Showing posts with label DONGENG DULU-DULU. Show all posts
Showing posts with label DONGENG DULU-DULU. Show all posts

Wednesday, 8 July 2020

LABAH LABAH TAMAK

ASSALAMUALAIKUM


LABAH-LABAH TAMAK
Pada zaman dahulu tinggal seekor labah-labah di dalam sebuah belukar. Sarangnya sangat besar melebihi besarnya daripada sarang labah-labah lain yang berada sekitar situ.. Bapanya yang membuat sarang itu untuknya. Kemudian ia membuat tambahan lagi di sekeliling sarang itu agar lebih besar dan memudahkan pergerakannya.
.
Dengan itu labah-labah itu dapat bergerak dengan lebih pantas dari ruang tengah hingga ke tepi sarang untuk menangkap mangsanya yang terperangkap di situ. Segala mangsa yang tersalah langkah dan termasuk ke dalam sarangnya akan menjadi habuannya. Serangga yang ditangkap segera dimakannya.
Mudah sekali ia menjerat mangsanya yang menjadi sumber makanannya yang sangat menyelerakannya. Badannya semakin hari semakin besar kerana terlalu banyak yang dimakannya.. Perutnya bertambah bulat dan kelihatan buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar dan ingin makan dengan banyaknya..
Dua ekor labah-labah telah datang ke sarangnya pada suatu petang. Masing-masing membawa hajat untuk menjemputnya menghadiri kenduri yang akan mereka adakan. Labah-labah pertama datang dari tempatnya di sebelah timur. Sementara seekor labah-lagi lagi datang dari tempatnya di barat.
Labah-labah buncit menerima jemputan kedua-dua labah-labah itu untuk menghaduri kenduri mereka.Ia mulai menjadi serba salah kerana kenduri yang diadakan kedua-dua labah itu pada waktu dan hari yang sama. Keadaan ini tentu memberi masalah kepada labah-labah buncit kerana ia ingin menghadiri kedua-dua kenduri yang diadakan di barat dan di timur.
Maka dia bertanya kepada jiran-jirannya tentang jemputan itu.
“Kamu ada mendapat jemputan kenduri daripada sahabat kita labah-labah yang tinggal di timur dan di barat?”. Labah-labah buncit bertanya jirannya yang tinggal di kiri sarangnya
“Aku mendapat jemputan daripada sahabat kita, labah-labah yang tinggal di barat.” Jawab jirannya yang tinggal di sebelah kanan sarangnya.
“Aku . Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.
Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.

pic google images (c)

Sunday, 21 June 2020

PERSIDANGAN POKOK




Cerita rakyat
Olahan
Paridah Ishak

PERSIDANGAN POKOK

semua pic google images (c)




Pada suatu masa dahulu di dalam hutan di kaki gunung, terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang tumbuh dan hidup subur di situ. Apabila tiba musim buah-buahan semua pokok-pokok di situ berbuah dengan lebatnya serentak. Berlumba-lumba mereka mengeluarkan buah-buahan pelbagai jenis sebagai sumber makanan haiwan dan manusia.
            Keadaan begitu menyebabkan buah-buahan yang terlalu banyak itu tidak dapat dimakan oleh manusia dan haiwan sekali gus. Akhirnya buahan-buahan yang dihasilkan pokok durian, rambutan, cempedak, langsat, rambai, dan lain-lain, masak ranum dan gugur bersepah di kaki pohon.  Tidak ada siapa yang peduli. Pokok-pokok itu merasa amat sedih kerana budi mereka kepada manusia dan haiwan tidak dihargai dan dimenfaatkan dengan sebaiknya.
            “Aku merasa amat sedih melihat buahku yang merah dan manis semakin meranum kehitaman di pohon. Tidak ada manusia atau haiwan yang mahu memakannya.” Beritahu pokok Rambutan kepada pokok Cempedak jirannya yang tumbuh di sebelah kanannya akan perasaannya yang jengkel kerana itu.
            “Aku juga merasa begitu Rambutan. Kau lihat saja buah-buah di batang pokokku banyak sekali. Berkeruntoi. Tetapi tidak ada sesiapa yang mengambilnya. Setelah masak gugur semuanya ke tanah.” Sahut Cempedak. Aroma buah cempedak yang telah masak ranum mengharumi ruang sekitar situ.
            “Buahku yang kuning dan manis pun tidak dipedulikan sesiapa lagi,” Langsat pula mencelah melahirkan rasa hatinya. Pokok  langsat, jiran Rambutan yang tumbuh di sebelah kirinya. Pokok langsat tidak begitu besar dan tinggi. Tetapi buahnya yang bergugus itu amat banyak meliputi dahannya.
            “Aku merasa amat hairan, kenapa agaknya buah-buahan yang kita hasilkan dengan banyaknya, tidak dipergunakan sebaiknya oleh manusia dan haiwan. Perkara begini tidak seharusnya berlaku.” Tukas Rambai. Pokok rambai berdaun lebar itu tumbuh di hadapan pokok rambutan. Kelihatan gugusan buah rambai berjuntai dengan lebat di setiap dahannya. Kebanyakannya telah masak ranum dan menunggu masa untuk gugur.
            “Kalau mereka tidak menghargai usaha kita menghasilkan buah-buahan setiap musim, bermakna sis-sia sahaja susah-payah kita itu.” Ujar Manggis menyatakan kekesalannya. Dia turut menyertai perbualan pokok- pokok sekitar situ. Buah manggis yang berwarna hitam itu kelihatan bertaburan di bawah pohonnya. Buah yang telah lama gugur akan kematu dan tidak boleh dimakan lagi.
            “Aku juga sudah merasa tawar hati hendak berbuah lagi setiap musim.” Ujar Cempedak dengan sebal.
            “Apa kata kalau kita tidak berbuah lagi musim ini dan seterusnya.  Dengan itu tidaklah kita merasa susah hati melihat buah-buahan yang kita hasilkan tidak dipergunakan manusia dan haiwan.” Rambutan memberikan pendapatnya.
            “Aku menyokong pendapat kau. Dan sangat setuju. Kalau kita semua tidak berbuah, barulah manusia dan haiwan menyedari kepentingan buah-buah kita.” Manggis menyatakan sokongannya akan pendapat Rambutan.
            “Eh. Kita tidak boleh buat keputusan sesuka hati kita sahaja! Nanti kita dimurkai Raja Buah. Kalau Raja Buah bersetuju, bolehlah kita laksanakan cadangan Rambutan itu. Kita semua tidak usah berbuah lagi.” Ujar Langsat.
“Mungkin Durian, Raja Buah akan bersetuju dengan pendapat kita kerana dia juga hadapi masalah yang sama macam kita. Buahnya yang luruh setiap hari tiada siapa mengutipnya.” Rambai menambah dengan sedikit ulasan.
“Baiklah! Kalau begitu kita bawakan pendapat Rambutan kepada Raja Buah. Jika mendapat persetujuan Raja Buah, tidak perlulah kita berbuah lagi.” Cempedak memberi cadangannya..
Apabila Raja Buah menerima cadangan yang dibawakan Rambutan kepadanya maka diaturlah majlis persidangan pokok-pokok di dusun itu untuk membahaskam usulan itu.  Persetujuan kepada cadangan itu hanya akan diperolehi setelah semua pokok yang tumbuh di dalam dusun itu menyatakan persetujuannya.
Pada suatu petang yang redup dan angin berpuput lembut, pokok-pokok di situ melenturkan ranting masing-masing untuk turut sama mengambil bahagian dalam persidangan itu.
Mereka menyatakan pendapat mereka. Ada yang bersetuju dengan usulan yang dibawa Rambutan. Dan ada pula yang menolaknya. Raja Buah menimbang keputusan yang akan diambil dengan teliti.
“Beta telah mendengar semua pendapat kamu yang bijak dan bernas itu. Undian pun telah dibuat. Jumlah yang menerima dan menolak cadangan yang dibawa Rambutan adalah sama rata. Jadi keputusannya tidak dapat menyebelahi mana-mana pihak.” Ujar Raja Buah.
“Nampaknya keputusan kita untuk tidak berbuah pada musim buah akan datang tidak semua setuju, Rambutan!” Kata Cempedak kepada Rambutan.
Dia sangat mengharapkan Raja Buah bersetuju dengan usulan yang dibawa sahabatnya Rambutan. Rambutan juga merasa sedih.
“Tapi beta menyedari kemusykilan yang dirasakan Rambutan dan pokok buah-buahan yang lain.. Buah-buahan yang kita hasilkan dengan banyak tidak diendahkan manusia dan haiwan. Dan perlulah kita fikirkan bagaimanakah cara untuk mengatasinya. Lagipun amanah Allah kepada kita sebagai pengeluar sumber makanan kepada manusia dan haiwan tidak boleh kita abaikan. Kita wajib tunaikan amanah Pencipta itu.”
“Jadi apa pandangan Raja Buah dalam hal ini? Soal Langsat, ingin tahu

“Pada pendapat beta, kita semua tidak harus berbuah serentak. Kalau kita berbuah serentak dengan banyak, keadaan akan jadi seperti sekarang. Buah-buahan kita yang semuanya manis dan lazat tidak tahu hendak dimakan manusia dan haiwan yang mana satu. Buah-buahan yang dimakan terlalu banyak dan pelbagai jenisnya akan menyebabkan mereka sakit perut pula.”
“Ya. Betul kata Raja Buah itu!” balas Cempedak.
“Jadi  beta ambil keputusan ada baiknya kita berbuah secara bergilir-gilir. Setelah habis  pokok yang pertama berbuah, barulah pokok kedua, ketiga dan seterusnya berbuah pula. Dengan itu buah-buahan pokok kita tidaklah melambak saja di pohon. Dan sentiasa dinanti kemunculannya.” Keputusan Raja Buah dipersetujui semua pokok yang bersidang di dusun itu.
“Dan sekarang kita jalankan undiannya.”
Sebab Durian ialah Raja Buah maka dia dipilih untuk berbuah dahulu pada setiap musim. Pokok buah-buahan yang lain dipilih menurut undian yang dibuat.
“Aku akan berbuah selepas Raja Buah!” beritahu Rambutan kepada Cempedak dengan girang. Dia amat gembira dapat berbuah selepas Raja Buah.
“Baguslah begitu! Aku pula akan berbuah selepas kamu.” Balas Cempedak. Dia juga turut merasa gembira dengan gilirannya.
“Dan aku pula akan berbuah selepas Cempedak!” sahut Manggis.
“Nampaknya akulah yang terkemudian berbuah selepas Manggis, Langsat dan pokok-pokok lain berbuah. Sedih pula rasa hatiku kerana yang terakhir mendapat giliran berbuah.” Rambai berkata perlahan.
“Kamu tidak harus bersedih kerana kamu yang terakhir berbuah pada musim buah wahai Rambai kerana pastinya yang menyukai buah kamu akan tertunggu-tunggu masa kamu akan berbuah.” Kata Rambutan menghibur kesugulan hati Rambai.
“Beta harap kamu semua berpuas hati dengan giliran kamu untuk berbuah.  Tiba musimnya berbuahlah. Dan jika masih ada yang terkilan di hati bolehlah kita bersidang lagi.” Raja Buah menutup persidangan pokok pada hari itu.

TAMAT
             



Thursday, 22 August 2019

KURA-KURA TERBANG TERLUPA PESANAN

ASSALAMUALAIKUM


Cerita rakyat
Olahan
Paridah Ishak

KURA-KURA TERBANG TERLUPA PESANAN

Maka tersebutlah kisah di dalam sebuah desa yang semakin kering-kontang kerana dilanda musim kemarau yang panjang. Langitnya kelabu berjerebu kerana ada hutan-hutannya yang telah terbakar.  Sungai dan tasik semakin kering airnya. Tanah sawah yang selama ini digunakan petani untuk menanam padi telah mula merekah. Cuaca di siang hari terasa sangat panas berbahang.
Penghuni desa itu mengambil keputusan untuk berpindah dari situ. Meninggalkan desa itu dengan membawa bersama semua barang-barang mereka dan juga binatang ternakan mereka. Mereka amat bersedih kerana terpaksa meninggalkan desa yang telah lama dihuni selama ini.
Namun tindakan itu terpaksa diambil demi keselamatan dan meneruskan kehidupan  di tempat yang lebih baik keadaan cuacanya. Setelah semua penghuninya berpindah, sepi sekali desa itu. Kelihatan seekor kura-kura merangkak perlahan. Menjengulkan dirinya daripada rimbunan semak-samun yang bergerigis rantingnya lantaran daun-daunnya telah gugur.  
Kura-kura berasa hairan kerana mendapati desa itu amat sunyi keadaannya. Tidak kelihatan  sesiapa pun berada di situ.
“Kemana agaknya mereka semua pergi?” rungutnya.  Kura-kura tidak menyedari bahawa semua penghuni desa itu semuanya telah berpindah kerana dia tertidur ketika itu. Keadaan dirinya pun tidak berapa sihat.
Dia bersedih, memikirkan nasib dirinya kini tinggal sendirian di sini. Bimbang pula akan keadaan kemarau akan berterusan dan akan memberi akibat buruk kepada dirinya. 
“Aku hendak berjalan jauh pun tidak berdaya, bagaimanalah aku hendak berpindah meninggalkan desa ini. Agaknya aku akan mati di sini.” “Kura-kura merintih sedih mengenangkan  nasib dirinya.
Tiba-tiba hinggap dua ekor angsa putih di atas batang kayu berdekatan dengannya. Entah dari mana angsa-angsa itu terbang, tidaklah diketahuinya. Gembira sedikit hatinya kerana telah ada kawan untuk saling berkata-kata.
“Kamu tidak ikut orang-orang desa ini berpindahkah Kura-kura? Tadi sewaktu kami berdua terbang melintasi ruang sini, kami melihat gerombolan orang-orang desa bersama keluarga dan ternakan mereka meneruskan perjalanan ke suatu tempat.” Pertanyaan dua ekor angsa putih itu telah menjelaskan kepadanya akan sebab keadaan sepi desa ini. 
“Aku pun memang hendak ikut orang-orang desa ini berpindah tapi apalah dayaku. Aku tidak larat hendak berjalan jauh..Sudah berapa hari aku demam. .Mungkin badanku tidak tahan kepanasan melampau. Air di sungai dan tasik telah kering, jadi tidak dapatlah aku berendam untuk menyejukkan badanku.”
“Oh begitukah! Kasihan kami mendengar cerita kamu ini. Alangkah baiknya kalau kami dapat membawa kamu keluar dari desa yang mulai kering-kontang akibat kemarau ini. Kami memang ingin menolong kamu!” Angsa putih itu saling berpandangan sesama mereka.
“Tidak mengapalah  wahai angsa berdua. Niat baik kamu amat aku hargai. Kamu berdua begitu prihatin dengan nasib diriku. Aku reda saja dengan takkdirku. Apa-apa saja yang berlaku ke atas diriku akan kuterima.” Kedua-dua ekor angsa putih itu merasa belas mendengar kata kura-kura.
“Biar kami berdua berfikir dulu bagaimana caranya untuk membawa kamu keluar daripada sini. Kami tidak sampai hati hendak meninggalkan kamu sendirian di sini.”  Kedua-dua ekor angsa itu berjalan beriringan meninggalkan kura-kura sendirian sebentar.
“Apa fikiran kau Angsa Besar?” Tanya angsa yang berbadan  kecil sedikit kepada angsa yang yang lebih besar daripada dirinya.
“Aku pun buntu memikirkan cara bagaimana kita hendak menolong kura-kura itu,” sahut  Angsa Besar.
“Kalau kita tak tolong dia, siapa lagi? Tentu dia akan mati kerana di sini sudah tidak ada apa yang boleh dimakan atau diminum. Kasihan dia!” balas Angsa Kecil 
Mereka termenung sambil berfikir lagi. Angsa Kecil memandang sekitarnya yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang patah dan bersepahan di tanah.
“Aku rasa aku sudah mendapat ilham!” beritahu Angsa Kecil kepada Angsa Besar dengan teruja. Wajahnya kelihatan berseri.
“Oh…iakah! Cepatlah beritahu. Semoga cepat kita dapat selesaikan masalah kura-kura itu.”  Angsa Kecil meninggalkan Angsa Besar menuju pohon jambu yang dilihatnya banyak dahannya yang telah patah. Dia mengambil dahannya yang kecil dengan mulutnya lalu membawa kepada Angsa Besar.
Angsa Besar masih tidak faham apakah maksud Angsa Kecil dengan dahan kayu  jambu yang dibawa kepadanya.
“Nak dibuat apa dengan kayu ini?” Tanya Angsa Besar agak keliru.
“Dahan jambu ini kuat. Tidak mudah patah. Dan mampu menahan beban yang berat..” kata Angsa Kecil kepada Angsa Besar. 
“Ya. Aku mulai faham maksud kau Angsa Kecil!. Kau mahu kita menerbangkan kura-kura itu. Dan membawanya keluar dari sini dengan menggunakan kayu jambu ini.”
“Apakah kamu bersetuju dengan cara begitu, Angsa Besar? Aku pun sudah tidak tahu hendak fikirkan cara lain lagi untuk menolong kura-kura itu..”
“Aku setuju..Lagipun kura-kura itu tidaklah besar. Kita berdua mampu menerbangkannya menggunakan dahan kayu jambu ini.  Ayuh kita beritahu kepada kura-kura rancangan kita. Aku harap dia juga akan menyetujuinya.”
Kedua-dua ekor angsa putih itu berjalan bersama menuju ke tempat kura-kura sambil membawa kayu dahan jambu  dengan mulut mereka. Kura-kura kehairanan akan perbuatan kedua-dua ekor angsa itu.
“Kami  sudah mendapat cara untuk mengeluarkan kamu dari sini. “
“Bagaimanakah caranya?” Tanya Kura-kura  ingin mengetahuinya.
“Kami akan menerbangkan kamu dengan menggunakan dahan kayu jambu ini.”
“Aku masih tidak faham.” Sahut Kura-kura kebingungan.
“Mudah saja!  Kamu gunakan mulut kamu untuk memegang kayu ini. Dan kami berdua akan berada di sebelah kiri dan kanan kamu untuk memegang kayu dengan paruh kami dan menerbangkan kamu.” Angsa Kecil menjelaskan perkara itu.
“Oh. Aku mulai faham! ” Harapannya untuk menyelamatkan dirinya daripada bencana kemarau semakin cerah.
“Terima kasih kerana kamu berdua mahu menolong aku dengan menerbangkan aku keluar dari desa ini. Kamu berdua memang sangat baik hati.”
“Tapi sebelum kami bawa kamu terbang, kamu dengarlah dulu pesanan kami. Demi untuk keselematan kamu juga.” Angsa Besar berkata perlahan.
“Apa pesanan itu?”
“Sepanjang masa kami membawa kamu terbang, walau apa terjadi sekalipun janganlah kamu membuka mulut kamu.”
“Mudah saja pesanan itu, boleh kulakukannya.” balas Kura-kura dengan yakin..
“Baik. Sekarang kamu bersedialah berada di antara kami untuk memegang  kayu ini. Bolehlah kita bersama terbang meninggalkan desa ini.” Angsa Besar memberi arahan kepada kura-kura.
Angsa Besar dan Angsa Kecil membawa kura-kura terbang melintasi sebuah perkampungan. Orang-orang di kampung itu melihatnya dengan takjub  kerana dua ekor angsa membawa kura-kura terbang bersamanya. Mereka bersorak-sorak. Kura-kura terleka dan merasa bangga dirinya menjadi perhatian orang ramai. Dan dia ingin berkata sesuattu kepada angsa putih di kirinya.

Sebaik terbuka saja mulutnya maka melayanglah ia jatuh ke bawah. Dan kedua-dua angsa putih itu meneruskan penerbangan mereka ke destinasi tanpa menyedari bahawa kura-kura telah terjatuh.

Tuesday, 18 June 2019

LABAH LABAH TAMAK

ASSALAMUALAIKUM



Cerita rakyat
Olahan
Paridah Ishak
                                                                  PIC GOOGLE (C)
LABAH-LABAH TAMAK


Pada zaman dahulu tinggal seekor labah-labah di dalam sebuah belukar.Sarangnya sangat besar melebihi besarnya daripada sarang labah-labah lain yang berada sekitar situ..Bapanya yang membuat sarang itu untuknya.Kemudian ia membuat tambahan lagi di sekeliling sarang itu agar lebih besar dan memudahkan pergerakannya.
.
            Dengan itu labah labah itu dapat bergerak dengan lebih pantas dari ruang tengah hingga ke tepi sarang untuk menangkap mangsanya yang terperangkap  di situ.Semua mangsa yang tersalah langkah dan termasuk ke dalam sarangnya akan menjadi habuannya.Serangga yang ditangkap segera dimakannya.
            Mudah sekali ia menjerat mangsanya yang menjadi sumber makanannya yang sangat menyelerakannya. Badannya semakin hari semakin besar kerana terlalu banyak yang dimakannya..Perutnya bertambah bulat dan kelihatan buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar dan ingin makan dengan banyaknya..
            Dua ekor labah-labah telah datang ke sarangnya pada suatu petang.Masing-masing membawa hajat untuk menjemputnya menghadiri kenduri yang akan mereka adakan. Labah-labah pertama datang dari tempatnya di sebelah timur.Sementara seekor labah-labah  lagi datang dari tempatnya di barat.
            Labah-labah buncit menerima jemputankedua-dua labah-labahitu untuk menghadiri kenduri mereka.Ia mulai menjadi serbasalah kerana kenduri yang diadakan kedua-dua labah itu pada waktu dan hari yang  sama. Keadaan ini tentu memberi masalah kepada labah-labah buncit kerana ia ingin menghadiri kedua-dua kenduri yang diadakan di barat dan di timur.
Maka dia bertanya kepada jiran-jirannya tentang jemputan itu.
“Kamu ada mendapat jemputan kenduri daripada sahabat kita labah-labah yang tinggal di timur dan di barat?”.Labah-labah buncit bertanya jirannya yang tinggal di kiri sarangnya
“Aku mendapat jemputan daripada sahabat kita, labah-labah yang tinggal di barat.”Jawab jirannya yang   tinggaldi  sebelah kanan sarangnya.
“Aku. Mereka juga mendapat jemputan.Jiran di kiri pergi kejemputan arah barat.Jiran di kanan pergi kejemputan arah timur.Labah-labah buncit mendapat akal.Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya.Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu.Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi.Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur.Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat.Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing.Perut labah-labah buncit semakin tercerut.Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti.Mereka menikmati hidangan.Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan.Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.
Beberapa hari kemudianlabah-labah buncit sedar.Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu.Pinggangnya pun ramping bekas kena cerut.Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.


Friday, 14 June 2019

HIKMAT BASMALAH

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


HIKMAT BASMALAH
Cerita rakyat olahan;
Paridah Ishak


Pada zaman dahulu di dalam sebuah hutan tinggal sepasang suami isteri keturunan Orang Asal. Kerja mereka setap hari adalah bertani dan memburu hidupan liar. Walau mereka bekerja dengan rajin tetapi mereka tetap juga berada di dakam kemiskinan. Kehidupan mereka yang sukar membuat Agam menjadi malas untuk melakukan suruhan agama yang wajib. Mereka baru saja memeluk agama Islam
            Sementara Adah isterinya pula sentiasa tabah menghadapi keadaan hidup begitu. Beliau amat rajin menunaikan solat  apabila sahaja masuk waktunya. Menjadi amalannya, Setiap kali hendak melakukan sesuatu pasti akan dimulakannya dengan  ucapan kalimah” basmalah”.
            Amalan isterinya itu diperhatikan suaminya. Agam  memperlekehkan perbuatan isterinya itu.
            “Kenapalah awak ini masih rajin bersolat? Awak ini membuang masa sahaja. Tak payahlah bersolat. Bukan dapat faedahnya pun.” Kata Agam kepada isterinya
            “Kenapa pula awak berkata begitu? Solat itu tiang ugama. Kalau tiada tiangnya bagaimana akan tegak agamanya. Bukankah kita ini orang beragama Islam. Islam agama yang baru kita anut itu akan membawa kesejahteraan kepada kita.” Balas isterinya mempertahankan kebenarannya.
            “Pandailah awak bercakap. Tapi setelah menganut Islam, hidup kita masih miskin juga. Tidak ada perubahannya. Kita masih tinggal di pondok buruk. Hendak makan pun mesti dipilih yang halal . Hanya makan ubi kayu sahaja. Aku hendak menyumpit lotong,kera untuk dibuat lauk pun sudah tidak boleh. Babi hutan pun banyak berkeliaran tapi sudah tidak boleh disumpit. Semua itu lauk yang sedap dan mudah diperolehi.” Kata Agam memberitahu kekesalan hatinya.
            “Selain lotong, kera, babi hutan, bukankah banyak lagi hidupan hutan yang boleh disumpit dan boleh dijadikan lauk kita seperti kijang, rusa, pelanduk, landak? Hanya awak sahaja yang malas hendak menyumpitnya.” Tambah isterinya bersuara lembut dan perlahan.
            “Menyumpit semua hidupan itu tidak semudah yang awak sangka. Mereka itu sangat pantas larinya. Aku tak terkejar hendak menangkap mereka.” Agam menyatakan alasannya dengan tegas.
            “Sebelum memulakan sesuatu kerja, ucaplah “ basmalah” terlebih dulu. Pasti Allah akan menolong kita. Maka kerja kita akan menjadi lebih mudah..” Isterinya cuba memberi sedikit panduan. Ilmu itu diperolehinya ketika menghadiri kelas agama yang diberikan seorang alim yang berdakwah kepada kaum mereka.
            “Awak ini hanya itu saja yang awak tahu cakap. Asyik “basmalah” saja. Apakah kata-kata itu ada hikmatnya? Sudahlah awak jangan bersolat dan sebut “basmalah” lagi. Aku tidak suka. ”  kata Agam dengan jengkel. Isterinya hanya mendiamkan diri.
            “Saya hendak ke sungai menangkap ikan untuk makanan kita.” Beritahu isterinya selaku meminta izin kepada suaminya.
            “Pergilah. Mudah-mudahan awak akan mendapat ikan yang banyak”
            “Sebelum itu saya hendak bersolat dulu, memohon kepada Allah melimpahkan rezeki-Nya kepada kita.”
“Ikut suka hati awaklah. Saya hendak tidur saja.”
“Itulah kerja yang awak tau. Cuma tidur saja. Sebelum awak tidur ucap “basmalah” dulu agar awak tidak bermimpi dikejar harimau seperti selalu.”
“Huh. Tak payahlah awak nak mengajar aku pulak macam ustaz itu. Pergi sajalah ke sungai menangkap ikan. Moga awak dapat menangkap ikan dengan banyak.”
Setelah selesai menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat, Adah menuruni tangga pondoknya membawa raga kecil dan penangguk ikan. Raga kecil itu untuk mengisi  ikan yang berjaya ditangkapnya mengggunakan penangguk ikan yang diperbuat dari  rotan itu  di sungai kelak.  
Adah turun ke gigi sungai kecil itu, memulakan langkahnya dengan membaca kalimah “basmalah.” Kelihatan banyak ikan-ikan yang berenang di sungai berbatu halus di dasarnya dan sangat jernih airnya itu.
Adah menangguk ikan-ikan itu dengan mudah setelah mengumpannya dengan buah sawit yang ditemuinya di pinggir sungai itu. Hampir penuh raga yang dibawanya terisi ikan-ikan yang telah ditangguknya..
Dia berpuas hati dengan apa yang diperolehinya
“Alhamdulillah. Dapatlah ikan-ikan ini dijadikan lauk dan dimakan bersama ubi kayu” katanya perlahan. Dia dan suaminya sudah lama tidak makan nasi kerana bekalan beras sukar hendak diperolehi kata suaminya. Dia mempercayai sahaja apa yang dikatakan suaminya itu.
“Awak, saya sudah balik! Tenguklah apa yang kita bawa balik ni. Tolonglah bawakan ke dapur. kita hendak ke belakang pondok mencabut ubi kayu.”
Suaminya tidak mempedulikan panggilannya . Dia meneruskan tidur yang telah terganggu dengan suara isterinya sebentar tadi.
“Wah banyak juga ikan yang dapat awak tangguk ya?” tegur Agam tatkala melihat isterinya menyiang ikan.
“Alhamdulillah. Mungkin berkat saya membaca “basmalah” sebelum memulakan kerja. Tuhan memberi kita rezeki yang banyak. Selain dibuat lauk,boleh saya buat ikan kering  dan ikan pekasam untuk makanan kita.” Agam menceberkan bibirnya, seolah tidak suka mendengar kata-kata isterinya itu.
“Suka hati awaklah!” sahutnya sambil meninggalkan lokasi kerja isterinya itu.
Dia bertanya kepada dirinya, adakah perkataan ‘basmalah’ itu memang benar mempunyai hikmat kepada yang menuturnya. Dia termenung dan berfikir. Akhirnya dia mendapat idea untuk mengujinya
            “Aku hendak ke kampung di tepi hutan ini mencari sedikit beras. Guri yang mengisi beras pun sudah kosong.  Sudah lama kita tidak makan nasi.” Dicapainya guni yang sering di isi beras di atas para.
            “Ialah. Pergilah. Jangan lupa menyebut “basmalah” sebelum memulakan kerja.”  Pesan isterinya itu tidak dipedulikannya. .Di dalam fikirannya dia sedang merancang sebaliknya.
            Langkahnya menuju ke dalam hutan. Matanya melingas seakan mencari sesuatu.  Dia  menemui apa yang dicarinya. Pantas ditangkapnya haiwan berbisa itu. Lalu dimasukan ke dalam guni yang dibawanya.  
            Sampai di rumah dimasukan haiwan berbisa itu ke dalam guri pengisi beras. Perbuatannya tidak disedari isterinya yang sedang menjemur ikan ketika itu.
            “Awak dah pulang. Cepatnya. Sudah dapat beras yang dicari?” Agam angguk.
            “Pergilah tanak nasi. Sudah ada beras di dalam guri.” Ujar suaminya.
            “Jangan lupa baca “basmalah’ ” Katanya dengan nada mengejek.
             Adah gembira kerana suaminya kelihatan berubah. Dan tidak lagi memarahinya menyebut “basmalah.”
            “Bismilahirohmanirrohim,” ucap Adah sebelum membuka penutup guri. Sebaik penutup guri dibuka terpancarlah cahaya kuing keemasan dari dalam guri tersebut. Adah sangat terkejut hingga terpekik-pekik memanggil suaminya.  Agam mengesyaki isterinya yang dibencinya kerana suka menyebut “basmalah” sedang kesakitan dipatuk ular berbisa yang diletakkannya ke dalam guri itu.
            “Sudah aku duga “basmalah” itu tiada hikmatnya. Sekarang merasalah akibatnya.” Ujarnya.
            “Awak kenapa tidak datang lagi? Tidak mahukah melihat emas di dalam guri ini.”
“Emas?”  Agam terkejut kebingungan. Bagaimana ular berbisa yang diletaknya di dalam guri bertukar mejadi emas pula. Dia segera mendapatkan isterinya.
“Banyaknya emas. Aku  kaya!” Agam teruja.
“Sebelum awak mengambil emas itu baca basmalah dulu.” Agam tidak pedulikan pesanan isterinya. Tangannya dihulurkan ke dalam guri untuk mengambil emas. Tiba-tiba saja Agam menggelupur kesakitan kerana telah dipatuk ular.

TAMAT

Wednesday, 4 February 2015

ANTARA BACANG DAN MACANG...

ASSALAMUALAIKUM....

Sinopsis Masasilam

ANTARA BACANG DAN MACANG

Pada kira-kira 100 tahun dulu, disebuah kampung berhampiran Macang, Kelantan, terkhabarlah seorang bernama Poksu Heng yang ada seorang anak bernama Mustafa. Mustafa ni hebat orangnya. Kehebatannya di Kelantan tersangatlah masyhur. Bakat semulajadinya dalam hal-ehwal perniagaan sangatlah terkenal. Apa juga yang disentuh menjadi emas belaka. Pendek kata menjadi untung selamanya.
Mustafa ini berniaga diseluruh Malaya. Salah satu bahan komiditinya ialah buah macang. Dia mengusahakan tanaman pokok macang ini disatu kawasan di Kelantan. Sehinggalah pemerintah memberikan nama sebuah pekan di Kelantan dengan nama Macang.
Dalam pengembaraannya meluaskan perniagaan, sampailah kesebuah tempat di Melaka. Oleh kerana kepenatan dan ingin berehat panjang, Mustafa sanggup menyewa tanah dengan menidirikan sebuah pondok. Jualan buah macang tersangatlah larisnya. Bagaimanapun, sudah menjadi kebiasaan Mustafa, dia akan bersarapan buah macang yang masak setiap pagi. Bijinya tidak dibuang, diletakan baik-baik ditepi pondoknya.
Alangkah terkejutnya Mustafa bila dia balik dari urusan berniaga buah macang, biji yang diletakan ditepi pondoknya telah tumbuh dan hampir sama tinggi dengannya dan berdaun lebat. Terfikirlah olehnya, bahawa tanah yang disewa itu sangat subur dan sesuai untuk tanaman pokok macang.
Mustafa berjumpa Tok Empat untuk memohon kebenaran menanam pokok macang. Malah dia sanggup membeli tanah yang disewanya itu. Tok Empat setuju dengan satu syarat, kata Tok Empat …
“Kamu bolehlah mengusahakan tanaman pokok Bacang ini….semoga hubungan antara Negara Kelantan dan Negara Melaka ini akan bertambah erat. Saya akan jumpa baginda Sultan supaya kita ujudkan Bandaraya Kembar antara Macang di Kelantan dan Bacang di Melaka….”
Terpinga-pinga Mustafa, eh kenapa pulak Bacang….

TULISAN NORADABI ROSDI.

MyBloglist