ASSALAMUALAIKUM,,,
LEMBING BUGIS :
Warisan Srikandi Tun Teja :
Warisan Srikandi Tun Teja :
Kejadian aneh di Merlimau
Bayi kembar ular gemparkan negara....
Bayi kembar ular gemparkan negara....
Dikisahkan begini...
Merujuk Mastika keluaran 1999
Merujuk Mastika keluaran 1999
Kira-kira 34 tahun lalu, negara digemparkan dengan kisah kelahiran seorang bayi kembar ular di Merlimau, Melaka. Ular itu dikatakan tinggal selama setahun lima bulan sebelum menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga sekarang.
Bagaimana pun bayi tersebut, Sabri Mokhtar yang dikaitkan dengan kembar ular semasa dilahirkan kini diserang lumpuh akibat satu kemalangan jalan raya empat tahun lalu.
Kemalangan itu juga memaksanya bersara dari pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ). Wartawan Mastika, Sahidan Jaafar dan jurugambar, Hayat Sueet menyingkap kisah benar disebalik peristiwa tersebut yang tinggal misteri sehingga sekarang.

KIRA-KIRA jam 12.00 malam, Mokhtar Haji Baba, dikejutkan dengan tangisan bayinya, Sabri yang baru dilahirkan. Isterinya, Mom Umar, terjerit-jerit memberitahu; " Abang ! Ular...! Ular...! "
Mokhtar bergegas menjengah ke dalam kelambu apabila melihat isterinya lari ketakutan. Dia mendapati seekor ular sebesar ibu jari orang dewasa berwarna hitam dan panjang sejengkal berlingkar di atas perut bayinya. Walaupun berhadapan dengan bahaya ketika itu. Mokhtar tidak tergamak untuk mengapa-apakan ular tersebut apatah lagi membunuhnya.

" Biarkan.... Itu kembar sabri. Kita pelihara ...! " kata Mokhtar sambil mengambil ular dan memasukkan ke dalam pundi kain gandum. Pundi berisi ular itu diletakkan di sisi bayinya.
Selepas subuh, Mokhtar bersiap-siap turun ke laut menangkap ikan. Sebelum keluar dia sempat berpesan; " Jangan apa-apakan ular ini, sehingga saya pulang ! " katanya.
Sepeninggalan Mokhtar, bayinya menangis tidak berhenti-henti. Puas di hibur dan di dodoi namun bayi berkenaan enggan berhenti menangis. Apabila pulang Mokhtar mengeluarkan ular dan meletakkannya bersama-sama bayinya dalam buaian. Anehnya serta merta bayinya yang berkulit hitam sama seperti kulit ular tersebut, berhenti menangis.
Petang itu seorang jiran perempuan berbangsa Cina datang meminta telur ayam kampung. Sambil itu perempuan Cina tersebut teringin melihat orang baru dalam keluarga Mokhtar. Sebaik melihat bayi berkenaan dia terkejut besar lalu jatuh pengsan.

Selepas direnjis dengan air, perempuan Cina itu tersedar semula,
" Apa fasal pengsan ? " tanya Mokhtar.
Saya sangka budak kena patuk ular, ' jawab perempuan Cina tersebut.
Perempuan Cina itu tidak menyangka dalam buaian bayi itu terdapat seekor ular. Selepas masuk hari kesepuluh ular membesar sepanjang 30 sentimeter.
Pada suatu pagi, selepas habis pantang 44 hari, isterinya Mom terkejut melihat anaknya yang berkulit hitam berubah putih.
Suaminya membelek-belek seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ular disisi bayinya juga bersalin kulit dan terdapat corak batik. Ketika itu ular tersebut telah membesar seperti lengan budak.

Sejak itu rumah Mokhtar menjadi tumpuan ribuan orang yang datang entah dari pelosok mana. Dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang rumahnya penuh sesak dengan tetamu untuk melihat keajaiban bayinya.
Ketika itu ada yang membawa botol berisi air kononnya untuk meminta dijadikan penawar .
" Jangan minta sesuatu dengan budak, salah .Mintalah pada Tuhan, " kata Mokhtar.
Bagaimanapun, kata-kata Mokhtar tidak di endahkan sebaliknya semakin ramai yang memohon hajat dari anaknya.

Ular tersebut kemudiannya pergi mendapatkan botol-botol minuman yang diletakkan lalu memasukkan kepalanya ke dalam mulut botol. Ia menyedut air dan menyemburkannya semula. Gelagat ular itu disaksikan dengan penuh minat oleh ribuan pengunjung bagaikan pesta dan pertunjukkan silap mata.
Pengunjung semakin ramai yang bertali arus masih membanjiri rumah Mokhtar selepas berita anaknya itu tersiar di akhbar Utusan Melayu. Adakalanya sehingga dinihari.
Selepas tiga bulan ular itu membesar sehingga dua meter panjang. Sesiapa yang melihatnya pasti seram.
Disebabkan tumpuan ribuan manusia, Mokhtar mengambil keputusan berpindah ke rumah bapanya. Dia khuatir rumahnya runtuh diasak orang ramai.

Biarpun telah berpindah kira-kira 500 meter dari rumahnya , tapi kegilaan orang ramai yang ingin menyaksikan bayinya dan ular gagal disekat. Orang ramai tidak memperdulikan nasihatnya sehingga beranda rumah bapanya runtuh pada suatu petang. Ramai tetamu yang jatuh ke tanah, tetapi tiada perkara buruk berlaku.
Dalam keghairahan orang ramai tiba-tiba keluarga Mokhtar dikejutkan dengan kehilangan ular berkenaan. Selama tiga hari ular itu menghilangkan diri entah ke mana. Semuanya panik. Sabri menangis tidak berhenti -henti hampir 24 jam.

" Dimana nak cari, entah masuk dalam semak mana, " Mokhtar memberitahu keluarganya apabila ada yang mendesak supaya dia mencari kembar Sabri itu.
Sabri dibawa ke hospital. Doktor mengesahkan dia sihat. Bagaimanapun tangisannya tidak berhenti siang dan malam. Akhirnya Mokhtar membawa anaknya balik semula ke rumahnya. Petang itu, sekembalinya dari sembahyang jumaat, sebaik memijak anak tangga dia hairan kerana tidak mendengar suara tangisan Sabri. Ular misteri muncul semula di sisi anaknya itu. Sejak itu, Sabri tidak lagi berenggang dengan ular berkenaan. Ketika Sabri dimandikan ibunya, ular akan merayap dan bergolek sama didalam besen mandian. Apabila Sabri minum susu, ular tersebut turut minum sama, tetapi mengunakan piring.

Pada masa yang sama ribuan manusia terus membanjiri rumah Mokhtar melihat aksi anaknya. Ketka itulah Mokhtar mengambil kesempatan merakamkan aksi anaknya dengan ular tersebut.
Ketka bayinya berusia setahun lima bulan, ular yang menjadi teman anaknya menghilangkan diri. Sejak itu Mokhtar tidak bertemu lagi ular yang menjadi " Sahabat " anaknya.
Selepas kehilangan ular itu, Mokhtar menjadi tidak siuman dan merayau ke sana ke mari tiada haluan seperti hilang pertimbangan.
Mokhtar mengamuk tidak tentu arah dan pergi ke sawah keseorangan tak tentu punca. Selama tiga bulan dia mereng dan gila akibat kehilangan ular berkenaan yang dianggap seperti anaknya sendiri.
Puas Mokhtar berubat dan akhirnya dia sembuh dan dapat menerima ketentuan takdir. Sehingga sekarang ular itu tidak pernah muncul-muncul lagi.

Nota :
Setiausaha Persatuan Sejarah Negeri Melaka. Haji Baharam Azit 56 tahun, mengesakan kejadian ini benar-benar berlaku. Menurut beliau persatuannya telah menjalankan kajian dan mendapati bayi berkenaan mempunyai saudara " kembar "......seekor ular.
" Cerita bayi kembar ular ini bukan dongeng. Selepas bayi ( Sabri ) itu dilahirkan, saya datang menyiasat dan melihat sendiri, ular itu memang wujud dan berlingkar berhampiran bayi, " katanya.

Wallahualam..........
Merlimau ( Seri Teja )
Ahad 06/08/2017
20.48 mlm.
Ahad 06/08/2017
20.48 mlm.
Kisah benar yang pelik macam kisah dongeng pun ada.
ReplyDeleteTapi tiada yang mustahil dengan izinNYA.
Wallahualam.
Terima kasih K.PI atas perkongsian yang sangat menarik Mrs. A tak tahu pun sebelum ni
TKSH MRSA KISAH MISTERI GINI MMG BERLAKU TANDA KEKUASAANNYA
DeleteAllauakbar! saya baca dari awal sampai habis. baru tahu pasal kisah ni, selama ni tak pernah dengar. Thans Kak PI sebab share
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteApa khabar dari Maznee & selamat hari khamis puan paridah ishak
Zaman tu baca mastika ada banyak cerita cerita menarik
Sekarang ni dah tak macam dulu
Hilang sengat
rasa macam pernah baca cerita ni suatu ketika dahulu
ReplyDeleteYe pernah terbaca kisah ni dulu.
ReplyDeleteApa-apa pun boleh jadi dengan kuasa-NYA.
ReplyDeleteterimakasih kerana mengimbas kemabli kejadian aneh ni
ReplyDeleteDah terlupa kisah ni...thanks ceritakan kembali.masa remaja saya suka melanggan mastika.
ReplyDeleteTKSH DP KAK PUN KETINGGALAN KISAH NI
ReplyDeleteWSALAM MAZNI KAK KDG2 BACA JUGA
ReplyDeleteTKSH PHAIS..YELAH TU
ReplyDeleteTKSH WP DH BACAMESTILH INGAT
ReplyDeleteTKSH SWEETIE SEGALA YG BERLAKU KEHENDAKNYA JUA
ReplyDeleteTKSH KHAMSIAH TAHU JUGA KISAH NI YA
ReplyDeleteTKSH MALA..MGIMBAU KISAH DULU2..RAMAI YG INGAT
ReplyDeletecerita ni berlaku kt kg sy... org kampung relaks je dgn cerita ni tp org luar...wahhhh... ;-)
ReplyDeleteKuasa Allah...
ReplyDeletedulu2 saya suka juga baca mastika
ReplyDeletemcm mana agaknya kehidupan mereka sekrg yea
Baru tahu tentang ni kak PI.. subhanallah... hanya kpd Allah kita berserah. Hanya Dia yg tahu setiap rahsia kehidupan dan alam ini. Allahuakbar.
ReplyDeleteDah lama ye kak PI..
ReplyDeleteBayi tu pun dah berumur 18 tahun sekarang ni..
Bagaimana dia skrg kan..