KEHILANGAN
Onak tersadung laluan
jalan.
kekabu basah putih
menyerlah;
anak dikandung sembilan
bulan,
ibu meresah letih dan
lelah.
Kekabu basah putih
menyerlah,
pasir bertanah lorong
merawa;
Ibu meresah letih dan
lelah.
zahir amanah bertarung
nyawa.
Pasir bertanah lorong
merawa,
perah digalah laha
merendah;
zahir amanah bertarung
nyawa,
anugerah Allah maha
terindah.
Perah digalah laha
merendah,
kulai merata luruh
selasih;
anugerah Allah maha
terindah,
dibelai cinta sepenuh
kasih.
Kulai merata luruh
selasih,
cempa diranggu bergilir
jatuh;
dibelai cinta sepenuh
kasih,
apa mengganggu diusir
jauh.
Cempa diranggu bergilir
jatuh,
pudak terbelah di anak
tangga;
apa mengganggu diusir
jauh,
kehendak Allah tidak
terduga.
Pudak terbelah di anak
tangga,
bawa semuanya ke ruang
tamu;
kehendak Allah tidak
terduga,
rahsia-Nya tiada yang tahu.
Bawa semuanya ke ruang
tamu,
gelegak loyang kuali
nyonya;
rahsia-Nya tiada yang
tahu,
anak tersayang kembali
pada-Nya.
Gelegak loyang kuali
nyonya,
wadi di guri keladi basah;
anak tersayang kembali
pada-Nya
tragedi ngeri jadi
pemisah.
Wadi di guri keladi basah,
belanak sulih jelah pelaga;
tragedi ngeri jadi
pemisah,
anak yang soleh telah ke
syurga.
Belanak sulih jelah
pelaga,
seroja retih subur
berkuntum;
anak yang soleh telah ke
syurga,
kemboja putih menabur
harum.
Seroja retih subur
berkuntum,
herba diadu halus kenanga;
kemboja putih menabur
harum,
hiba merindu dielus doa.
Paridah Ishak
SELAYANG UTAMA
Herba diadu halus kenanga,
ReplyDeletebuat mandian penuh khasiat;
hiba merindu dielus doa,
semoga rohnya dicucuri rahmat.
cari makna pudak tp x jumpa sebaliknya jumpa puisi ni:
ReplyDeletePudak di titi pandai berduri,
Dibawa oleh raja Melayu;
Manakan bunga jatuh sendiri,
Jikalau tangkainya tiada layu.
Dingin sungguh airnya telaga
ReplyDeleteTempan bersiram puteri diraja
Duka ayah ibu duka berbaur bahagia
Moga anak yang pergi penghuni syurga
TKSH WP INDAH PANTUNNYA
ReplyDeleteTKSH ANIES PUISI INDAH...PUDAK TU BUNGA MEGKUANG ADA JENIS MENGKUANG YG BERBUGA..HARUM BAUNYA
ReplyDeleteTKSH PC DOA IBUBAPA YG KHILGN AAK TERSAYNG XTERKIRA WALAU MNAHAN HIBA
ReplyDeletepatah tumbuh hilang berganti...
ReplyDeleteTKSH CIKGU ABAM KIE...INSYAA ALLAH
ReplyDeletePudak terbelah di anak tangga,
ReplyDeleteKe ruang tamu semuanya dibawa;
kehendak Allah tidak terduga,
Sabar dan redho pengubat jiwa.
TKSH NOHAS WAH INDAH PNTUNNYA MMG PERLU BRPSRAH N REDHA DGN UJIAN-NYA
ReplyDeleteindahnya bahasa kita
ReplyDeletesalam jumaat kak PI
indahnya coretan.
ReplyDeletepudak tu apa ye...
ReplyDeletehihi malu pulak tak tahu maksudnya..
TKSH FIDAH YA SGT INDAH N LUAS
ReplyDeleteTKSH MKL INSYAA ALLAH
ReplyDeleteTKSH LYNN ..PUDAK TU BUNGA SEJENIS MENGKUANG PANDAN
ReplyDelete
ReplyDeleteIndah sungguh di pagi hari
Dunia ditangan,Akhirat dihati