Tuesday, 18 June 2019

LABAH LABAH TAMAK

ASSALAMUALAIKUM



Cerita rakyat
Olahan
Paridah Ishak
                                                                  PIC GOOGLE (C)
LABAH-LABAH TAMAK


Pada zaman dahulu tinggal seekor labah-labah di dalam sebuah belukar.Sarangnya sangat besar melebihi besarnya daripada sarang labah-labah lain yang berada sekitar situ..Bapanya yang membuat sarang itu untuknya.Kemudian ia membuat tambahan lagi di sekeliling sarang itu agar lebih besar dan memudahkan pergerakannya.
.
            Dengan itu labah labah itu dapat bergerak dengan lebih pantas dari ruang tengah hingga ke tepi sarang untuk menangkap mangsanya yang terperangkap  di situ.Semua mangsa yang tersalah langkah dan termasuk ke dalam sarangnya akan menjadi habuannya.Serangga yang ditangkap segera dimakannya.
            Mudah sekali ia menjerat mangsanya yang menjadi sumber makanannya yang sangat menyelerakannya. Badannya semakin hari semakin besar kerana terlalu banyak yang dimakannya..Perutnya bertambah bulat dan kelihatan buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar dan ingin makan dengan banyaknya..
            Dua ekor labah-labah telah datang ke sarangnya pada suatu petang.Masing-masing membawa hajat untuk menjemputnya menghadiri kenduri yang akan mereka adakan. Labah-labah pertama datang dari tempatnya di sebelah timur.Sementara seekor labah-labah  lagi datang dari tempatnya di barat.
            Labah-labah buncit menerima jemputankedua-dua labah-labahitu untuk menghadiri kenduri mereka.Ia mulai menjadi serbasalah kerana kenduri yang diadakan kedua-dua labah itu pada waktu dan hari yang  sama. Keadaan ini tentu memberi masalah kepada labah-labah buncit kerana ia ingin menghadiri kedua-dua kenduri yang diadakan di barat dan di timur.
Maka dia bertanya kepada jiran-jirannya tentang jemputan itu.
“Kamu ada mendapat jemputan kenduri daripada sahabat kita labah-labah yang tinggal di timur dan di barat?”.Labah-labah buncit bertanya jirannya yang tinggal di kiri sarangnya
“Aku mendapat jemputan daripada sahabat kita, labah-labah yang tinggal di barat.”Jawab jirannya yang   tinggaldi  sebelah kanan sarangnya.
“Aku. Mereka juga mendapat jemputan.Jiran di kiri pergi kejemputan arah barat.Jiran di kanan pergi kejemputan arah timur.Labah-labah buncit mendapat akal.Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya.Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu.Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi.Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur.Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat.Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing.Perut labah-labah buncit semakin tercerut.Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti.Mereka menikmati hidangan.Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan.Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.
Beberapa hari kemudianlabah-labah buncit sedar.Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu.Pinggangnya pun ramping bekas kena cerut.Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.


8 comments:

  1. siapa yang tamak itu akan rugi akhirnya, macam labah2 tu jg tak dapat hadiri kedua2 kenduri tersebut kan

    ReplyDelete
  2. yg tamak selalu rugi..sekrg ni jemputan open house timur barat,utara, selatan..

    ReplyDelete
  3. TKSH YAN GITULAH SELALUNYA SIAN LABAH-LABAH HEH..HEH..

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS XLARAT NAK HADIRI RUMAH TERBUKA KAN XPAYAH NAK TIRU PERANGAI LABAH-LABAH HEH..HEH..

    ReplyDelete
  5. hahaha..menarik cerita

    Kak PI yang karang sendiri ye

    ReplyDelete
  6. TKSH MRHANAFI..CERITA LAMA KAK OLAH SAJA HEH..HEH

    ReplyDelete
  7. Patutla pinggang labah2 kecil dan ramping sekarang.

    ReplyDelete
  8. TKSH WP DITULAH SEBABNYA KOT

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist