Wednesday, 9 September 2026

PUISI TERAPI JIWA

 ASSALAMUALAIKUM



PUISI TERAPI JIWA

 .

Pelbagai genre puisi sama ada moden atau tradisi boleh ditulis untuk menyegarkan minda yang layu. Menggubahnya agar kelihatan indah puitis tentulah terpaksa berfikir sedikit dan merujuk pelbagai sumber juga. Ketepatan fakta amat perlu. Terutama kalau menukil puisi tradisi seperti pantun, syair, nazam, seloka, gurindam, talibun, teromba, rejang dll  yang menuntut kepatuhan tatabahasa, jumlah suku kata dan rima tertentu. Tidak seperti puisi moden iaitu sajak yang lebih bebas peraturannya. Sajak sebagai wahana luahan rasa hati yang tidak terikat dengan disiplin ketat seperti puisi tardisi haiku, tanka, senryu dari Jepun dan diamante, limerick, soneta, vilanell, terza rima dari Italy. Tapi puisi moden, sonian ciptaan penulis Soni Farid Maulana dari Indonesia dan saduka ciptaan penulis Nor Aisyah Maidin  menentukan disiplin suku kata.

Sifu Tabir Alam juga disamping mengenalkan berbilang puisi dalam bukunya PUISI & PEMUISI turut membimbing penulis di bawah naungan SPTA genre puisi tradisi tempatan dan luar negara dan menerbitkannya sebagai antologi menurut kesuaian tajuk.

Bagi yang telah menyambut ilmu daripada sifu TA tentu dengan mudah dapat berkarya puisi berbeza. Kalau ilhamnya melimpah- ruah boleh bercerita dalam syair yang panjang. Namun puisi pendek haiku walau 3 larik dengan jumlah suku kata 5, 7, 5 hendak membinanya memakan masa juga.

Masa terbuang pula rasanya. Lebih baiklah digunakan masanya untuk menukil pantun rima sempurna. Begitulah caraku akan menulis puisi menurut mood,ilham dan masa. Selalunya kalau aku rasa stres terkilan, limerick akan kutulis. Sajak jadi pilihanku sekiranya sesuatu perkara berlaku menyentuh hatiku.

 Aku akan berayun selalu dalam buaian puisi menghibur sunyi. Alhamdulillah 

 

.

Hari Puisi -

murabbi Tabir Alam

ilmu rohani

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist