Friday, 25 September 2026

GAJAH TERBANG

 ASSALAMUALAIKUM



APA JAWABNYA

.

Galau merajah dingin bersembang,

gerangan sanggah kemahuannya;

jikalau gajah teringin terbang,

dengan apakah keperluannya?

.

Tersalah bijan tergesa arun,

merayang kini diusik durja;

hanyalah hujan tiasa turun,

namun yang ini naik sahaja.

.

Terasuk diri telah berjangkit,

ngeri begini ratib digesa;

tertusuk duri memanglah sakit,

duri yang ini wajib merasa.

.

Langkah menghala adi ke pekan,

belikan andak buah mertajam;

apakah pula yang dipulangkan,

sedangkan tidak pernah diipinjam.

.

Galah direntang meradak banar,

sulam segerah serata nangka;

sejumlah bintang tidak bersinar,

dalam sejarah mencipta luka.

.

5 comments:

  1. banyak perkataan baru yang tidak saya fahami.. nampaknya saya masih naif berkaitan perbendaharaan kata.. kena belajar buka kamus dewan semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. tks ustaz yaka xpa rajin menulis mmbaca menambah kosa kata

      Delete
  2. makin dibaca makin terasa durinya...

    ReplyDelete
  3. Pantunnya penuh teka-teki dan sindiran halus, kena baca perlahan-lahan baru terasa maksud tersiratnya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist