, 10 August 2017

PERJALANAN KITA

ASSALAMUALAIKUM...



Jangan cepat bangga jika mendapat pujian
Jangan cepat kecewa
jika kebaikanmu dicela
Sungguh manusia itu akan diuji terhadap harta dan jiwanya
Jika dapat bersabar, maka itulah urusan yang diutamakan



.Sejauh mana pun sebuah perjalanan pada akhirnya akan berhenti di satu titik yg bernama kematian.Terlalu sedikit amal dan ilmuku.

Timbangan amal mungkin sgt berbeza. Namun selagi masih beriman dgn sebenar benar iman, akn terwujudlah niat berkumpul di Syurga

Ustazah Siti Nurbaya Usman

Wednesday, 9 August 2017

MUSIM KERING....

ASSALAMUALAIKUM....


MUSIM KERING

Terik mentari membahang
cerlang cahaya membakar
dan cacing cacing merah hitam kuning kepanasan
kekeringan kegeringan
menjolok mata menggelitik
drastik mengulik tandak
drama di pentas
teater dilayar
sinonim  gerak masa.

Meski menggeruh resah
Mencatur soldadu hasrat
ladeni semi penentu
begini begitu

Menggerutu nanar
cerlang cahaya mendera
menjunjung matlamat selamat
lestari selama.
dingin selesa.

Paridah Ishak
Selayang Utama
04/08/017



Tuesday, 8 August 2017

BAYI KEMBAR ULAR...


ASSALAMUALAIKUM,,,

LEMBING BUGIS :
Warisan Srikandi Tun Teja :

Kejadian aneh di Merlimau
Bayi kembar ular gemparkan negara....
Dikisahkan begini...
Merujuk Mastika keluaran 1999

Kira-kira 34 tahun lalu, negara digemparkan dengan kisah kelahiran seorang bayi kembar ular di Merlimau, Melaka. Ular itu dikatakan tinggal selama setahun lima bulan sebelum menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga sekarang.
Bagaimana pun bayi tersebut, Sabri Mokhtar yang dikaitkan dengan kembar ular semasa dilahirkan kini diserang lumpuh akibat satu kemalangan jalan raya empat tahun lalu.
Kemalangan itu juga memaksanya bersara dari pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ). Wartawan Mastika, Sahidan Jaafar dan jurugambar, Hayat Sueet menyingkap kisah benar disebalik peristiwa tersebut yang tinggal misteri sehingga sekarang.
KIRA-KIRA jam 12.00 malam, Mokhtar Haji Baba, dikejutkan dengan tangisan bayinya, Sabri yang baru dilahirkan. Isterinya, Mom Umar, terjerit-jerit memberitahu; " Abang ! Ular...! Ular...! "
Mokhtar bergegas menjengah ke dalam kelambu apabila melihat isterinya lari ketakutan. Dia mendapati seekor ular sebesar ibu jari orang dewasa berwarna hitam dan panjang sejengkal berlingkar di atas perut bayinya. Walaupun berhadapan dengan bahaya ketika itu. Mokhtar tidak tergamak untuk mengapa-apakan ular tersebut apatah lagi membunuhnya.
" Biarkan.... Itu kembar sabri. Kita pelihara ...! " kata Mokhtar sambil mengambil ular dan memasukkan ke dalam pundi kain gandum. Pundi berisi ular itu diletakkan di sisi bayinya.
Selepas subuh, Mokhtar bersiap-siap turun ke laut menangkap ikan. Sebelum keluar dia sempat berpesan; " Jangan apa-apakan ular ini, sehingga saya pulang ! " katanya.
Sepeninggalan Mokhtar, bayinya menangis tidak berhenti-henti. Puas di hibur dan di dodoi namun bayi berkenaan enggan berhenti menangis. Apabila pulang Mokhtar mengeluarkan ular dan meletakkannya bersama-sama bayinya dalam buaian. Anehnya serta merta bayinya yang berkulit hitam sama seperti kulit ular tersebut, berhenti menangis.
Petang itu seorang jiran perempuan berbangsa Cina datang meminta telur ayam kampung. Sambil itu perempuan Cina tersebut teringin melihat orang baru dalam keluarga Mokhtar. Sebaik melihat bayi berkenaan dia terkejut besar lalu jatuh pengsan.
Selepas direnjis dengan air, perempuan Cina itu tersedar semula,
" Apa fasal pengsan ? " tanya Mokhtar.
Saya sangka budak kena patuk ular, ' jawab perempuan Cina tersebut.
Perempuan Cina itu tidak menyangka dalam buaian bayi itu terdapat seekor ular. Selepas masuk hari kesepuluh ular membesar sepanjang 30 sentimeter.
Pada suatu pagi, selepas habis pantang 44 hari, isterinya Mom terkejut melihat anaknya yang berkulit hitam berubah putih.
Suaminya membelek-belek seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ular disisi bayinya juga bersalin kulit dan terdapat corak batik. Ketika itu ular tersebut telah membesar seperti lengan budak.
Sejak itu rumah Mokhtar menjadi tumpuan ribuan orang yang datang entah dari pelosok mana. Dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang rumahnya penuh sesak dengan tetamu untuk melihat keajaiban bayinya.
Ketika itu ada yang membawa botol berisi air kononnya untuk meminta dijadikan penawar .
" Jangan minta sesuatu dengan budak, salah .Mintalah pada Tuhan, " kata Mokhtar.
Bagaimanapun, kata-kata Mokhtar tidak di endahkan sebaliknya semakin ramai yang memohon hajat dari anaknya.
Ular tersebut kemudiannya pergi mendapatkan botol-botol minuman yang diletakkan lalu memasukkan kepalanya ke dalam mulut botol. Ia menyedut air dan menyemburkannya semula. Gelagat ular itu disaksikan dengan penuh minat oleh ribuan pengunjung bagaikan pesta dan pertunjukkan silap mata.
Pengunjung semakin ramai yang bertali arus masih membanjiri rumah Mokhtar selepas berita anaknya itu tersiar di akhbar Utusan Melayu. Adakalanya sehingga dinihari.
Selepas tiga bulan ular itu membesar sehingga dua meter panjang. Sesiapa yang melihatnya pasti seram.
Disebabkan tumpuan ribuan manusia, Mokhtar mengambil keputusan berpindah ke rumah bapanya. Dia khuatir rumahnya runtuh diasak orang ramai.
Biarpun telah berpindah kira-kira 500 meter dari rumahnya , tapi kegilaan orang ramai yang ingin menyaksikan bayinya dan ular gagal disekat. Orang ramai tidak memperdulikan nasihatnya sehingga beranda rumah bapanya runtuh pada suatu petang. Ramai tetamu yang jatuh ke tanah, tetapi tiada perkara buruk berlaku.
Dalam keghairahan orang ramai tiba-tiba keluarga Mokhtar dikejutkan dengan kehilangan ular berkenaan. Selama tiga hari ular itu menghilangkan diri entah ke mana. Semuanya panik. Sabri menangis tidak berhenti -henti hampir 24 jam.
" Dimana nak cari, entah masuk dalam semak mana, " Mokhtar memberitahu keluarganya apabila ada yang mendesak supaya dia mencari kembar Sabri itu.
Sabri dibawa ke hospital. Doktor mengesahkan dia sihat. Bagaimanapun tangisannya tidak berhenti siang dan malam. Akhirnya Mokhtar membawa anaknya balik semula ke rumahnya. Petang itu, sekembalinya dari sembahyang jumaat, sebaik memijak anak tangga dia hairan kerana tidak mendengar suara tangisan Sabri. Ular misteri muncul semula di sisi anaknya itu. Sejak itu, Sabri tidak lagi berenggang dengan ular berkenaan. Ketika Sabri dimandikan ibunya, ular akan merayap dan bergolek sama didalam besen mandian. Apabila Sabri minum susu, ular tersebut turut minum sama, tetapi mengunakan piring.
Pada masa yang sama ribuan manusia terus membanjiri rumah Mokhtar melihat aksi anaknya. Ketka itulah Mokhtar mengambil kesempatan merakamkan aksi anaknya dengan ular tersebut.
Ketka bayinya berusia setahun lima bulan, ular yang menjadi teman anaknya menghilangkan diri. Sejak itu Mokhtar tidak bertemu lagi ular yang menjadi " Sahabat " anaknya.
Selepas kehilangan ular itu, Mokhtar menjadi tidak siuman dan merayau ke sana ke mari tiada haluan seperti hilang pertimbangan.
Mokhtar mengamuk tidak tentu arah dan pergi ke sawah keseorangan tak tentu punca. Selama tiga bulan dia mereng dan gila akibat kehilangan ular berkenaan yang dianggap seperti anaknya sendiri.
Puas Mokhtar berubat dan akhirnya dia sembuh dan dapat menerima ketentuan takdir. Sehingga sekarang ular itu tidak pernah muncul-muncul lagi.
Nota :
Setiausaha Persatuan Sejarah Negeri Melaka. Haji Baharam Azit 56 tahun, mengesakan kejadian ini benar-benar berlaku. Menurut beliau persatuannya telah menjalankan kajian dan mendapati bayi berkenaan mempunyai saudara " kembar "......seekor ular.
" Cerita bayi kembar ular ini bukan dongeng. Selepas bayi ( Sabri ) itu dilahirkan, saya datang menyiasat dan melihat sendiri, ular itu memang wujud dan berlingkar berhampiran bayi, " katanya.
Wallahualam..........
Merlimau ( Seri Teja )
Ahad 06/08/2017
20.48 mlm.
Image may contain: 1 person, text

Monday, 7 August 2017

BICARA ALAM...

ASSALAMUALAIKUM....










BICARA BERSAMA ALAM


Bilang-bilang silang menyilang,
     leka berjalan kala petang;
Siang hilang malam menjelang,
     di mana bulan di mana bintang.



Gemilang silau sinar mentari,
     jalan  Setulang dibalan  anjar;
bintang berkilau dinihari,
     rembulan hilang ditelan fajar.




Gelam bernyanyi sena tersedu,
     di lata kelam landai bertepi;
malam sunyi lena beradu,
     mata terpejam dibuai mimpi.




Gentar  menjaja kelam gelita,
     gaya melayang berlama mala;
sebentar saja malam gelita,
    cahaya siang menjelma pula.


Gelinya merak merona biru,
kepaya lindung rambah separa;
hanya tercorak warna keliru,
suramnya mendung menambah lara.

Lala gelama ladu diedan,
siantan layu anggerik lesa;
kala bersama tersedu sedan,
ingatan lalu mengusik rasa.

Guna mengkudu ganti gaharu,
tergugur cempa se takar rata;
kerana rindu hati terharu,
bertegur sapa bertukar kata.


Satukan merah warnakan silang,
berganti tamu kerana rimpi;
tentukan arah tidakkan hilang
pasti bertemu laksana impi.

setiap langkah jejaknya hilang,
walau dicari ke mana-mana,
moga arah tidak terhalag;
kemahuan pasti terlaksana.

Mentari senja lewah tenggelam,
kaki dianda lasa merengit;
hati mendurja di bawah malam,

janji tertunda rasa tersinggit.

Sunday, 6 August 2017

MENGURAI KEBENARAN 6 OGOS 017

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...MOGA CERIA BAHAGIA MENITI HARINYA.

PI JUGA SANGAT BERBAHAGIA SYUKUR ALHAMDULILLAH DIKURNIAI REZEKI-NYA YANG TIDAK TERKIRA.

PAGI INI TAMBAH BERSERI DENGAN BERITA YANG DISAMPAIKAN SAHABAT PENULIS IAITU CIKGU PAUZI MOHD ISA DALAM INBOX FB BAHAWA SAJAK KECIL PI DISIAR HALAMAN SAJAK AKHBAR SINAR HARIAN.

TERIMAKASIH SAHABAT PENULIS PI CIKGU AHMAD PAUZI YANG SENTIASA PRIHATIN DGN SITUASI PI DAN SERING MEMBERI GALAKAN, MENDORONG PI UNTUK RAJIN BERKARYA MENJENAMAKAN DIRI DALAM ARENA PENULISAN KREATIF DEGAN PENUH KESABARAN.

PENULIS CIKGU AHMAD PAUZI SEORANG PENULIS MAPAN YANG DIKENALI JUSTERU KARYANYA BERSEBARAN SENTIASA DI MEDIA MASSA DAN MEDIA MAYA.

TERIMA KASIH EDITOR SINAR HARIAN KARANGKRAF  YANG SUDI MEMILIH SAJAK KECIL PI UNTUK DISIAR DI LEMBAR AKHBAR ARUS PERDANA ITU.



Friday, 4 August 2017

SAHAM AKHIRAT...

SALAM JUMAAT MULIA...


Sahabat PI Kursiah Hanum seorang pesara guru juga seorang penulis yang sering menerbitkan karyanya di media siaraya. Antaranya novel GAPURA IMAN bersama DBP dll antologi cerpen dan puisi. Seorang penulis mapan yang prolific.

Kini bersama keluarganya sedang berusaha pula mendirikan sebuah sekolah tahfiz untuk membimbing anak-anak ke jalan yang diredai-Nya. Terpegun sungguh PI dengan usaha murni sahabat ini. Sebuah usaha yang tidak mudah namun tetap ingin dijadikannya reality. Beliau mewakafkan tanah pusaka miliknya untuk tujuan syumul lagi murni itu..

Sekiranya kita ingin turut menambah saham kita ke akhirat sana Puan Kursiah Hanum juga membuka peluangnya in syaa-Allah untuk kita turut sama menyumbang dana buat menambah kekurangannya.

Harta kita yang sebenar adalah amal jariah kita yang kekal bersama kita ke a lam baqa. Bukan harta kita yang membanggakan kita di dunia fana yang bakal ditinggalkan.

Jom kita berlumba menambah saham akhirat kita sebelum kita berangkat ke sana menemui-Nya.

Selalunya kita merasa curiga juga hendak menyumbang kepada banyak sekolah tahfiz yang perlukan bantuan dan ceritanya bersebaran di media maya kerana tidak yakin dengan kesasihan ceritanya.

Tapi apa yang PI jadikan entry ini adalah benar. Semata-mata benar heh..heh..
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat & rahmat yang diberikan kepada kita semua.


CNP FB PUAN KURSIAH HANUM



Alhamdulillah, minggu lepas kita selesai kerja-kerja konkrit tiang bangunan Tahfiz Darul Rahman (TDR). Alhamdulillah awal minggu ini bermula Ahad lepas telah berjalan kerja-kerja membuka kotak tiang dan kerja-kerja persiapan bagi pembinaan di tingkat atas bangunan TDR.

Alhamdulillah, untuk kos tingkat atas Tahfiz Darul Rahman (TDR) memerlukan belanja lebih kurang RM100k bagi menyiapkan beam dan lantai tingkat atas. Bagi kerja awal ini kami memerlukan kayu saiz 3x2 yang menelan kos lebih kurang RM3000. Bagi yang berhajat dan budiman yang sudi membantu infakkan kayu untuk kerja awal ini mohon hubungi saya 019-9042888.



.
1303 0000587 718 (Bank Muamalat)
TAHFIZ DARUL RAHMAN

Sahabat-sahabat yang ingin hulurkan sumbangan, sedekah, infak atau wakaf mohon hubungi Ust. Kasyidi melalui call atau Whatsapp terus---> www.wasap.my/60199042888

Al-Fakir Kasyidi Al-Baghdadi
Timbalan Pengerusi / Mudir TDR

*UPDATE Infak Kayu RM100 seorang*

Target ~*RM3000*~
Baki *RM2700* lagi

Memerlukan ~*30*~ *27 Orang* lagi Penginfak

Terima kasih atas kesudian menginfak kayu untuk pembinaan Tahfiz Darul Rahman (TDR).

Kami perlukan 30 orang yang ingin infakkan RM100 seorang pada hari ini. Infak kayu ini boleh dimasukkan melalui akaun bank Tahfiz Darul Rahman :-
.
5630 4631 8953 (Maybank Islamic)
TAHFIZ DARUL RAHMAN
.
Atau
.
1303 0000587 718 (Bank Muamalat)
TAHFIZ DARUL RAHMAN

Sahabat-sahabat yang ingin hulurkan sumbangan, sedekah, infak atau wakaf mohon hubungi Ust. Kasyidi melalui call atau Whatsapp terus---> www.wasap.my/60199042888





.
Atau






.
1303 0000587 718 (Bank Muamalat)
TAHFIZ DARUL RAHMAN

Sahabat-sahabat yang ingin hulurkan sumbangan, sedekah, infak atau wakaf mohon hubungi Ust. Kasyidi melalui call atau Whatsapp terus--->
www.wasap.my/60199042888

Al-Fakir Kasyidi Al-Baghdadi
Timbalan Pengerusi / Mudir TDR

www.wasap.my

catatan Puan Kursiah Hanum
Kursiah Hanum
*UPDATE Infak Kayu RM100 seorang*

Target ~*RM3000*~
Baki *RM2700* lagi

Memerlukan ~*30*~ *27 Orang* lagi Penginfak

Terima kasih atas kesudian menginfak kayu untuk pembinaan Tahfiz Darul Rahman (TDR).

Kami perlukan 30 orang yang ingin infakkan RM100 seorang pada hari ini. Infak kayu ini boleh dimasukkan melalui akaun bank Tahfiz Darul Rahman :-
.
5630 4631 8953 (Maybank Islamic)
TAHFIZ DARUL RAHMAN
.
Atau
.
1303 0000587 718 (Bank Muamalat)
TAHFIZ DARUL RAHMAN

Sahabat-sahabat yang ingin hulurkan sumbangan, sedekah, infak atau wakaf mohon hubungi Ust. Kasyidi melalui call atau Whatsapp terus---> www.wasap.my/60199042888
Paridah

Thursday, 3 August 2017

TIP MENJADI PENULIS BEST SELLER....

ASSALAMUALAIKUM,,,

Alhamdulillah 
Minggu ini saya akan lakukan hantaran pertama buku manual Tip Menjadi Penulis Best-seller dan akses video Kawakita Jiro Method
Tidak pernah lihat dan bau buku ini?
Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah kitab manual menulis setebal 700 halaman untuk lebih 3,000 orang penulis buku bukan fiksyen sebelum ini.
Teknik merancang dua sehingga lima buku serentak menggunakan teknik Kawakita Jiro merupakan silibus awal sebuah rumah penerbit yang menghasilkan 400 orang penulis dan lebih 1000 judul buku.
Sekarang kedua-duanya boleh menjadi milik Tuan dan Cik Puan. Tetapi sekarang hanya untuk 98 70 orang sahaja.
Penghantaran kumpulan penerima pertama pada minggu ini sudah ditutup.
Penghantaran kedua pada minggu depan.

Jika mahu, klik dan sahkan pesanan di web ini subscribepage.com/tulisdarirumah hari ini. Hanya tinggal 70 sahaja.

EMEL SDR ZAMRI MOHAMAD

MyBloglist