ASSALAMUALAIKUM
Semalam adik ni datang lagi ke kandang kambing aku.
Macam biasa, dia sampai je terus buat kerja. Bagi makan kambing, basuh kandang, bagi anak kambing minum susu. Bila semua kerja dah selesai, dia datang tanya aku,
“Nak buat apa lagi?”
Aku tengok kandang dah bersih, kambing dah makan, anak kambing pun dah kenyang.
Aku pun cakap,
“Kalau tak ada kerja, ambil sekor kambing tu. Belajar sembelih, lapah dengan cincang.”
Bukan sebab ada order pun.
Aku saja suruh dia buat sebab aku tahu dia memang suka benda macam ni. Selama ni kalau dia sembelih dan lapah, aku akan duduk sebelah guide dia.
“Potong sini… tarik sini… jangan kena bahagian tu…”
Tapi semalam aku saja biarkan dia buat seorang, aku tengok dari jauh je. Lama betul dia godek kambing tu.
Aku pun terfikir,
“Entah-entah bukan setakat belajar lapah, dia tengah belajar anatomi kambing sekali agaknya.”
Tapi sebenarnya, benda yang buat aku suka tengok budak ni bukan sebab dia pandai lapah kambing.
Ada satu benda lain yang aku perasan.
Kalau kerja dah habis dan dia tak ada benda nak dibuat, dia tak sibuk nak cari phone, tak sibuk nak melepak.
Kadang-kadang dia duduk baca kitab, kadang baca buku pasal sahabat Nabi, kadang baca Al-Quran.
Yang menariknya, dia bukan budak madrasah pun, dia budak sekolah biasa.
Kerja pula elok.
Gaji dah belas ribu.
Tapi perangai dia tak macam orang yang gaji belas ribu.
Sabtu Ahad datang kandang. Public holiday pun kadang-kadang muncul. Aku pernah tanya dia,
“Kau ni tak bosan ke asyik datang kandang?”
Dia jawab,
“Tenang kat sini.”
Aku faham.
Mungkin sebab dekat kandang ni tak ada orang kacau dia, sebab kat sini dia boleh lupakan sekejap pasal kerja, duduk dengan kambing, buat kerja tangan, baca buku dan tenangkan kepala.
Tapi dalam semua benda yang aku perhatikan pasal dia, aku rasa yang paling mahal sebenarnya cara dia bawa diri.
Dia baik.
Dia rajin.
Dia tak memilih kerja.
Dia ada agama.
Kerja pun stabil.
Dan dia nampak macam jenis lelaki yang kalau dah berkeluarga nanti, insya-Allah tahu apa tanggungjawab dia. Aku sampai terfikir satu benda.
“Kalau aku ada anak dara, memang aku dah usha budak ni.”
Masalahnya anak perempuan aku baru 4 tahun. Jadi belum masa lagi nak buka meja rundingan. Aku pun pernah tanya dia,
“Kau ni kenapa tak kahwin lagi?”
Dia kata dia tak pandai bersosial, hidup dia pergi kerja, balik rumah, tidur. Esok pergi kerja balik. Aku dengar cerita dia ni, aku fikir.
“Patutlah susah nak cari jodoh. Kau ni kalau perempuan tak datang kandang, memang kau takkan jumpa jodoh kau.”
Jadi aku tolonglah hebahkan sikit.
Korang yang ada anak dara, adik perempuan, anak saudara perempuan yang tengah mencari calon, bawalah datang kandang aku.
Tak payah aku cerita panjang-panjang pasal rupa dia.
Hensem tu memang dia dah hensem.
Yang penting korang tengok sendiri perangai dia. Mana tahu datang nak tengok kambing, balik-balik jumpa calon suami.
Dan aku nak cakap awal-awal. Aku cerita pasal adik ni ya. Bukan aku, aku dah kahwin dua kali.
Anak dah lima.
Aku dah tutup kaunter. Jangan salah orang.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”