Sunday, 1 October 2017

KEUNGGULAN CINTA....

ASSALAMUALAIKUM....




 KEUNGGULAN CINTA


Genta di pintu merah serambi,
balai di Linggi berambu kasa;
cinta itu anugerah Rabbi,
nilai tertinggi kalbu merasa.



Balai di Linggi berambu kasa,
rigai mempelam bias ke titi;
nilai tertinggi kalbu merasa,
bagai pualam menghias hati.



Rigai mempelam bias ke titi,
tunggulnya renta lama di rawa;
bagai pualam menghias hati,
unggulnya cinta atma sejiwa.



Tunggulnya renta lama di rawa,
halus sekoci   pangkal kemudi;
unggulnya cinta atma sejiwa,
tulus dan suci kekal abadi.



Celus sekoci pangkal kemudi,
peria muda tiga tangkainya;
tulus dan suci kekal abadi,

setia reda hingga akhirnya.

Saturday, 30 September 2017

KERABU PEGAGA...

ASSALAMUALAIKUM...

SEDAPNYA KALAU MAKAN NASI BERSAMA KERABU APA SAJA YA....APALAGI KERABU PEGAGA...JOM RAJINKAN DIRI KE DAPUR SEDIAKANNYA...

Resepi bonda
Like This Page · September 23 
 
Kerabu Pegaga

Bahan2:
1 biji bawang merah dihiris
1 biji cili merah dihiris (kalau nak letak cili padi pon boleh)
1 mangkuk daun pegaga (dihiris nipis)
2 sudu besar kerisik
1 sudu lada hitam dikisar
50gm ikan bilis disangai dan ditumbuk
1 biji limau kasturi (diperah, ambil jus)
garam secukup rasa

Cara2
Gaulkan semua sehingga sebati di dalam mangkuk.
Siap dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas.

Antara khasiat pegaga adalah:

menyegarkan badan
merawat pitam
mengurangkan berat badan
awet muda
rawatan lepas bersalin
Image may contain: food

Thursday, 28 September 2017

KEHILANGAN...

ASSALAMUALAIKUM....



KEHILANGAN

Onak tersadung laluan jalan.
kekabu basah putih menyerlah;
anak dikandung sembilan bulan,
ibu meresah letih dan lelah.

Kekabu basah putih menyerlah,
pasir bertanah lorong merawa;
Ibu meresah letih dan lelah.
zahir amanah bertarung nyawa.

Pasir bertanah lorong merawa,
perah digalah laha merendah;
zahir amanah bertarung nyawa,
anugerah Allah maha terindah.

Perah digalah laha merendah,
kulai merata luruh selasih;
anugerah Allah maha terindah,
dibelai cinta sepenuh kasih.

Kulai merata luruh selasih,
cempa diranggu bergilir jatuh;
dibelai cinta sepenuh kasih,
apa mengganggu diusir jauh.

Cempa diranggu bergilir jatuh,
pudak terbelah di anak tangga;
apa mengganggu diusir jauh,
kehendak Allah tidak terduga.

Pudak terbelah di anak tangga,
bawa semuanya ke ruang tamu;
kehendak Allah tidak terduga,
rahsia-Nya tiada yang tahu.

Bawa semuanya ke ruang tamu,
gelegak loyang kuali nyonya;
rahsia-Nya tiada yang tahu,
anak tersayang kembali pada-Nya.

Gelegak loyang kuali nyonya,
wadi di guri keladi basah;
anak tersayang kembali pada-Nya
tragedi ngeri jadi pemisah.

Wadi di guri keladi basah,
belanak sulih jelah pelaga;
tragedi ngeri jadi pemisah,
anak yang soleh telah ke syurga.

Belanak sulih jelah pelaga,
seroja retih subur berkuntum;
anak yang soleh telah ke syurga,
kemboja putih menabur harum.

Seroja retih subur berkuntum,
herba diadu halus kenanga;
kemboja putih menabur harum,
hiba merindu dielus doa.

Paridah Ishak

SELAYANG UTAMA

Wednesday, 27 September 2017

SEBENTAR DI BUKIT FRASER....

ASSALAMUALAIKUM....

SETELAH BAIK SEDIKIT DARPADA SAKIT BAHU YANG TERSELIUH TERASA HENDAK KE RUANGAN YANG LEBIH LUAS DAN TERBUKA....MENIKMATI INDAHNYA ALAM SEMULA JADI CIPTAAN  YANG MAHA ESA...

HAJAT TERTUNAI PABILA ANAK2 MEMBAWA PI KE BUKIT FRASER ...JALAN JALAN SAJA KATANYA...

SAMPAI DI SINI HENDAK BERMALAM PULA...TU YANG BUAT PI TAK BERKENAN SEBAB TEMPAT NI SEJUK SANGAT BAGI PI....GIGIL MENGGELATUK.

TAPI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADINYA SUBHANALLAH....BERBALOI MENDAKI/BERKERETA HINGGA KE PUNCAKNYA WALAU BAGI YANG TAK TAHAN DILAMBUNG RODA DI JALAN BAK ULAR DIPALU MESTI RASA MUAL NAK MUNTAH...







Monday, 25 September 2017

#GW3 Mahu Menjadi Ghostwriter Lima Angka?

ASSALAMUALAIKUM....


Puan Suhana masih bekerja.

Pada masa yang sama dia menjadi penulis upahan atau ghostwriter sambilan.
Dia mengusahakan taska. Sebelum ini pernah bekerja sebagai eksekutif sumber manusia.
Apa itu ghostwriter?
Ghostwriter merupakan individu yang diupah oleh seseorang menulis bagi pihaknya.
Apa ceritanya?
Puan Suhana menulis, "Berita Awal Muharam yang membahagiakan. Semalam dapat kerja menulis lagi. Oh, ya saya baru perasan. Sudah kali kedua mendapat tugasan menulis artikel dan esoknya hari cuti. Semoga ini permulaan tahun yang baik - baik dan baik dalam perjalanan karier menulis buat saya dan anda semua. Salam Awal Muharam 1439 H."
Puan Suhana lakukan secara sambilan, buat bisnes dengan perkataan.
Bengkel dihadiri Suhana tiba-tiba ditutup selepas itu selama lima bulan!
Kenapa?
Bengkel dibuka sehingga ada sejumlah peserta yang mendapat panggilan seperti Puan Suhana.
Itu syarat yang ditetapkan.
Kemudian ini berlaku.
Berita ini untuk anda
Kami buka semula kali kedua dan dianjurkan terakhir untuk tahun ini.
Sebabnya, pembimbingnya sibuk dengan kerja-kerja ghostwriting.
Satu hari ini dia dapat diberikan kepada kami.
Ada sembilan perkara kami mahu beri kepada anda pada 21 Oktober ini.
Beri peluang kepada diri dan lihat sembilan perkara dengan klik di sini > subscribepage.com/ghostwritermalaysia

p/s Bengkel ini disusuli grup sokongan yang mempunyai maklumat pasaran serta 'mekanik' yang dapat membantu melihat situasi anda selepas bengkel. Klik di sini
p/s/s Kami tidak mahu semua orang. Suka goyang kaki, bermalas-malas dan terus dapat projek menulis tidak digalakkan hadir.
p/s/s/s Fahamkan setiap sembilan perkara dahulu sebelum datang. Baca sembilan perkara, klik di sini.

kursuspenulisan.com
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

EMEL ZAMRI MOHAMAD

ULASAN BUKU ANTOLOGI CERINGKAS...OLEH CT NURZA...

ASSALAMUALAIKUM....

DI DALAM AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA SEMALAM 24 SEPT AHAD DISIAR ULASAN BUKU CERINGKAS TULISAN SAHABAT  PENULIS CT NURZA SEORANG PENULIS PROLIFIK DAN RAJIN BERKARYA.

CERINGKAS SELENGGARAAN PENERBIT SIFU TABIR ALAM MENGGABUNGKAN CATATAN KENANGAN PAHIT MANIS HIDUP YANG DIALAMI PENULIS TERLIBAT...ANTARANYA SIFU TABIR ALAM, MASS ONN, CT NURZA, SITI FATIMAH ZAINOL, ILHAM SURIE, CIKGU PAUZI/JYMISA LY. SABARIAH NOR SALLEH, SRIMAWAR, RUSS ASAN, YAHTI HAYATI DLL.

TIDAK KETINGGALAN JUGA KISAH PI HEH..HEH...

SEMUA KISAH YANG DIBARAP PENULISNYA MENARIK DAN MENYENTUH RASA.....




Friday, 22 September 2017

PANTUN BERKAIT...

ASSALAMUALAIKUM...



ALAM....

#1 Sepetang silau sinar mentari,

berjalan pulang balan berjajar;
bintang berkilau di malam hari,
rembulan hilang ditelan fajar.
.


#2 Di jalan pulang balan berjajar,
tegarlah balam desur reriang;
rembulan hilang ditelan fajar,
pudarlah malam beransur siang. 


#3 Tegarlah balam desur reriang,
kenari pergi sebelah ke paya;
pudarlah malam beransur siang,
mentari pagi serlah cahaya.

#4 Kenari pergi sebelah paya,
sayu berkabus di malam terang;
mentari pagi serlah cahaya,
bayu berhembus alam benderang.

#5 Sayu berkabus di malam terang,
laran di kebun di lanau rendah;
bayu berhembus alam benderang,
butiran embun berkilau indah.

Tuesday, 19 September 2017

BISNIS GHOSTWRITTER....

ASSALAMUALAIKUM....




Bisnes ghostwriter.

Maksudnya menjadi penulis kepada orang lain.

Bayangkan situasi ini.
Kita kenal mekanik yang mempunyai kemahiran membaiki kenderaan. Dia tidak menindas pelanggan.
Dia pula suka berkongsi dan memandaikan pelanggan.
Kita tahu pemilik restoran yang jujur dan hidangan yang dihasilkan sedap.
Jika letakkan lauk dan nasi dalam pinggan kita berlebih pula, harga tetap sama.
Kita mahu bantu besarkan potensi orang baik-baik.
Pada masa sama kita mahu berurusniaga dengan mereka melalui bisnes perkataan.
Apa tindakan seterusnya?
Tawarkan diri menulis bahan pemasaran mereka.
Misalnya buku 40 halaman panduan mengetahui tanda-tanda kereta anda bermasalah.
Dia tunjukkan, anda ambil foto dan tuliskan.
Apa lagi?
Berikan peluang kepada diri bagi menulis 10 resipi daripada berpuluh hidangan yang sedap di restoran itu.
Dia tunjukkan, ambil foto dan tuliskan resipi yang dikongsi.
Apa mereka dapat lakukan ke atas hasil penulisan itu?
Dapat dijual di bengkel atau di kaunter pembayaran restoran. Mungkin juga dijadikan 'kad bisnes' kepada pelanggan.
Boleh jadi dijadikan ebook untuk muat turun bagi mendapatkan senarai pelanggan baharu.
Kita dibayar berdasarkan upah menulis tadi. Jika dia mahu usahakan agar dicetak dan bersedia membayar kos, kita usahakan.
Berikan tawaran bersama-sama kelebihan tawaran kepada perniagaan mereka.
Mulut mesti manis. Janji biar betul. Rapat, jangan takut-takut.
Apa yang di atas dinamakan skrip tawaran. Jika kena tawaran yang dia nampak menguntungkan, dia akan berkata, "Ya!"
Itulah kerja ghostwriter atau penulis upahan.

EMEL ZAMREE MOHAMAD

MyBloglist